Thursday, December 31, 2009

happy 2010


new year.

new resolutions.
as usual. huhu.

Thursday, December 24, 2009

On Nurul's Wedd..

CONGRATULATIONS TO NURUL AND MUHAIMIN...AFTER 12 YEARS...AT LAST...:)



gamba bersama perantin adalah wajibulghunnah. huhu

gamba bersama pengantin2 sizen (especially tudung itam tu) adalah sunat...:P


gamba bersama anak dara solo forever adalah harus. HARUS kita carikkan sorg utk dia. hehe
(note: baju petak2 itu ye.single and available.ehe)

bila ada anak, juga harus ada gamba bersama anak. mana la
tau kot2 ada org bekenan..ehe. bley jd model iklan gtu.
macamkan anak aku jelita nau. haha


mereka masih tidak memahami mengapa digandingkan bersama.
haha.

Tuesday, December 15, 2009

jawapan berangin.

alkisah, mak aku lupa nak p amik ubat kat ijn bulan lepas. patut amik 26.11, baru semalam dia teringat. so pagi ni lepas wat bekpes, dia siap2 sume mandi. aku ni hengatnya pepagi nak p opis. nak wat keje sket, mandangkan hari senin ngan selasa mang aku takleh nak kuar lama2 pasal ptg mak aku nak p mesjid.jdnya mang leh g opis je le. jauh sket kang aku lak takut terbabas, nanti takde sapa nak tgk si kenit ni. nak harapkan luluk tu aku tak bp berkenan sangat. time2 kecederaan je aku mintak tolong dia tgk aina. kalu tak aku manage sendiri jek.

yang si aina lak pg ni liat betul dia nak tdo balik. pagi tadi bgn kul 6. kul 9 besau lagi matanya. nak marah takleh. nak lepuk, tunggu besau sket eh. haha.

tgh aku tepuk2 anak aku, nak soh tdo jgk2, mak aku dah siap2 dah...kuar masuk bilik. sian lak aku tgk. takkan nak soh dia naik cab. nak harap adik aku, di lantaknya tdo tak bangun2.

pale otak aku dok pk le, since anak aku takmo tdo leh le bawak dia skali kot, anta mak aku. bukan lama nau amik ubat.ikut akleh tu 10 menet dah sampai.

aku tanya mak aku, mak nak g dah ke? nak g ngan sapa? ngan harapan dia jawap la, ko antakan leh? anak ko tak tdo tu. bwk la dia skali.selalu dia bagi jawapan cenggini.

tp pagi ni jawapan dia ialah:

eh, aku g sendiri la naik teksi. takkan nak suruh bapak ko bangun datang sini ambik aku??



speechless.

ghupa budak takmo tdo tp kena paksa tdo.

anak aku memang bertuah. yo2 je nak tdo. penat aku marhaban kat telinga dia, hayak ke hulu ke hilir, dari dapur ke living room, masuk sume bilik, bley dia bantai senyum. ko marah dia lagi panjang senyum. mata agak2 kuyu nak tdo tp hati tu nak main2 lagik. hari pon subuh le nak tunggu dia tdo, aku telangkupkan dia atas katil, biau dia tdo sendiri. ni la hasilnya:
makin besau lak mata dia bukak. lantak.

time ni dia dah pusing 180 darjah. guna kaki, tenyeh pale. dah leh pusing.
amazing race.

dah penat tgk aku bolayan, dia tenyeh jari lam mulut.
mintak simpati la tuh. kem salammmm.

terkebil2 lagik mata tuh...lantakkk


akhirnya.
sekian sahaja adegan minggu ini. tgk next week lak kot2 dia dah leh bercakap. kui2.


Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

selamat hari raya korban..
selamat korbankan duit..:B

jgn terkorban di jalan raya yep.


take care everyone.


:)

.:Introducing My Little Princess, Aina Nurhani:.

baru lahir, beberapa jam...

baru sebulan..

baru 2 bulan...


baru 3 bulan...


kengkonon cam owg besau..dah nak merangkak...


over betul. cam mak dia.
hahaha.
(gambau tak bp nak cantek pasal camera henpon..nanti aku beli camera cam kak nen leh tangkap gambau sampai muntah darah. ^_^)


Tuesday, November 17, 2009

LaSkAR pELanGi -niDji

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya..

Thursday, November 12, 2009

pray for the best for him.
may he get the job.
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Tuesday, November 10, 2009

best kan jd LELAKI??

aku tak tau anak aku dh terjaga kul bp pagi td. abt 1am dia jaga, aku dah bagi susu, dah tukar pampers, pastu soh tdo taknak..nak main2, aku soh laki aku layan and tdokan dia sbb aku gila babai ngantuk. kul 2 lebih dia merengek2 lagi, aku p wat susu letak kat tepi. selagi perut dia tak kenyang, selagi tu la dia taknak tdo..kul 530pg td aku tersedar dia dah terkibai2 kat tepi merengek2.tak tau dr kul bp dia camtu sbb aku tgk laki aku baikkkk punya dengkur. cam enjin motobot+enjin lori+enjin helicopter+segala haiwan2 kat zoo tu, rangkumkan sume, jd la satu bunyi yg menyakitkan tinga. rasa nak tekup ngan bantal.kasik lemas. biau gol. haha. jahat seh.


bila aku bangun secara tak puas hati sambil mencampakkan bantal ngan sengaja kat kaki dia, baru dia tersedar..pastu tgk aina, cakap.sayang haus ya...nanti mami wat susu ye...pastu dia sambung dengkur. bagus punya bapak. bila aku bebel, dia p landing betul2 depan aku, kengkonon nak soh anak jgn nangis la...nak agah2 dia konon, tak sampai sesaat...dengkur balik. heeeeee...menyakitkan hati tgk dia elok je dengkor depan aku kan.


sebagai isteri yg tak bp nak sopan ni, baikkk je aku sound...abg, kalau niat tu nak agah anak tp tdo sambil mengadap camni baik takyah. wat sakit hati je tau tak. aina pun tak de hati nak tgk muka tak semenggah abg tu.


dan2 tu jugak dia bangun, p ubah posisi tdo dia....and sambung dengkur.


mmg hampeh.

bagus jadi lelaki ni. pa pe sume pas kat bini. basuh berak, kencing,basuh botol susu, wat susu..sumenya bini wat ok. dah nak layan anak, dia pon sama mengada,..kejap kang..ambikkan abg air. pastu, watkan abg air panas, pastu..ambikkan abg kopok..., eh abg lapar la..cedukkan abg nasik.

wat mendatangkan dosa je aku ni kan...wat cam tak ikhlas jek. aku sebenarnya takde la tak ikhlas nau, cuma tak puas ati sket jek...at least bantu2 la sket kan...baru la aku tak rasa yg aku ni cam maid..ehe..mana nak terkejar itu ini, tak menang tangan den. baru anak sorg ni...hahaha..kalu 2 3 4 aku rasa maid umah ni lagi cun dr aku...silap2 laki aku p ngorat si luluk tu. baru padan muka aku..:B

baru je ngata, dah dapat arahan kejap td ni..



"syg,watkan abg kopi..."


SAYA YANG MENURUT PERINTAH (hargghh dush!dushhhh!!! dussssshhhh!!!!)

Monday, November 9, 2009

how gud 2b home.

bila tgh ada mood nak keje tetiba kena g spore. meroyan kejap. meronta2 lam jiwa. nenek spore nak wat cukur jambul cucu. anak aku ni si aina mana ada rambut pon. jambul mende nak di potong. jambul aku leh la. huhu.bertolak hari selasa lepas dgn keadaan terpaksa dan tak rela, laki aku sanggup ni dtg kl semata2 nak mengangkut anak bini dia. which is sewajarnya la kan. aku je yg degil piang, batu caves dok atas pale. siap gaduh2 lagik. sempaaatt... me, the very. the queen of carik gaduh and masters in merajuk tak tentu pasal sampai tak cakap sebulan. :B

bertolak dr kl kul 430 petang..pagi tu baru terhegeh2 p ambik pasport, sempat pulak la g klinik cucuk si kenit ni.hari tu jugak la sume nak wat. niat nak menDELAYkan waktu, ngan harapan kalu dah petang2 tu, kensel la balik kan......


haraaammmmm...kul 430 pun redahhh jugak balik. isk. tak terpk lak masa tu nak p cabut enjin kete kan. kalu tak, mmg forever tak balik. hehe.

derhaka kan aku ni. nak dengar cakap aku je. laki aku tu sabau lagi tu. belum dia naik tangan je lempang aku ni. aku bkn apa. alergic balik spore ni sbb satu je. MAKANAN. tekak aku ni tak bape nak ngam ngan makanan yg dimasak oleh mak mentua aku. sbb dr kecik aku rasa mak aku masak yg paling best di dunia, plus, masakan aku lagi sedap dr masakan mak mentua aku (siyes aku tak tipu. ehe) jd aku cam meroyan tak tentu hala bila duduk lam umah tu. asek nak meroyan jek aku nih kan. haha pastu meter kebersihan umah dia tak mencapai standard aku, jd everytime aku pegang pa pe, mesti tangan aku gatal nak p carik sabun. pak mentua aku lak p bela burung lam sangkar, gantung kat dapur berdekatan ngan pinggan mangkuk piuk belanga. aku ni jgn tak tau, MR MONK the second. sume benda geli. terbayang2 kuman sume. sket2 nak basuh tangan. sket2 nak sabun. jadiknya tu sume menyumbang kepada keengganan aku utk balik bermaustautin kat spore nun. heeeeeee...ngada tahap cipan aku nih. sedau diri ok. tp takleh nak ubah. sabau je le.

bila dah bawak anak lak balik sana, lagi la aku rasa cam nak pakaikan je topeng muka kat aina. aku takmo dia sakit terkena benda2 tak sepatutnya. siyes gila aku. most of the time, aku duk lam bilik. nak kata aku menantu hantu ke, apa ke, i dun mind. dun even care. anak aku, sukati la kan. laki aku lak asek kena marah ngan aku. masuk toilet tak reti nak sabun tangan. suka2 nak pegang anak. kena sepuk ngan aku sebijik. haha. derhaka ok. pastu dia kata, dosa tau buat abg cam ni, you must ask for forgiveness. ceh.

durhaka lagik. :P


majlis cukur jambul tu wat hari ahad, which is semalam. semalam jugak aku nak balik. huhu. tpu mak mentua aku kata aku kena keje hari ni. tpu sunattttt...

not another week. aku bleh jd lembaga ijau. tak caya leh try.


balik je umahhh..huhu, best gila. angin kebersihan tu terserlah. walaupon dicemari ngan bulu2 arnab adik aku but at least jauh dr piuk belanga, so aku leh terima lg. sampai time aku tak leh terima, kesemua arnab2 tu aku wat kari. bleh la korg dtg bawak nasik putih 2 3 bungkus, makan kat umah aku. haha.

ok la. penat pulak. laki aku stay sampai selasa. esok dia chiow. bleh aku menyetan.


muahahahhahhahhahahahahahahaha

Wednesday, October 14, 2009

lepas satu, satu....isk...:(

tuhan sengaja menduga kita
dimana kesabaran manusia....



sakit gigi la pulakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, October 1, 2009

nak abes pantang!! yeeehaaaaaaaaaa!!

huhu..gumbira!gumbira! nak abes pantang dah....lalalallala..tp aku rasa sbb aku renyah sgt, jahitan aku ni masih rasa sakit lg...lam 3minggu hari tu rs cam dah baik dah..ni last week tak sedau diri leh drive g kedai lagi..ambik le...aku rasa luka balik ni...tkpe le..lambat baik...selamat sket aku...coti la lagi 3 4 bln...biaukan laki aku menderita. muahahahhahahahaha

org kata lam pantang baby byk wat hal...sib baik anak aku tak berapa nak wat hal..bangun tgh2 malam tu biasa la....bila dia taknak tdo tu biasa la...tp bila tang dia melalak tak hengat tu agak luar biasa...yg aku lagi hangin bila aku dukung bagai nak rak dia nangis..bila pass kat neneknya elok je senyap. aman damai..siap leh senyum2 lagik...nak je aku cubit si kenit nih..raya hari tu aku g umah makngah aku, dok lam kete leh melalak2..bila bapaknya dukung elok lak senyap. konpius2. anak aku tak suka aku dukung dia..dia suka time nak nenen jek..time tu terkinja2 mcm setahun tak bg nenen...over cam mak dia...^_^

aku baca lam buku, baby if dia rasa unsecure, or dia rasa tak selesa org yg dukung dia tu dia akan nangis..jadiknya konpem la dia tak selesa ngan aku. aku masih kekok lagi nak dukung dia...mak aku tgk aku dukung si aina ni pon dia yg gabra,..hhehe...advantage for me, bila dia melalak2 tu, pass kat mak aku...leh la aku rilek2...kui2. mak aku le bagai nak rak menyanyi2..tak pon zikir nak bagi aina senyap..blom dia wat marhaban jek lagik. heh..

skang mak aku ada gelaran baru untuk cucu dia...si lampam.

isk2. penat aku telek buku2 nama tu, bagi nama yg ada sedap2 dan makna baik2..last2 nenek panggil lampam. sabau je le.


next week aku dah leh start keje...dh kene start carik baby sitter....

duit..duit...duit......


bleh sawan aku cenggini!!

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN..


cam biasa..aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kpd sume kengkawan, segala salah silap harap dimaafkan..dr aku yg khilaf ini..tersalah kata, termengata-depan2 mahupon dibelakang...:P kita semua melakukan kesilapan yg sama (i suppose) mintak maap banyak2. jgn simpan lam hati ye..tahun depan aku buat lagi...^_^

Wednesday, September 9, 2009

baru ku tahu...

baru ku tahu menjadi ibu skang, dah takde masa untuk diri sendiri. mula2 dulu mmg susah nak adapt...tgh2 malam anak menangis, kena bangun...bila dia tdo, kita takleh tdo lagi. mak aku kata takut baby sedak susu..kena peratikan dia...perati nyamuk durjana...tgk pampers dia..basah ke, tgh yak ke...baju dia lepas nyusu tu jgn basah. kalu basah kena tukar.

kadang tido 2 3 jam je dah bangun...jawabnya maknya pun tdo 2 3 jam je le...bila siang dah letih, ngantuk...dah masuk 2 minggu ni dh leh adapt sket2. walaupon skang aku tgh ngantuk, tp takkan la asek nak tdo je pulak kan...anak buah aku yg kecik tu, si afiq pon dah pandai bebel kat aku...acik ni, tdo je....apahal ni?? siap cekak2 pinggang lg..adei..rasa nak ku cilikan saja mulut kecik kenit itu.

laki aku lak kalu balik weekends di bantai tdo sensiang..bila anak nangis, dia ckp, nak milk ye....pastu tenyeh kat aku...and dia bantai dengkur balik...agak sentap jugak la...2 hari dia balik, 2 hari aku tak bcakap...panas hati.

skang baby tgh tdo, eloknye aku g makan dulu...kang lagi 2 jam dia bangun nak nenen..mang tak bergerak2 aku..org tepon pon aku tak angkat. kadang lupa tepon letak nun jauh di dalam bilik..akunye kat depan. kadang dah nenen dia ngan aku2 tdo skali. over kan. pertama kali jd mak harus la over....^_^ kalu tak over bukan la cik enon namanya..huhu


er, aku rasa cam nak g kedai la...bley ke?? :P

Tuesday, September 1, 2009

ALHAMDULILLAH. aku dah pun selamat melahirkan baby girl yg comel macam aku (perasan di situ :P) pada 25AUGUST2009. heh. nampaknya tak dpt la nak satu tarikh ngan kak nen. takpe kak. zodiak masih sama kan. mintak2 la anak owg bijak macam akak, jelita cam akak...cute, cantik...dsb. ehe.

tapi yang penting, aku baru discover besday mawi adalah 25august.walaupon aku mati2 tak minat mawi, aku harap tuah kekayaan dia melimpah sket la kat anak aku. huhu. bleh jdk makcik kayo sok. amin.amin.aminnnnn...

terima kasih kepada kengkawan yg dh dtg melawat masa aku lam sepital lagik. antaranya sapa la yg tak kenal ngan kelajuan pn siti normala kita. dh la laju...gambo anak aku tanpa segan2 di tangkap pastu anto kat satu mesia. takde mintak permisi langsung. nasib aku bkn artis. kalu tak selamat dah aku saman. setel bil beranak. ^_^

to eva&azwan, thanks 4 the gift. :)

hari ketiga bersalin, laki aku dah selamat g pejabat pendaftaran wat sijil surat beranak--selepas puas gaduh2 manja nak letak warganegara ke, bkn warganegara...last2, atas sokongan padu mak aku, laki aku mengalah. cepat2 aku tick bahagian warganegara sebelum anak aku tak diwarganegarakan.huhu. sukses!!sukses!!

bila dia balik, perkara pertama aku check ialah warganegara--apart of ejaan nama anak aku. rasa tak caya aku dah ada anak--baby girl, namanya aku letak Aina Nurhani. manis je kan? huhu.

gamba baby aku tak dpt nak bubuh lagi. mak aku tak bg snap gamba budak masa lam pantang ni. tp aku rasa gamba anak aku dah selamat diedarkan oleh photographer tak bertauliah, malaON. konpem aku saman pompuan tuh.


k...nanti bila aku rajin aku updet lagi. anak aku tgh tdo ni. tu yg bleh online jap...


SELAMAT BERPUASA everybody....:)

Thursday, August 20, 2009

how 2 avoid swine flu??haha


mmg hampeh je sapa punye keje nih...adei....^_^

Tuesday, August 18, 2009

belom kuar lagik.ilek-ilek....

terasa mcm akak artis lak. kui2. ramai nau tepon dh beranak ke blom.huahuahua. jwpn bijak gue, ilek..sok aku beranak, akan kuberitakan di dalam tv. tv apa? nanti aku wat tv sendirik. haha

baby aku ni lom lagi nak kuar. mungkin betul2 28hb dia kuar. cam tarikh besday aku. bulan yg berlainan. tp date tu mang best la pasal kebanyakannya dah gaji. jd, paham2 sendiri la..tiada alasan utk tidak memberi hadiah ye. auntie2--please take note. huhu siap font besau tuh. kalu tak paham gak tak tau la. ^_^

dah la. gue nak berehat sat. td check temperature bdn cam naik. 37.9°C . seram sudahhhh..


esok dok umah je le. takyah kuar2.

elok2 sehat kang mcm2 sakit...isk. mintak simpang...



bai bai.

Wednesday, August 12, 2009

thanks.

thanks to technology. with handphone.notebook.internet connection, you will never feel bored and lonely. siap je le ongkosnya next month ya. bill tepon aku dah naik nih. makin lama makin naik lak. celcom ni ntah ya ntah tidak charge aku nih. nak review satu2 belum ada kekuatan lagik.

td aku sempat g GE jap. macam nak demam tak g GE. hahaha. sebenarnya bukan wat keje sgt pon, ada client nak blanja aku makan sebelum aku meletop. beriya2 betul dr 2 minggu lepas ajak makan. sambil2 tu sempat juga la menyelam sambil minum air. makan2 jugak. bisnes kena pk bai. sok lusa nak beli beg coach, gucci, LV dari macita bleh pakai duit sendiri. huhu. mintak laki kang bebel 24jam. asek nak beli beg je. tak beg, baju, tak baju kasut, tak kasut mekap,abes..kang kalu aku huduh2 kuar kang, diaaaa jugak kena kutuk..bini sapa la yg serabai dolah nih. hahaha.walaupon dah sedia serabai, sila jgn serabaikan lagi keadaan. ^_^

balik td ujan lebat gila. best betul ujan2 nih. sejukkk je suasana. huhu. terbayang2 katil.dapat landing sejam dua best gila. tp bila dah sampai umah, taknak pulak tdo. gatal betul. takpe, janji ujan.alhamdulillahhhh...

----

aku dok pk2 la pe mende aku nak wat sepanjang kena kuarantin dlm umah nih. pastu terpk lak, ada eloknya aku abeskan buku2 yg dah di beli tp separuh jalan je baca. masa beli berkobar2 macam malam tu jugak nak abeskan. tp oleh kerana bahse omputihnya terlebih bijak, sket2 nak refer diction--tu pasal lambat nau abes. haha. ni dah takde nak wat keje byk sgt elok la aku membaca--sok anak aku kuar terus2 dah pandai baca. omputih lagi u. huhu.

ni aku nak share sket dr emel aku, just for u guys to read and gain knowledge sket. aku pon dh tak tau nak ngarut pe dah. baru 3 hari dok umah otak dah tepu. kalu 2 bulan????



Einstein's Formula for Success
by Ron White


Albert Einstein had a formula for success. Can you believe that? One of the greatest minds of all time developed a math formula for success! I suggest you read this carefully—this may be the most important math equation you will ever see.


Einstein said, “If A equals success, then the formula is:

A=X+Y+Z.
X is work.
Y is play.
Z is keep your mouth shut.”


Einstein no doubt had an excellent sense of humor. Let’s look at the 3 variables in this equation. They are:
1. Work
2. Play
3. Keeping your mouth shut!


1. Work: Albert Einstein had a tremendous work ethic and because of that gave more to society and modern science than any person in recent times.

2. Play: Einstein, however, did not work 24 hours a day and made time for fun and relaxation. His idea of fun may have been different than yours, but that doesn’t mean it still wasn’t play.

3. Keeping your mouth shut: Finally, my favorite part of his success formal is to keep your mouth shut. I genuinely believe that the person who talks the least says the most. A friend of mine complains that the woman he is dating talks too much. I don’t know how to break the news to him; however, the problem is not that she talks too much. It simply is the fact that he is irritated that he isn’t able to talk. Now, let me just say this is not a generic man and woman statement. I am speaking about a specific person that I know. His desire is to constantly talk and because he likes to talk so much, he will talk in circles. If you let him talk long enough he will repeat the same thing three times and then contradict himself. His desire is not to hear but to be heard.

Albert Einstein, on the other hand, had nothing to prove. He felt no need to be the “Chatty Cathy” he could have been with his knowledge. It wasn’t important to him to talk to everyone he met and talk over their heads to demonstrate his IQ. Instead, he learned the value of quietness and solitude.

Shift your mindset from being a talker to a listener. It has been said that you can make more friends in five minutes by becoming interested in others than you can make in five years of trying to get others interested in you! How do you become interested in others? You ask questions and then keep your mouth shut!

Dale Carnegie wrote a best-selling book titled How to Win Friends and Influence People. One of the key premises of this book was that everyone’s favorite subject is actually themselves and that the sweetest sound to their ears is the sound of their own name. Einstein knew this and realized he could influence others by choosing his spots to speak and validating others by extending them the courtesy of listening.

bohsan.

mulai minggu ni hari2 nak kena bg report ngan en temasek. g mana, wat pe, ngan sape. adei...boring sehh... ucapan terakhir: dah. takyah kuar lagi.dok umah je berehat.

bohsan.

semalam tghr g habib jewels ampang point ngan mak aku. ngan mak takpe. sekelip mata je permohonan lulus. mak aku ada tempah cincin. kayo makcik jah. prinsip idop dia, ada duit lebih beli emas, simpan duit kat asb/asn or apa2 saham. janji mendatangkan keuntungan. biar duit beranak, jgn ko je pandai beranak. adeiii. terkena sedas. tak pasal aku pon terjebak menempah cincin. gudbye rm700. sedey2...

gud investment i think. beberapa tahun lepas mak aku beli cincin emas putih, ada 2 ketul batu berlian kat atasnya. kecik je la tapi. harga beli 2ribu. semalam sesaja gatal mulut tanya kalu jual leh dpt bp, bdk kat habib tu p timbang, pastu cakap leh dpt lam rm700 shj. mak aku punya jerit toksah cakap la. macam dia ada share ngan pak habib. cam kedai dia jeeee...aku yg tensen. pastu siap ceramah sket, tu pasal makcik tak suka beli emas putih, kalau sesak2 nak pakai duit, boleh dpt berapa je? tak sampai separuh!beli emas betul lagi baik. dah. ni first n last (sempat skiping london kau!huhu), pas ni tak hingin aku nak beli emas putih. berlian2 ni sume tak laku kalau jual balik.

aku rasa lam hati bdk2 ni sure cakap, dah tau, sapa soh beli?

kui2.


nasib boss habib takde lam kedai. kalu tak sure perang molot. adei...makcik jah nih...kalu tak wat kecoh tak sah.

hari ni aku tak tau la nak wat apa. nak g jumpa client pon tak bley. bley g takat opis GE je nih. lebih dr opis GE, sila g berdua. jgn g sorg2.


mmg harus aku meroyan awal.


nampaknya selalu la aku updet blog nih. asal bohsan je kang aku taip. bohsan je taip. kalu korg rasa nak muntah baca, aku lagi rasa nak muntah darah pk pemende nak ngarut lepas2 nih. isk.

Monday, August 10, 2009

CHOICE. NOT CHANCE--determines our destiny.

(from a forwarded email)

There is one thing that we all have in common. That is...at some point in our life, we will face adversity. It's not a matter of IF but...WHEN.

In my 64 years on this earth, I have come to realize that the difference in our success or failure is not chance, but choice.

Because when adversity strikes, it's not what happens that will determine our destiny; it's how we react to what happens.

That's what this 3 minute inspirational movie is all about. So just sit back, turn up your speakers and enjoy.

And don't forget to pay it forward by sharing this email with friends, family and co-workers. They'll thank you for it!

Just click this link to watch. Click Here or http://www.finishstrongmovie.com/



Live with Passion
Mac Anderson
Founder,
Simple Truths

Friday, August 7, 2009

i rest my case.

go rest.dont drive. dont do this.dont do that. blah~~blah~~blah~~

i'm stressed. bila motivation aku on the max, aku dah takleh nak keje as usual. today is my 37th weeks. should've deliver my princess already..:) but i think she enjoy living in the womb 4 another 2 3 weeks.. playing.kicking.wrestling. :P

i want to work. there's so many things i havent done.yet. awal2 hari tu takmo pulun abes. kui2. bila dah dekat2, baru terpk nak wat tu, nak wat ni..hawau betul.

i hope there's still time.

doakan aku selamat ye kengkawan.





c ya!

Thursday, July 30, 2009

dah macam penguin berjalan.haha

hari ni aku g opis GE kena gelak je ngan clerk2 kat sana. sume dah tgk aku dr jauh cam penguin berjalan. cam nak mati jek...slow motion---cam pergerakan yg di slowkan lam drama. heh. bila ckp dh mengah2. tapi nak gak cakap ni. cakap tak benti. menceceh2 je. apa nak jd ngan aku ni. dah la aku leh keje sampai next week je. start 10hb sila berehat ye.kata laki aku. alah....boring betul...aku nak lagi berpoya2 nih.makan ayam kampung ngan kak nen. pastu makan ayam kampung lagi ngan kak nen, macita, wadi...pastu makan ayam kampung lagi ngan kak nen....dan lagi dan lagi dan lagi..kalu bleh lam pantang pon aku nak cekik ayam kampung...haha ni sume kak nen la yg salah. dia yg ajau aku makan ayam kampung. dah cam ketagih dadah lak tetiap minggu nak p mencekik ayam kampung..isk

semalam hr tak bp nak best aku. dah la tak berapa nak sehat luar dalam. aku dok risau tangan aku ni skang asek kebas manjang...pastu sakit lak tuh. pe ke he la plak...bila jumpa doktor check up asek lupa nak tanya. sakit ni cam tau2 je, time jumpa doktor dia tak sakit lak. pagi2 kalu aku bangun skang sure tangan kebas. pegang apa pon cam tak rasa sangat. rasa tu rasa gak, tp cam kebas tu lebih...aku heran bin pelik ni. ke sebab aku jarang minum susu? ke sebab aku ada penyakit lain? ke sebab aku dah nak innalillah? isk.....mintak simpangggggggg....ya Allah...banyak dosa lagi aku nih...hari2 dok wat dosa, dok sedekah pahala kat org...isk...

sok laki aku balik..hari sabtu ingat nak ajak g klinik la...makin risau je aku ni. skang tgh menaip pon tangan dok kebas2...laki aku skang tiap2 minggu plak balik...dah nak dekat2 beranak ni dia lak yg terlebih2 risau. tu satu hal. hal lain dia tgh sebuk nak mendecorate bilik...utk baby's corner. konon. kretip la sangat2. cadangan asal ialah nak lukis2 kat dinding pastu cat. dengor dek mak aku...pe lagik..menjerit makcik jah....hengat ni umah ko nk conteng2?? hahahah..padan muka laki aku. aku dh cakap takleh, degil...alternatif lain ialah p beli kertas kaler2 ngan kadbod, pastu lukis..tampal...oh. sungguh tak sangka suami saya sgt terer melukis rupanya. seperti saya lagaknya. kui2. mesti anak saya nanti akan pandai melukis. saya nak didik dia supaya jd arkitek. menggantikan cita2 saya yang terbengkalai dulu. huhu..kalu panjang umo la....


ok le. nanti bila2 aku updet lagik...rasa cam nak mengarut banyak2 tp tak bp best la nak menaip...tak rasa tekan keyboard nih...isk. pe la sakit aku nihhh...


till then... taking care everybody! :)

Friday, July 24, 2009

tired.

minggu ni ialah minggu bekerja yg memenatkan. dah sepatutnya ke aku relax kat umah tak kuar2?next week genap 36minggu aku pegnen. kejap je. ada client tgk perut aku dh takut. kata besar gila cam nak meletup. tak paham. ada plak org kata perut aku kecik. yg ni aku leh terima. ye le. padan le ngan bdn aku nih. kang kalu besau aku yg tak larat nak jalan. ni pon drive kete kan main laju lagik. tp bila turun kete nak jalan,...alahai..tak sampai 10km sejam aku rasa. berchenta sungguh nak melangkah..

last week kelas en mark soh wat kiraan bp lagi nak achieve target sampai ujung tahun nih. muahahaha. masak! mengikut perkiraan hamba ada lagi 94% utk mencapai target itu. waduh waduh. banyak sangat nih??kiut je bila dia gelak sambil menggelengkan pale seraya berkata, "hey guys...wake up! what have u been doing for the last 6 months??"

er..er....


mintak2 rezeki turun dr langit kan 2 3 bulan nih. kurang xtvt but still going....usaha tangga kejayaan!!

tu pasal aku penat manjang minggu nih. paksa diri ke sana sini. g puchong, g pj, sampai ngamuk la suami hamba kerana drive terlalu jauh. pj itu sgt jauh ye tuan2 dan puan2. ^_^ tu tak tau lagi aku g putrajaya 2 kali last week. huhu.

pastu lak semalam apoinment kat bangsar south (blakang angkasapuri tuh je). sekali mak buyung ni kan memandai2 tinggalkan henpon kat bilik meeting bakal client itu. dah sampai jln tun razak baru terhegeh2 nak carik henpon pasal nak konpem apoinment kat UIA. sekali carik2 tiada kejumpaan. jawapannya balik umah dan tepon bakal client itu. huhu. thanks to ma sbb tepon umah akak. camno leh dpt no tepon umah akak nih??tak pasal je terpaksa kensel apmt kat UIA pasal dah tak larat nak bekejar ke sana. semput rasanya. but anyways, td kul 9 lebih aku bergegas ke bangsar south balik n g amek henpon. adei...huru hara betul. kena bebel sejibik ngan kekanda kat pulau nun. pot pet pot pet cam trompet...;P


tp paling meletihkan bila ko dah kuar kol client nak jumpa, kensel. itu yg paaaaaaaling memenatkan utk di dengar. hr ni ingat nak wat siri terjah tp bila kol kata takmo jumpa, apo nak di kato. hari ni keje sekerat hari je. dah la panas. luar dalam panas. heeeee...

mintak2 minggu depan mendatangkan rejeki. aminnnnnn.. kekanda dah soh rest kat umah je. tak bagi kuar2 dah. tp aku mintak tempoh lg 2 minggu. nak kena jumpa org jugak. ...td pon dpt msg dr client kalau dah terberanak camna ngan payment?

no comment.


tu lagi penat nak pk tuh!

Wednesday, July 22, 2009

dapat anak baru seramai 7 ekor

kecoh betul malam td. maid mak aku tu la. mcm tak penah tgk arnab beranak. arnab tu sendiri tak kecoh time dia beranak. takde le cam ayam. telur sebijik riuh sekampung. arnab ni selamba2 teran 7 ekor sekali kuar. mcm anak tikus pon ada aku tgk. nak tgk, diam2 dah la. si luluk tu cam nak announcement satu kg melayu ampang arnab adik aku dah beranak malam td. nak je aku kuar g sepuk dia. dh la aku nak tdo. tetiba dengar tone suara soprano ko yg tak sedap tu..isk!! bingit tinga aku bai!nasib aku tak masukkan dia lam kandang tu skali.

tunggu time je nak bungkus dia balik indon.

Friday, July 17, 2009

kena pau ngan amoi gunting rambut

aku g potong rambut balik keje tdk...cuaca sgt panas saya sangat tak tahan. dulu masa dok kat UK takde la panas camnih...muahahhahahaahahahahahha

salun ni aku tak penah masuk. aku men terjah je cam abg jambul melodi tuh. sekali dapat lak amoi2 yg kuat bebel dan meniaga. baru duduk dah pomote shampoo....rambut aku minyak la..kering la...paling tak tahan dia kata rambut aku wavy kat ujung. nak je aku silambam amoi tu. rambut aku, aku tau la wavy ke tak...kan ke rambut aku ni panjang..bila ko ikat harus la dia nmpk cam wavy....ok??bleh soh aku wat rebonding? pastu pomote shampoo la..serum la....nasib baik mulut aku ada insurans. kalu tak aku dah tanya dah, ini kedai takmo jual??hehehehhe

agak puas hati jugak la dia gunting rambut aku. tak bp panjang.tak bp pendek. yg sedang2 saja. yg tak tahan bab soh beli shampoo je le. selagi boleh soh aku beli. tak beli besar, beli sedang, tak beli sedang, beli kecikkkk skali. 15hengget. mmg bagus strategi jualan amoi nih. aku lom ckp ok lagi dia dh standby botol kecik tu dpn mata aku. pastu pomote la serum peket kecik2..5hengget ada. 10hengget ada. yg beli2 kat guardian ke, watson ke..sume tak bagus. kedai dia punya je yg bagus....hahaha...aku malas nak ckp byk. aku ambik je le. gunting rambut dh 35hengget. campur shampoo+serum dah 20hengget. sindiri kira la bp aku kena pau hari nih. harus laaaaaa aku syahdu...isk..

terus aku teringat the law of attraction lam the secret movie. aku budget amoi ni tak penah tgk the secret, tp mmg cara dia pomote tu sejibik cm konsep the secret. harus la aku aplikasikan jugak selepas ini. huhu


ni nak wat ucapan selamat maju jaya kepada pasukan MALAYSIA menentang Man U esok. harap2 liverpool la yg menang.




lalallalalallalala~~~~~~

the secret.

aku skang hari2 makan tdo tgk the secret movie. aku nak kunyah telan hadam, cucuk masuk lam otak terus melekat kat pale otak tak kuar2. try to be positive every single day. dont bother whatever will come. bad or good. dont want to think about things that will NOT make my day. it's the LAW of ATTRACTION. focused ngan apa yg aku nak tahun ni sampai dapat!!

semangat dayak dah nih. haha.

ada seseorang yang aku nak tunjuk, walaupon tanpa guidance dia, aku leh bjaya jugak..sbb dia bukan tuhan. skang org tu tgh riak dan takabur sbb she gets what she wants. tp dia tak ingat tak selalunya kita berada di atas. bila dia jatuh, aku nak p salam dia ngan ucapan.: congratulations. all your hardwork of making my life miserable is finally turns to you. you are a leader, but you cant control everything. tanam tu lam pale otak dulu.ok?

huhu.

pepagi dah membebel. wth?


tak bp minggu je lagi aku dah nak jadik mak. harap2 semuanya selamat. doakan aku selamat ya kengkawan. takut nak menghadapi saat tu, but at the same time excited nak tgk muka baby. kalu mak aku, bende pertama dia tgk ialah tang idung. kalu tak mengikut idung dia sure dia tak puas ati. mcm idung aku ni la.ikut idung arwah bapak aku. tak bp nak mancung atau ngan kata lain mang tak mancung lansung!! alahai. padahalnya bernapas sama gak.laki aku lagi kejam. tang lain sume bleh ikut muka aku, tang idung je ikut idung dia. rasa nak bagi makan kasut je bila dia ckp macam tu. hena sungguh rasanya.


dah le. aku ni tak mandi lagik. hua.hua. skang pulak asek terbangun sebelum subuh jek. tuhan tu nak soh insap. wat la solat sunat pe yg patut kan. harammmmm..kul 630 br terhegeh2 nak bangun. ampunkan la dosa hambamu ini ya Allah. kalu dh bangun tak reti2 nak tdo dah.hari2 pk keje. byk keje nak kena settle. sebelum aku beranak nih.hajat tu besau. nak beli umah bungalow. nak simpan duit juta2 lam akaun bank. nak beli kete byk2 tayang kat jiran sebelah. haha.


lapau plak.


okeh. have a gud weekends kengkawan. hari ni sila balik awal ya. konpem jem hari ni tambah2 MU nak lawan mesia sok. konpem la aku tak tgk, tp yang aku tau, konpem la mesia kalah. huhu. bek g makan chop n stick kat serdang sok. sodap gak nih..

haha.

kak, jom??

Tuesday, July 7, 2009

MAYBE..

Maybe. . we were supposed to meet the wrong people
before meeting the right one so that,
when we finally meet the right person,
we will know how to be grateful for that gift.

Maybe . . . it is true that we don't know what we have
until we lose it,
but it is also true that we don't know what we have been missing
until it arrives.


Maybe . . . the brightest future will always be based on a forgotten past;
after all, you can't go on successfully in life until
you let goof your past mistakes, failures and heartaches.

Maybe . . you should hope for enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong,
enough sorrow to keep you human,
and enough hope to make you happy.

Maybe . . . the happiest of people don't necessarily have the best of everything;
they just make the most of everything that comes along their way.

Maybe .. . . the best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with,
never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

Maybe . . . happiness waits for all those who cry,
all those who hurt, all those who have searched,
and all those who have tried,
for only they can appreciate the importance of all the people who have touched their lives.

May be . . you should do something nice for someone every single day,
even if it is simply to leave them alone.

Maybe . . . there are moments in life when you miss someone --
a parent, a spouse, a friend, a child
-- so much that you just want to pick them fromyour dreams
and hug them for real, so that once they are around you appreciate them more.

Maybe … giving someone all your love is never an assurance that they will love you back.
Don't expect love in return;
just wait for it to grow in their heart;
but, if it doesn't, be content that it grew in yours.

Maybe .. . . you should dream what you want to dream; go where you want to go, be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you dream of, and want to do.

"Life is only travelled ONCE; Today’s MOMENT becomes Tomorrow’s MEMORY.Enjoy every moment, good or bad, because the GIFT of LIFE is LIFE itself…."



Try Positive Thinking

Don't wear a frown, try positive thinking, Laugh at your troubles instead.... :)

Monday, July 6, 2009

idea tarak

sebenarnya dh 2 post entry aku wat sebelum ni tp asek sekerat jln je cite..pastu takde idea dh.

serabut!!

jeles tgk blog cik epal ijau. ade je idea ko eh diana. aku tak mampu dah nak bercerita panjang berjela2...ikut ati aku nak je aku wat cerpen lam nih..ke wat drama?telefilem?filem? wth?

isk..cite transformers pon tak tgk2 lagik...takde lak hamba Allah nak ajak aku tgk...biasa minah kat villa pavillion tgkt 11 tu rajin nau ngajak. ke dia dh ade geng lain??

sedih aaaa...bwk diri le cenggini...


asek pk keje je nih..sebelum due date. byk bende nak kene settle.


wat aku lg bertambah tertekan.



dah le.



bek aku g makan pengat derian. sedap sungguh bau mak aku masak.


huhu


taking care bebeh!!

Tuesday, June 23, 2009

semakin malas berblogging

dah lama tak update kan.
sebuk sgt lately--balik umah dh penat. super over dooper penat.
padahal bkn membanting sawah padi pon.
dok pusing2 putar2 lam kl je dah penat gila babai.

bisnes target aku this month lom tercapai lagik.
gotta work really hard.


haih...posa pon tak ganti lagik nih....


terlarat ke nak ganti....?

have a nice day guys. doakan kejayaan hamba. :)

chiow.

Monday, June 8, 2009

SUPERSTITIOUS

kak linda kol aku siang td. nak mintak tolong datang umah dia bwk benang itam.

apakah??

dia kata anak dia tak de ribut takde apa asek nangis. kejap2 nangis. takde org kacau pun nak nangis.

makcik yg urut bdn dia tanya ada sesapa yg terdekat nak bersalin ke? kak linda kata ada..adik ipar dia. makcik tu kata patut la bdk ni asyik nangis je....talifon adik ipar tu soh datang umah bawak benang itam, lilit kat tangan baby ni..

hah??

apakah kaitannya??


tak paham gue....


aku kena ckp ngan mak aku nantik.ajak dia skalik...ntah betul ntah idak makcik urut nih..apakah kaitan benang itam ngan baby itu??


hmmmmmm

Saturday, June 6, 2009

mengapa saya nak calarkan kete wrm74

1.tuan punya badan berlagak nak mampus.kerek dan cam bagus!

2. hentam aku kaw2 punya dan memuji bini dia lagi kaw2 siap cakap," kak linda ngandung 9 bulan pun bleh cat bilik lagik? ko baru sket dah tak larat...."

>>>jwpn lam ati bengkak aku: bini ko tu keje ke bai???????bini ko tu leh drive kete ke baiiii?????

3. cakap cenggini,.." baru bawak mak g pasar dah penat...sket2 penat2...patut ko yang kena masak skang nih...bkn mak lagi!.."

>>>jwpn lam hati YANG DAH BERTAMBAH BENGKAK: " cuba ko lekat kat pinggang ko beras 3 kilo sambil berjalan 1 hari dan drive kete"???penat ke tak penat???BINI KO TU DATANG UMAH MAK ADA MASAK KE?????DOK TERBARING RILEK LAGI ADA!SATU HARAM AIR PUN TAK PENAH BUAT. LAGI MAU BISING????


tapi tu jawapan lam hati je. kalu aku melawan, mau perang lam hospital. tak pasal je aku berkampung kat wad sebelah kang!!



shilaka itu org!!!!

Friday, June 5, 2009


rasa nak calar kete WRM74!!!!grrrrrrrrr

Wednesday, June 3, 2009

dapat anak buah baru....

CONGRATULATIONS to my brother, en muhammad azman & kakak iparku, kak linda kerana dapat baby boy semalam....namanya hadif azfar. berbelit2 lidah mak aku nak nyebut. kejap2 tanya, pe nama anak ko td?huhu...abg aku ni bubuh la nama ali ke, abu ke...kan senang nak ingat...:D

kebetulan sama lak ngan tarikh lahir angah aku. huhu. kembang kuncup la angah dpt anak buah sama besday...

DAN paling tak tahan ngan ucapan kak linda kat aku sambil tersengih2...."seksa kita dah abes, nanti turn awak pulak...."


sabo je la...

mak aku dpt 2 cucu tahun nih. meriah la raya this year..haha..

sok nak g check up. again, nak confirm btl2 boy or girl....tp yg paling penting baby sehat la..tak kesah la boy or girl...yang penting mesti ada baju kaler pink. kui2.


meroyan laki aku.



^_^

Monday, June 1, 2009

lawak pagi ahad...:)

mak aku ni kengkadang kelaka jugak...haha

semalam pepagi, lam kul 8 aku dh bangun..kira agak awal la utk hari ahad kan. laki aku dok tidoq berdengkur cam tak ingat dunia. aku dok luar...tgk tv. mak aku awal2 lagi dah kat dapur wat bekpes. anak bertuah dia ni terkulat2 lagi...

tgh syok2 layan tv, tetiba aku dgr bunyik henpon adik aku, dianya kat lam bilik..tepon kat luar. pe kes la jantan nih...

aku wat bodo je la. malas nak layan. takde tergerak lam hati nak p bangun n amik.

henpon tu jap2 bunyik...jap2 bunyik...mang mengganggu ketenteraman betul. mak aku lak sebok soh aku angkat. adeii....aku kalu dh duduk, nak bangun agak payah sket la. elok je aku bangun, henpon benti bunyik. lagi menyirapppp darah kan.

last2 mak aku geram, dia selongkar beg adik aku terus jawap tepon.

"hello...hello....,senyap pulak....aku dah angkat senyap..!hissshhhh..."

pastu dia letak kat tepi. jap lg lam 15menet bunyik lagik...mak aku angkat lagik. hello hello lagik tak jawab2 gak....

isk...aku yg dgr pon tensen...

kali ke 3, bunyik lagik...mak aku angkat, pastu dia marah..oi! dah talifon tu cakap la!!pekak ke???

ish ish...pepagi dah marah nihh..aku pon bangun la terhegeh2..nak tengok nama sapa yg appear. gatal sungguh tepon2 tapi tak bercakap...

skali aku tengok, errkk....


ALARM CLOCK nya bunyikkk daaaaaaaaaaa!!patut la kejap2 bunyik!!!!


durhakakah aku kalau aku gelak guling2????=D

Tuesday, May 26, 2009

AND THE WINNER GOES TO........

cik puan sri tak kaya-kaya aini muhd tahir. congratulations for winning the title of MISS PROCRASTINATE of the year. yeeehaaaa!!!

akan tetapi. saya berjanji akan berubah!!!itu la sbbnya saya masuk kelas encik mark s. chatterton. saya harap jawapan yg saya berikan kpd en mark mampu mengubah tebiat procrastinate saya. rasa nak emel je kat dia jwpn2 nih. haha. over.


1.why are you here?
sbb nak jd millionaire

2. what do u want from the Rail Track Mindset Programme?
nak duit beribu-ribu lemon.

3. how do u see urself in:
1 year: being able to buy my own hse and give all my frens free tickets to BALI. :)
3 years: rich and have 2 BMW's....:P
5 years: SFY (sleep for a year) bertilamkan notes 100hengget berguni2. ~~~~ lalallalala


langkah pertama saya pada hr ini ialah g kedai buku. carik buku think & grow rich by napoleon hill.

langkah kedua ialah, bukak buku dan baca.

langkah ketiga ialah,....tunggu kelas next week...


hahaha.

takde kemajuan langsung!!

Friday, May 22, 2009

mission impossible.

penat.

hari ni aku tak keje. semalam kuar umah kul 830am, satu hari dr pagi sampai ke malam, kul 930pm baru nampak jln nak balik kg melayu ampang. td kol hsb aku ngadu le penat, dia ckp, sapa suruh? ada abg suruh kuar pg balik mlm? ek eleeeehh...bohsan sehhhhh!

xtvt hari ni g bank ngan bonda, uruskan pencen dia pasal org bank dh sebok soh dtg amik duit pencen. kayo betul mak aku. janda kaya. kui2. pastu ala2 lupa diri g shopping kat ampang point. ye le. org ada duit pencen kannnn...time tu le nak beli beras, ikan, sayur, mak nenek sume kat kedai tu kalu bleh nak beli. pastu aku ngan perut boyot2 ni cam nak tumbang tolak troli. adeiiii...lam hati tu mang seribu jenis sumpah seranah dah aku sedekahkan kat adik laki aku. no skuling punya jantan. patut dia yg bawak mak aku g beli barang dapur. ni aku yg bawak. bkn nak komplen mende. aku tgk dia dah la tak kuat. nak angkat beras 5 kilo pun semput nyawa. nak soh aku kang aku yg terberanak kat situ. pastu bila aku tolak troli dia pon sama sebuk gak nak tolak, tgk aku cam tak makan 10 tahun tolak troli kannn...secara logiknya takkan aku nak soh dia lak yg tolak. sama2 OKU. isk. aku sian kat dia, dia sian kat aku.mang hampeh si amer nih.


sudahnya balik umah dua2 al-K.O.

td ni dia sudah bagi aku satu task. " ko bukak lemari kabinet bapak ko tu carikkan surat mati arwah nenek..mak nak carik kubur dia sok..."

sabo je. baru nak bersenang lenang.

selama 2 jam aku duduk terbongkok2 bukak file satu2 lam kabinet besi arwah bapak aku nih. respek betul la. segala jenis surat sume dia simpan. surat berenti sekolah dia pon ada. surat mati arwah atuk aku, dan semua adik beradik dia, surat pajak, surat ceti, surat aku masuk skolah tingkatan 1 kat yayasan selangor. siap ada no bilik ngan no locker lagi. dan yg paling nostalgia, surat kat bawah ni. surat keterangan beranak oleh ahli lembaga bidan malaysia. huhu. baru ku tahu. paling admire tulisan tangan dia. gila kemas dan cantek. kalah tulisan aku.

lain yg dicari, lain yg jumpa. aku ingat nak wat frame la. hehe. tak penah aku tau ada surat ni selain surat beranak. spesel tu beranak kat umah...rilek je kan org dulu2 beranak. takyah sebok2 nak booking sepital sampai ribu2. sehat gak aku sampai skang. membesar bagai johan lagik.

dan..sampai sudah surat mati arwah nenek tak jumpa.


dah la. dah penat. sakit badan dok lama2 nih.sok je le sambung mission.

chiow!

Tuesday, May 19, 2009

tersasul. huhu

aku tengah bukak search engine cari.com untuk search cara2 semayang duduk. kalu ada la. skali tu, tershashul lak ke sini >>> Islam: kamasutra ^_^

lalalalallala..bkn salah aku. hehehe..pastu terlajak lak ke sini >>>> Islamic KAmasutra


hehe.



tak sengaja.


**** btw, sesapa tau camana nak wat semayang duduk, sila la beri tunjuk ajar ya. tima kasih.

Monday, May 18, 2009

monday blues...

kalu hr senin mang la malas semacam eh nak g keje. contohnya skang aku kat umah lagik. dh siap2 dh. tp tak gak kuar2. nak tepon customer lg pon cam maleh. nak g sebis kete lgk hr ni. apmt tak wat pon. patut 2 3 hr sebelum nak anta sebis kena wat apoinment. tp kelupaan la plak.

henpon lak wat hal. hr tu cover dia tercabut. asek jatuh jek. terbarai dah. abes g la beli gam gajah. nak gam la balik. skali dah terover gam. dah namanya mang overkan. skang kepypad no 1 ngan 2 takleh nak tekan. dah tergam skali. sabo je. kalu type msg kat no 2 tu la hurup abc. azab btl la. camana nak betulkan nihh....bdk celcom ni hr tu kata leh tukar henpon ngan harga murah rm350 kalu amek corporate plan dorg. tp smpei skang tak kol2. hampeh betul.

agaknya henpon ni merajuk la ngan aku.ckp2 nak tukar baru, dia wat hal plak....isk...


esok ada training kaw2 punya. blehkah aku survive?? trainer mat saleh lak. ngeri seh..isk..rasa cam takleh nak follow jek...huh. try test dulu. harap2 pas nih aku btambah2 rajin. amiiinnnnnnnnnn

Wednesday, May 13, 2009

13 may

13 may 1969. aku kat syurga lagi masa ni. mungkin tengah enak menikmati buah anggur..:)

saje je aku wat entry hari ni tanpa ada apa2 tujuan. takde cite pon. nak ilangkan boring dan sempena nak sambut 13 may yg ke 40. kui2. macam la aku ada kene mengene dalam ini peristiwa.

nak mengarut2 hari ni takde mood la. penat semalam tak abes lagi ni.


tgk la sok lusa tulat ke. kalu dpt ilham. mungkin aku akan type cerpen lam nih.

haha.menanah la korg nak baca!!

oh ye. td kat GE, aku nampak emelda, bakal isteri si adlin yg over itu. emelda no problem. bakal laki dia tu. over lebey.macam dia sorg je lam malaya ni nak kawen. abes satu malaya kompang.


takde kene mengena. again. gosip murahan sbb aku takde cite. ^_^


lalallalalallaa~~~~~~~~

c ya when i c ya.

Monday, May 11, 2009

over.

saya mmg over. tak pegnen over. pegnen lagi la bertambah2 over. pg td saya dengan tak sabau2nya dh g klinik kat ampang point, medizen clinic--bjiran ngan linda onn nye kedai..objektifnya adalah utk wat ultrasound. kui2. tak sabau2 nih nak tgk baby. ye le. dah 2 bulan aku tak tgk baby lam perut. kesian kat aku...

keputusannya: doktor suraya telah berkata ," awak nampak tak kat tgh2 tu cam ada something? baby boy nihhh..."

walaupon aku tak berapa nak nampak, tp aku bulatkan jugak mata aku utk tgk betul2. kui2.mang la ada sth kat tgh2 tuh. boy?? lalalalalalalalala~~~~ dah agak dah!!


so kawan2. anak buah baru korg ni ialah hero superboy ye. harap2 betul la telekkan doktor suraya itu. instict aku pun kuat kata boy. apa pun tak kesah le boy ke girl, janji baby kuar sok sehat. tu je aku mintak.

huh. respon dr laki aku: "wahh..abg dah ada geng main bola lam umah nih!!"


ha'ah. sajak!!bekenan nau le aku dengau nihhhhhhhhhhh

Sunday, May 10, 2009











.:PN KHATIJAH MOHAMED UNNI:.

aku tau mak aku tak baca blog nih. tp aku nak wish jugak!tadi aku dah wish...pastu dia kata tima kasih...tak lama lagi awak pun nak jd ibu, merasa la awak camana susah payah jadi mak nih...


huhu...tersentuh i. lam pale otak aku mang hari2 dok pk dah bersedia ke aku jd mak. org kata bila dah jadi mak, pandai2 sendiri la nak bentuk anak camana kan.

jasa ibu mmg sampai mati tak dapat kita balas kan. last week aku dengar kat radio lagu aishah, syurga di telapak kaki ibu,....tiba2 aku nangis.

Syurga di Telapak Kaki Ibu
Album :
Munsyid : Aishah
http://liriknasyid.com


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


sedih la plak.tetiba leh syahdu..:P


aku pon bakal jd mak nih...aku harap2, aku kuat dan setabah mak. terima kasih mak. tak terbalas budi mak.


SAYANG MAK!!



Saturday, May 9, 2009

eksidento

aku tereksiden delete background lama. so aku ganti le ngan yg ni sementara..agak2 rajin nak carik skin yg baru nanti aku tepek la balik...

kira orait la nih...


^_^

Friday, May 8, 2009

I WARN.


to uninvited readers.
if u feel bored reading my n3ies...please dont bother to leave your sarcastic comments. this is my blog. aku nak cite pasal kucing aku ke,laki aku ke, nenek aku ke, jiran aku ke, ketua kampung aku ke, takde kena mengena ngan ko.

i can say whatever i want. if u want something usefull to read please go to other blogs that provides u with more interesting stories, or gossips..i dont FORCE you to come here to read my entries.some ppl may like it, some ppl dont. if your life sucks, dont make my life sucks too.ok??

to you uninvited readers, i know your IP's. you are the same person rite? gigi jongang ke, gigi jarang ke, gigi mancung ke..gigi terbalik ke, go do sth usefull. jgn asek nak wat kacau kat blog org. ko tak suka, dipersilakan keluar.pity u. takde keje berpekdah ke nak buat???

Wednesday, May 6, 2009

what could it be?



a GIRL?? OR a BOY??



esok kul 3 lebey baru tau....(hopefully)

huhu...i'm so excited!!!

Monday, May 4, 2009

penat.tak sehat.

pg ni rasa mandom je. batuk. selsema. hembus ingus abis darah. luka kat idung tak baik2 lg. ubat harga 24hengget kejap bubuh, kejap tak bubuh. tahun ke berapa nak baik pon tak tau.

hari ni sangat2 penat. semalam rasanya takde rest langsung. skang pagi2 seawal kul 5 dh bangun. tp aku tdo balik. kang kul 6 lebih aku tersedar lagi. kena la bangun. kang ayam bkokok, aku subuh gajah je le. skang tak yah pasang alarm hp. sendiri je tersedar subuh2 shapi'e.pastu bkn reti nak tdo balik. kalu aku baring golek2 atas katil pon bkn tdo sangat. sume mak nenek aku dengau.

ni dah batuk. selsema bagai..cam nak demam pon ada. aku dok umah je. takde mood nak wat keje.esok ada training. lagi. tak abes2. bijaknye tak jugakk

k la. pale aku pon piaw2. sangat molek utk wat acara kuak lentang atas katil. :P

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA!!kepada yang bekerja hari ini, teruskan usaha!!GO-GO CHAIYOK!!


huhu. selamat bercoti. bg aku cuti hr pekerja ni cam takde makna je. sbb aku ni sukahati je bila nak coti. tak hari pekerja pon aku coti gak. macam melener la katakan...haha

tp, kalu tak kuar keje, tak bermakna kita takde keje ye tuan2 dan puan2. contohnya, pg ni seawal kul 8 pg saya sudah menyemakkan diri memblogging. ni namanya takde keje carik keje. :P

dan senarai untuk melakukan keje2 umah juga agak banyak hari ini. contohnya:

1. kemas almari baju yg kalu laki aku tengok leh bebel 1 hari 1 malam.
2.g kedai beli barang2 basah sbb pagi ni bonda nak wat bekpes mee rebush. jd keje aku ialah g beli barang2 yang takde, selebihnya biau le pembantu umah mak aku yg manjang takde keje, bekerjasama ngan bonda. ehe.
3.tukau cadar. ooh.ini la keje yang paling malas untuk dilakukan. apakata keje ini kita agihkan kepada yg bertubuh sasa dan gagah perkasa dr pulau temasek. dengarnya ptg ni sampai. hehehe. delegate.delegate. jgn nyusahkan diri sendiri ye tuan2 dan puan2.
4.bila sume keje dah takde, amat molek lah jika kita kembali memblogging dan melakukan xtvt2 tak berpekdah kat facebook seperti membuat kuiz2 yang kadang2 result dia leh wat kita gelak guling2. gila tak masuk akal. tapi buaaaaaaaaaaaaaattt jugakkk. pasal? takde keje. hehehe


ok la. saya rasa cam nak g wat keje yg ke-4 la. tak lengkap idupku ini tanpa mukabuku.


lalalalallalalalalala~~~~~~~~~


keputusan kuiz akan dipamerkan.


..
..
..


Singkap Rahsia Di Sebalik Nama


Aini Muhammad Tahir
aini 1+9+5+9=24
muhammad 4+3+8+1+4+4+1+4=29
tahir 2+1+
8+9+9=29 24+29+29=82 8 + 2 = 10 1 + 0 = 1

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

selanjutnya.....

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


amacam? ada betul ka? =D

Thursday, April 30, 2009

sakit pinggang

kalu aku cakap ngan mak aku mesti dia kata ni: over betul ko ni. baru bp bulan ngandung, sana sakit..sini sakit. mak dulu..bla...bla..bla...bla..

ye. dia adalah superwoman dan heroin dalam cerita ini. aku lah yang paling lembik. umpama teratai layu ditasik madu...ehe

antara ayat2 power dia: mak dulu, baya ko ni dah 4 org anak tau! DAN, mak dulu mana ada nak pantang2 tak makan nenas la..tak makan cuka la...mengandung korang ni sume aku makan! susu ke vitamin ke sume aku tak ambik.doktor bg vitamin pun aku buang je. sehat jugak korg ni! jd org jugak!!

ye.ye.ye.

tapi yang paling best skang ialah..pantang aku sebut nak makan apa, mesti dia wat. huhu. marah2 pon tapi dilayankan jugak la peel aku yg mmg over ni.

aku dh dekat sebulan nak makan mangga ostrolia. tiap kali g kedai kat ampang jaya deret 7E tu, mesti aku masuk kedai runcit mamak.buah2an dia sangat cantik2 dan sangat2 mahal. hari tu aku tengok buah mangga ostrolia. besar,bulat, gebu, lazat berkrim ok. terkebil2 aku nengok. lam hati mang dah tau harganya mahal. tp mulut tu gatai jgk la tanya bp sebijik. bila mamak tu kata sekilo 15ringgit, terus aku sengih dan blah. mahal gila babai!!!

balik umah aku cite ngan mak aku. dia kata, nak makan beli la. aku cakap nanti la. mahal sangat. dapat gaji sok leh la beli.

mcm sedih je cite aku kan.huhu.

cite mak aku lagi sedih. dulu dia kata masa ngandung dia g pasar ampang. ternampak nyonya jual buah delima. dia mang suka buah delima. dr jauh dia tengok je. tak berani tanya sbb dah tau mahal. byk lagi benda lain dia leh beli. bila dia nak blah tu, nyonya tu panggil dia, kerat separuh buah delima tu bg kat mak aku. nyonya tu kata, takpe...saya bagi. awak mengandung. mesti mau makan...

mak aku ingat lagi sampai skang. so bila aku berkira2 nak beli mangga yg mahal tu dia cakap ngan aku, beli je..kadang2 bukan ko yg nak makan. anak tu nak makan. beli je. nak makan beli. mahal pun takpe, janji rasa...

terharu den...

dan semalam bila aku bwk mak aku g pasar, singgah kat ampang jaya tu jugak la nak beli buah. terus dia soh aku g beli buah mangga tu. pastu turun2 kete je ada cina jual durian lam van, dari tangkak. aku pandang mak aku, durian!! mak aku tanya nak?? aku sengih je. dan2 tu jugak dia g beli..13ringgit sebijik. merasa la semalam makan mangga ostrolia ngan durian. huhu. sayang mak aku....muahh..muah..muahhh!!

dulu bila arwah bapak aku ada, pg2 dah ada plan nak masak apa mkn tghr. skang mak aku asek tanya aku nak makan apa. dia masak. semalam aku tgk dia beli telur itik so aku request la telur itik masak lomak+ belimbing. huhu. sedap nyam2 menjilat jari ok. mengada betul skang ni main request2 je. hahaha. mak aku ni dapat mimpi apa ntah kebelakangan ni rajin nau lak nak masak2....biau kan...jgn tego2. kang aku tego, aku yg kena masak. hahaha.

esok dia nak balik kg ngan abg aku. konpem la sok hari cuti dan aku kena masak. bila tang aku yg kena masak wajib la aku masak simple2 je. tk berapa nak rajin la katakan...huhu


penat dah. duk lama2 ni makin sakit pinggang aku. eva, ampun maap ye. kekanda tak bg attend malam ni. last week dia kata balik lambat sgt. siap takut2 kan lagi malam jumaat la apa la....sabo je. kejap bg. kejap tak bg...isk..


next week i try ok. nak kena mandrem laki owg nih.....

Wednesday, April 29, 2009

kot ye pon..!!

kot ye pon aku pakai dial up zaman jajahan british, pesal ko lembab cam sipot sedut sangat nak bkk maybank2u nye page??



harrggghh dushh!!!


nak tdo dulu pon sempat nih......

Sunday, April 26, 2009

movies review..



Confessions of a Shopaholic!
best!best!!huhu...first, you read the book, then GO see the movie! gila best! sangat2 puas hati! thanks kak nen..impian tercapai jua. =D

mula2 semalam tak dapat tengok cite ni sebab dah terlambat. showtime 2 kali je, kul 2ptg ngan 7mlm..mana dapat la nak tengok kul 7mlm kan. ada yg azan maghrib kat tinga aku siap khutbah lagik! kui2. jadiknya, tengok la cite he's just not that into you. member nenie yg suggest.dia kata best. tpnya...hmmmm..bleh la...15menet lepas movie start, ada la 4 5 org kuar panggung. so just imagine betapa boringnya cerita ini. yang kuar tu pon laki. mmg bkn cite yg dorg patut tengok pun. pompuan2 sesuai la...aku budget nenie pon cam boring jek.pasal dok tepi aku dah senget2 cam nak tdo.sekali tetiba dia gelak lak..konpius den!
.

but overall cite ni not bad jugak la. bleh la layan kalu dah takde cite lain. dr layan cite Jangan Tegur. bagi sejuta pon aku takmo tengok..melainkan dorg bagi aku sejuta+sebijik BMW 5series+umah banglow sejibik. haha. baru aku tengok.

sapa nak layan ko bai...:P

berbalik kepada shopa, walaupun agak lewat g tgk cite ni, tp its all worth it!gotta have the vcd/dvd lak lepas ni.sape nak kasik aku present vcd nih?heh..masih belum terlambat...hadiah besday masih leh diterima walaupon lewat sebulan dua...ehe

what i learn from this movie is..STOP spending on your credit cards!! heeeee...kalu tengok pompuan ni shopping, gila takleh control! ada la kena tempias sket2 kat aku. cuma bezanya dia ada 12 credit card which is all total nearly 10k!USD la tapi. mang over spending sangat2!!aku takde la sebanyak tu kot total..ke? hehehe....lepas tengok cite ni lam pale otak dah mula pk (mcm sebelum ni tak pandai nak pk kan) so. no more spending ya cik aini. cita2 tahun ni kan nak potong sume credit card.kena control spending. control!! jgn g berpoya2 dan beli benda yang tak perlu!!!jgn sesiapa hasut aku beli itu ini dh pas nih. (jgn marah ye macita)support le sket kawan ko nih...=)

dua hari berturut2 tengok movie. org spore sangat2 jeles. next week dia dtg nak balas dendam tengok cite hantu kat panggung. kem salam ye. tumpang laluuuuuuu....baik aku tdo kat umah jek. from experience sume cite hantu yg aku TERPAKSA tengok end up aku tdo dan aku bangun lepas cite abes. kalu aku bleh lari kuar g tengok cite lain mang aku buat dah. tp kang durhaka la plakkk....tu la sgt2 tak bestnya bila kuasa bukan ditangan kita. hmmmpphh!


ok la. gotta stop here. sakit pinggang lak. ada cite lagi sbenarnya ni. aku kan kalu dah start menaip ni lajuuuu je..tak hengat2 panjang gila babai. maklum la dulu cita2 nak jadik wartawan tak dapek. jadinya dapat membebel kat blog sendiri kira tercapai jugak la hajat. huhu

tengok. nak stop pon sempat wat huraian lagik. adeiii...


chiow!!

Saturday, April 25, 2009

sesi luahan perasaan! &^*%$#@ (bukan carut, nasehat!)

semalam satu hari ada training. quite fun la kelas dia pasal trainer dia best. byk wat klaka. berair2 mata gelak.huhu

then petang smalam,member seangkatan, kak leen msg aku. ingat leh jumpa.tp sbb ada training takleh le. makanya dr ke ptg sampai le ke malam santak ber'sms'. huhu. smpai 12mlm tuh. ada dekat 20 sms le. penat menaip.

intipati citenya ialah pasal mgr yg 'tak kusayangi' lagi. selama2nya.ingat nak jumpa kak leen tu just nak mintak pendapat camana nak ilangkan rasa marah meluap2 kat boss. pasal dia lebih lama dr aku dn nasib kitorg hampir sama.asek menjadi bahan kutukan oleh boss. makanya semalam bertukar2 cerita la.mang aku respect la kat dia. walaupon mgr aku mulut cam hareeeemmm kan...tp kak leen tetap jugakkk dtg meeting. blehhhh jugakk dia bersemuka ngan boss tu.yang penting bleh jugak la dia melupakan apa yg boss dah kutuk tak hengat kat dia kan..hish.aku mang takleh la.

mmg simpan dalam. makan dalam. rasa kalau aku besau dr boss mang aku pijak2 dia, lenyek2..pastu campak ke laut. pastu br aku leh maafkan dia. kalu nak pk hari2 pasal dia mang sakit hati. mau meroyan aku. so atas nasehat, baik kita wat bodo je. walaupon tak berapa nak bodo, cuba la berlagak bodo. apa dia cakap masuk tinga kiri jgn register lam otak, terus ctrl+alt+delete..kalau masuk otak, pk2..hati bengkak, sakit,menanah..seterusnya akan menyebabkan sakit kronik. dia elok2 je bersenang lenang ngan riak dan takabur. kita yg sakit jiwa.


moral of the story, abaikan.


hari ni nak g berpoya2. tenangkan perasaan. nak g tgk wayangggggg!!!huhu. bila hsb takde kan, mcm2 la plannye....hehe. ade geng ni laju je la langkah aku...banyak la duit aku abes ni kang..erkkkkkk..!!!!


chiow! hv a gud weekend!!=D

Thursday, April 23, 2009

bla..bla..blaah...

tak tau apa nak story. nak story psl 'boss kesayangan' yang tetiba salam aku semalam pon takde mood. pe kes la.

wat speech kalu tak menyindir tak sah. abaikan. aku yg terlampau mengikut perasaan ke atau dia yang over. kalau nak kira lebih setahun aku tak bercakap ngan dia. nak tengok muka dia pon malas. nak dengar suara dia laaaaaaaaaaagggiiiii la.....

nasib la dpt manager cenggini kan.

nasehat kepada diri sendiri: wat je le keje ko. pedulik le apa dia nak cakap.apa dia nak pk. janji gaji ko masuk.bes cite.

jihan baru je kol td. menceritakan pengalaman dia bersalin 3hb hari tu. dengar cerita org bersalin ni mcm2 version. yang takut mendengarnye ialah org yg blom bsalin lagi.tak dapat dibayangkan. jumpa momoi last week, bukannya dapat close pon.hmmph. tp yg dapat ialah menengok video dia beranak. sungguh tak patut pompuan itu. pastu leh cakap ngan aku, tak sakit aini..tak sakit. hampeh. tengok muka dia menahan sakit pon aku tau dah sakit. bleh lak cakap tak sakit ngan aku?

turn aku nanti camana la... isk..

chiow. nak melantok. lapau la plakkkk
spesel utk kak nen:


kak, agak2 bosan wat keje tu tak yah la wat drama anak wayang lak ngan owg. msg owg soh kol pastu reject!!!

adeiii.....ade yg gue bako villa pavillion ni kang!


kot ye nak wat kelakar kul 4ptg agak2 le....adoiii laaaaaaaa

Tuesday, April 21, 2009

macam-macam penyakit

last week masa aku g jumpa pakar ENT tu aku ingat masalah tinga dengung aku ni akan ilang. tp sampai skang tingabelah kiri aku asek dengung je. hr tu idung asek darah.ok dah. mujarab le ubat yg doctor aman tu kasik.dia kata masalah tinga aku dengung ni dia pon tak pasti. maybe sbb aku byk sgt gayut tepon..cakap lebeh 15menet tu dh kira lama gila. kemungkinan je.teori dia. aku pon kurangkan la cakap tepon. kalu laki aku kol pon cakap kejap2 je.risau jugak kang tak dengar langsung!

dah tu satu hal. ni dah lebih kurang sebulan bawah mata belah kiri aku asek gerak2 je. ingat mula2 kjp je. tp ni cam hari2. dengar org kata macam ada bende buruk nak jd. aku msg dak mala dia kata aku byk nau pk. urat2 sume tak betul. pale otak aku pon tak betul.sabo je la. nyesal tanya.

hari ahad hari tu g umah makngah aku.as usual acara bulanan family.jumpa cousin aku yg keje kat ampang putri.dia soh jumpa pakar ENT kat ampang putri tu. tgk la next week ke aku g...duit makin lama makin susut.kang g sepital tu ntah bp juta kang aku kena lagik.

hari ahad tu jugak bc paper kosmo pasal baby pelakon dynaz tu meninggal lam perut.usia 7 bulan. mula la pale otak aku ni pk bukan2. tu penyakit gak tu. kalu baby tak tendang2 aku risau dah. huhu.over ok.siap cakap ngan baby soh tendang selalu. tak kesah dah.bukan sakit pon.=D asal dia gerak2 tu aku tau la baby ok. adeiii....masalah dalaman tul aku nih...

semalam satu hr tak kuar keje. takde mood. "boss" bagi msg punya la panjang..yg sempat aku baca..brp byk apmt hr ni?weekend close bp? bla..bla..bla...DELETE.maleh nk baca. ada tanya weekend close bp?huhu...close mende.bkn wat apmt pon. laki aku balik.apmt ngan dia je la. huhu. berangan la cam dah kaya. kalu cam laila johari weekend cuti takpe le jugak kan. member dah kaya.tak sedor diri betul cik aini. :P camno nak beli bungalow 3 tingkat nih?ehe

last week ada dpt nama dr marketing GE soh call.sorg je. lelaki lak tu. lemah lutut aku. berkira2 gak ni bila nak kol.nak tanya eva camno.dh jarang wat phone call kat org tak kenal ni. cam bodo la plak.

ptg ni nak g GE jap. teruk betul simptom maleh nak keje nih..mula la eva bg ceramah minggu ini kang. kui2.


chiow. penat.

Tuesday, April 14, 2009

malas.mari tdo.

kemalasan melanda.

ada cite ni. pagi2 buta mala-ON dah ganggu keenakan aku membuta.

"NON!!dengar radio HOTFM skang!! aku tepon fara fauzana tadi. komen pasal topik hr ni, rakyat malaysia memilih kerja sedangkan ada 12000 kekosongan "(camtu la lebey kurang tajuk dia)..

tgh sangap. takkan nak pay attention lebey2

aku pon p la on 8tv. tgk fara sambil terkebil2 tahan mata. nak tdo lagi nihh..adeii dak mala ni potong betul la. tgh syok2 layan mimpi....heeeeeeeeee..

aku msg mala, lagi saploh menet takde kuar suara dia aku nak p tandas. tak tahan nak *tut* hehehe..

skali tu elok je dak fara on air kan sogha si malaON ni....huh...ni je???ingat merdu sangat sogha dia lam radio.hehehe

havoc la plak pepagi. sume dok kol aku tanya tul ke tu mala. ye le. mala le tu. dia bab2 tepon ni mang rajin. dulu radio era pon dia kol. semangat ok.



maleh nak cite lelebih.aku kemalasan hari ni. laki aku msg pon malas nak layan.

apoinment kensel. wajib la aku mandom.



balik umah melantok banyak2 dah ngantuk. kui2. tak senonoh.

nak reg utk roadshow sok cam haram je eLATs ni dr td tak dapek bukak2. GE ni kot ye pon nak implement mende baru bagi la briefing.lambat gila babai nak bukak..macam canggih nau. heeeee..nyusahkan je!!


dah penat. nak tdo.



UJAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNN..waaaaaaa..sangat masyuk kalu layan tdo.

dasar pemalas.

Monday, April 13, 2009

dia dah perasan.

huhu.laki aku dh perasan kesan calar kat bwh spoiler yg aku wat sebulan lalu. utk membela diri aku cakap, fair la. abg wat satu, syg wat satu. muahahahha. tersengih2 member. pastu dia kata. takpe...biasa la pakai kete mang camtu.

huh. tu ayat dtg dr mana tak tau la. aku rasa tu ayat org wat salah sambil takmo menyalahkan diri sendiri.

biasa la aku kan. kete lama pon penuh ngan kesan2 efek yg tak sepatutnya. harus la diteruskan tebiat ini ke kete seterusnya.pejam sebelah mata je. wat tak nampak. kalu tengok betul2 mang sakit hati yg amat.but better la masa wkf dulu, 2minggu pakai lampu depan pecah sebijik langgar van. haha. kira ok sket la tebiat kali ni kan. kalu lampu depan kete ni pecah mang pecah la tabung 50posen aku. nenie punya tabung je leh dpt 1200 satu tong. akunye seratus jek. camno nak kaber???isk

sib baik laki aku tak marah. kalu dia marah, aku marah dia balik. ahhahaha. durhaka kan...:)

cite tak best dulu

aku nak wat entry pasal coti2 kat cherating. tp semalam pg mang betul2 spoil. jadinya aku nak cite tak best dulu baru wat entry pasal cherating.

semalam last day kat cherating.masa nak bekpes tu, laki aku amik sokabar kat reception counter, berita minggu. sambil makan sambil selak2 bahagian sport tu. tgk result bola la pe lagik...aku plak pagi2 dah mandom semacam jek. rasa sekejap nau spent time ngan laki aku.sedih sehhh..bila jauh2 gaduh. bila dekat2 rasa nak soh dia stay jek..:(

bila dah abes bekpes, turn aku lak selak2 sokabar. selak2 je baca part hiburan. tu je yg interested sgt pon. then ajak laki aku jalan2 kat tepi pantai. tak pasan lak sebelah resort aku duduk ni, suria beach resort is impiana beach resort. terkenang semasa dulu masa bujang2kan, bersukaria kat situ.. nengok buaian tayar, ngan tempat panjat2, mcm2 lagik la. terkenang semasa dolu..

pastu dah start panas, laki aku ajak lepak kat depan reception tu ade tempat duduk. so aku lepak lagi baca paper.

something cought my attention.

aku baca kat ruangan kesihatan. title dia barah hidung. simptom dia idung berdarah, tinga berdengung,dan paling teruk mata leh juling. tetiba je aku sesak napas. 2 simptom tu aku ade. idung darah n tinga dengung2.

dah mood aku ilang tiba2. aku tunjuk kat laki aku, dia pon terdiam. tp cam biasa ngan penuh rilek dia kata, takde pa pe k...esok g check...

idung aku lately darah balik.so tu yang wat aku sangat2 risau.

laki aku cakap senang kan. takde pa pe. aku yg dok risau cam nak rak. teringat ada member keje guardian dulu kena nose cancer. tp dah sehat la skang. cuma tak tahannya bila dgr dia wat chemo..muka dah cam terbakar, kurus kering.isk. aku ni pegnen. first thing aku pk ialah baby aku. if anything happen, kalau doctor kata pilih antara aku atau baby aku sanggup pilih baby. biar la baby survive. at least utk husband aku.

sampai camtu skali aku pk. yang paling worst skalik otak aku berjalan pk yg bukan2.

pagi td aku ada training kat GE. kelas nak install software je. sejam je kelas tu pasal aku nak tau camana nak install n activate utk guna presentation.tak sangka lak kelas sependek tu pon dorg bagi makan bekpes nasik lemak. fav. aku mang lapar pon.banyak gak lak melantok.mang kalu tengah risau aku makan banyak. nak ilangkan kerisauan la kononn...

pastu g wat keje sket kat agents room, then aku terus chow. nak g clinic. aku g kat jalan ipoh sbb kat situ aku pasan ada klinik pakar ENT. sampai je terus aku menapak naik.ingat kena wat appointment tp kebetulan klinik tu tak brapa bz so aku terus je bleh jumpa doktor.

tengah tunggu2 mala lak msg aku. hari2 tak kacau aku tak sah pompuan tu. aku cakap le aku tgh emosi. maleh nak layan dia. skali dia sound aku, eleh..baru balik honeymoon takkan emosi beb??ceh. aku story mori la kat dia. pastu lama dia baru reply. alah..cuaca kurang elok skang. tu pasal idung ko darah.takde pa pe la.

hmmm...dah 2 org cakap camtu. aku try pk positive.nama doktor yg treat aku tu namanya doktor aman. benggali kot. mintak2 la lepas aku jumpa dia aman damai resultnya.

masuk je dalam terus aku cite masalah aku. pastu dia cakap, no need to worry that much. maybe its due to your pregnancy because all the blood vessel starting to work, for two..plus your hormone is not too stable..

adei. ni lagi sorg. .aku cakap le pasal aku baca paper semalam. sib baik dia faham tahap kerisauan maksima aku ni. utk menenangkan aku, dia kata nak wat aku relief dia leh wat beberapa test kat tinga n hidung.

please.wat la apa yg patut.

dia check dua2 belah tinga tengok gegendang tinga aku ok. tinga ada 3 parts. luar, tengah, dalam. mula2 dia check bahagian luar. sume ok. bahagian tengah pon ok. bahagian dalam aku mintak dia masukkan something utk tgk bahagian dalam ngan mata aku sendiri. sume ok. takde mende. aku tak puas ati.

dia check idung lak. ada salur darah pecah kat idung aku belah kiri. tu yang asek darah je. doktor tu try convincekan aku sume ok. aku harap2 sangat mmg sume ok. dia kata mcm2 test dah wat ni, tak ada tanda2 aku ada barah hidung. mostly yg dapat barah hidung chinese, due to genetic n pemakanan. melayu sangat2 jarang.

ok. faham2. tp dia pun sangat2 faham bila aku kata aku risau sangat2 sbb aku tgh pregnant. every pregnant women would think like you. risau sakit terlebih2 ni pasal hormon katanya. yo la. aku kalu tak pegnen pon risau terover2.

pastu aku msg mala kata takde mende.

skali dia reply. ko mmg suspicious over suspek on suspectly suspies of spesen!!(ntah ape la dia merapu)asek korek idung pakai batang kayu tu yg pecah!


lalallalalala sukati la. kalau korang pon mesti cuak kan...


haihhhh......lega sangat2. aku pk skang ni baik aku jaga makan je. and doktor bg nasehat jgn cakap henpon lama2. tu pasal tinga aku skang cam dengung2 jek. maybe effect henpon. katanya. aku tanya lama tu sejam ke. dia kata 15menet pon dah kira lama.

oh. ye ke? camana nak borak ngan laki aku cenggini??

cis.

takpe2. tu bleh adjust. =D

skang aku leh tdo ngan aman.

tima kasih doktor aman. aman idupku selepas ini. ..:)

Wednesday, April 8, 2009

berehat

hari ni tak kuar la. pk2 nak jumpa sapa, hari pon malam. huhu. idung plak darah lagi ni. sket2 je la tp. takut kang aku kuar panas2 ni kang kuar cam air paip. baik dok rilek kat umah. mak aku pon takde lak bising hari ni. agaknya dia paham tgk aku letih nau..huhu.kena pandai blakon =D

tghr td lepas melantok, momoi kol. lama nau tak jumpa.ingat nak jumpa esok. bleh gak la masyuk sket2. huhu kalu ada rejeki. baby dia pon aku tak tengok lg..hari tu nak g tgk dia tak bg. macam erra lak tak kasik tengok baby sampai abes pantang. heh.

then td wat keje sket2, pastu terasa cam nak study balik notes life planning advisor yg aku amik this year.hari tu yo yo je beli financial calculator.mahal ok. rm140. laki aku sampai terbeliak bijik mata dgr regenya. dia kan very the berkira2. aku nak sental pale otak dia guna calculator nih. huhu. masa beli tu mcm ye ye je nak blaja bersungguh2. balik umah, harammmmmm..file dok elok je atas meja. calculator elok je aku usung ke hulu ke hilir. besau lak tu. wat berat beg. patut la bahu aku senget sebelah skang. haha.

kena sejam lebih mentelaah, dah letih. pale otak letih. mulut letih. mana tak, membebel je sorg2. tak puas ati tekan2 tak dapat jawapan. otak dah tepu sangat. bodo nau wat kira2. dulu kat skolah mana blaja pakai financial calculator. dah tua bangka baru terhegeh2 nak belajau.

ni dah letih sangat terus online. nak survey2 hotel or resort hr jumaat sok kalu panjang umo nak g cherating jalan2 ngan laki aku. sok malam dia balik, hari jumaat dia cuti good friday. kalau dia dapat tiket la sok malam. kalu tak dpt aku soh dia jln kaki. tak kira, hari jumaat mesti nak ada kat sini. haha. kejam2.

k la. nak chiow. nak tengok matahari kat tv3. abes spaQ, matahari lak. sok kuar bulan, bintang, planet marikh...tak jadik keje la aku. hehe

byes2!

poyo

boss aku mmg poyo. tau la br balik travelling. takyah la poyo lebih2.

semalam aku dpt kol dr ofc agency. tak penah2 si liza ni kol aku sampai 2 3 kali.sekali aku angkat, dia pass kat laki boss. abg lan.

lagi poyo dia tanya aku bila nak beranak. sebuk je. nak sponsor sepital aku nak bsalin ke??

tambah2 poyo, dia nak jumpa aku...nak discuss sth katanya. aku ckp takmo. dia pujuk lagi. aku kata nanti aku pk. malam td aku ckp ngan laki aku dia tak kasik pegi. kalau nak jumpa tunggu dia ada. haha. kalau dia takde pon mang aku takmo jumpa. watpe jumpa laki boss tu? bkn dia leh watpe pon.

ntah pa pe. malas nak layan. baik aku pk camana nak jdk kaya cam nenie. huhu duit makin lama makin susut. saving tak berapa la sangat nak ada nih.. semalam dh g order kipas siling. kipas lam bilik aku bunyik cam motobot dh. memekak je. mahal la plak kipas tu. 2 ratus. kalu tak sejuk gak bilik aku tak tau la. mak aku soh pasang aircond je. alahai...kat umah ni dh 2 bijik aircond dah. kang bill api naik dia gak pok pek pok pek. bila aku ckp nak pasang kipas baru je bleh dia kata aku kedekut? adeiii......bondaku. kalu dia nak sponsor takpe gak. heh heh

hr ni nak kuar lambat sket. tghr sket br kuar. nak carik ilham nak jumpa sapa nih. kalu tak kuar langsung kang mak aku perli, ko ni dah jd melener (millionaire) ke takmo kuar keje??

adusssss...menusuk ke kalbu jiwa raga sungguh!!!

Tuesday, March 31, 2009

kepenatan.

3 hari yang memenatkan.

suami saya hr ahad baru sampai. korang tak tengok aku punya meroyan lam kete. td dia tego aku, before bertolak balik, dia kata aku cam budak2. sket2 nak marah. sket2 nak ngamuk. sket2 nak jerit. hari tu sib baik takde batu lam kete. kalu ade, mau aku baling batu pecahkan cermin kete.mengamuk punya pasal. muahahahhahahahha. nasib la. sapa soh pilih aku wat bini? terima lah saya seadanya ya.

dulu sebelum kawin aku dah warning dia awal2, aku ni moody sangat2 tak bertempat. ikut perasaan sgt2 tak kira waktu dan mangsa. bleh mangsa? hahahha. sapa soh dulu cakap takpe, boleh. perangai manusia kan bleh berubah. yo laaaaa..lom dapat masa tu sume bleh je. skalik ambik la perangai aku ni kan. pantang la salah seciput, bleh berhari2 aku tak bcakap. makan tahun pun bleh. hehe. aku pon kagum ngan kemampuan aku nih. genetik sapa dah meresap lam badan ni tak tau la. huhu.

lupa lak td nak mintak maap ngan laki aku kan. bleh defend diri lagi, sapa soh wat syg marah?? hehehehe...abangggggg jugak salah. ye. salah tetap salah. ni cik aini ye. salah sket sampai mati aku ingat. ni aku tau turun dr genetik sapa. mak aku. hahahaha. almaklum. tarikh lahir kami sama.wajibul ghunnah la perangai pon sama kan. =D

so apa aku wat 2 3 hari nih? hari ahad hari tu ada mejlis cabutan kutu kat umah aku. harus la aku yg dapat. kaya seketika. terasa cam dunia ni aku punya. haha. baru la dapat sket, lupa diri lak.kui2

pastu laki aku kan ada company trip kat genting. adeii...takde la tempat lain company dia ni nak wat trip. g la ostrolia ke, london bridge is falling down ke..bleh aku ngendeng2 skalik. petang tu mulanya nak nganto laki aku naik genting. tp dua2 kepenatan kan. sebenarnya aku je yg penat. penat marah. hahaha. jdnya laki aku kata hari senin je la naik genting. ye ye. nasib dia paham. buat2 paham atau terpaksa paham tak tau la plak aku kan. hehe.

aku konpem anak aku akan ngikut perangai aku nih. bersiap sedia je la.

semalam hr senin, lepas bekpes aku nganto dia naik atas nun. aku tak join le. banyak keje nak settle akhir2 bulan nih. bleh plak nak berpoya2 kat atas nun. haha. sambil mengetest2 kemampuan kete terbaru, laki aku le. riak sungguh gaya drive kete (very typical singaporean. :p) dia kata dia ada degree in driving.so dia bawak laju2 takpe. aku bawak laju2 takleh. dia tau nak handle. aku tak tau handle. bla. bla.bla.

huh. riak kan.semalam reverse kete langgar kete blakang. ambik! ada la calar sket. hahahahhahaa. nak marah takleh. dia bayo. dendiam je. tp muka dia punya la tak sedap ati. macam muka nenie pun ada sket. muka gelisah dan bersalah. hehehehe.tp aku lek je. pasal aku pon ade sumbangan mencalarkan bodykit kete itu kat blah depan. bawah la tp. tak nampak sangat. sampai skang laki aku tak perasan. sampai masa dia perasan sok aku tunjuk la part belakang dia wat tu. fair n square kan?? muahahahha. at least aku body kit, leh tukau. ni body ori, nak wat pe pon tak tau. spray balik la kot? sib baik sket je. sket pon dan cukup wat muka dia gabra gila. lagi skalik, sejibik kak nen. hahahahhahaha.

semalam pagi aku antau dia naik, pastu turun, singgah GE, wat payment. customer2 aku sume manja kelas atasan. sume nak soh aku bayaukan. then g klcc..ada worang mau blanja makan. hehe. besday girl la konon. thank u cik dalifaeine, pn marsyita & pn wadiah. jasa korg ku kenang. sapa2 lagi nak belanja gue makan? bleh jeeee....=D sila kol saya ye...

pas g klcc, g kajang lak, jumpa member lama, merangkap customer juge...lama gila tak jumpa....

dr kajang, balik umah..lam kul 5 gtu. mandi2, siap, lam kul 6 naik genting balik. aje gila. laki aku sensiang dah kol soh naik. dia boring gila kat atas. dorg wat xtvt sendiri2 rupanya. boss dia cina, santak p masuk casino sampai ke malam. haha. bdk2 pompuan lak g shopping2. laki pun tak ramai. harus la dia boring.

nak naik tu aku pk 100X ok. punya la gigil2 aku drive. tak biasa drive auto naik bukit bersimpang siur nih. hishhhh....sampai lak atas kabus tebal gila. tak nampak jalan. hari dah gelap. adeiii.....rasa nak nangis lam kete. sampai je atas terus aku peluk laki aku. gigil seh...adei...kalu aku salah masuk lorong, masuk gaung ke??adeiiiiiiii.....i cant imagine.

dah sampai atas terus turun bawah balik. hehehe. memang marathon ke genting la. ni namanya buang tebiat ye. sila jgn tiru aksi ini. hehe. sian baby aku lam perut. takde can nak rest2. laki aku lak teringin nak makan sate kat ampang jaya, sate zaini. mang sedap pon. tiap kali balik je nak melantok sate. lelebih lak ngidam dr aku.

iklan.

semalam aku nampak mazidul pengacara 360 tv3 tu. aku kan tak suka dia sbb muka dia poyo sehh....bila jumpa live, lagi la aku nyampah. pandang pon tak nak, tp suara dia...adei.....macam ko sorg je wartawan kat mesia ni kan. suara nak kena bg satu kedai dengau. sangat2 aku tak berkenan. jgn terkenan kat baby dah.

pas makan, balik umah. laki aku nak tdo kat umah, takmo naik. kat atas nun sejuk katanya. aku takde, tak syok. hehehe. takkan nak peluk rakan sebilik dia kan. harus laaaaaa tak patut.

pagi td, pas pekena roti canai sorang 2 keping, anto balik dia naik atas. lepak sampai dia check out. ingat nak tunggu sampai dia naik bas. tp lewat sgt. kul 145 baru bas sampai. so aku turun dulu la. next week jumpa lagi. cuti gud friday.ade plan nak g jalan2..ingat nak g cherating. tengok la kalu jadi.

aku nak cite banyak lagi ni. tp sambung esok je le. penat plak. pas ni nak TIDOOOOO.....(tanpa gangguan) hehe. aman rasanya.....

=P