Wednesday, April 30, 2008

..tired.

hari ni aku penat. satu hr kesibukan. dr pg kul 9 sampai le kul 8mlm br sampai umah. tp dlm pd penat2 pon ati tu sebok gak nak online, nak update. hr2 aku nak update. hari2 aku bkk new entry, tp hr2 jugak kepala hotak aku blank. apa nak jdk ngan kepala hotak aku nih.

esok dah cuti umum. kejap je dah nak 1hb kan. tinggal 3 bln jek lg. satu bende aku tak prepare. taktau nak start mn dulu. bkn ada kakak2 nak direfer...sume men wat sendiri. pepandai le berdikari kan....kalau tak termampu, harapkan pertolongan kengkawan je la..kalau2 la ada yg sudi menolong.... ^_^

bln 5 ni nanti sebok jugak le every week ada jemputan kawen.. hr sabtu ni ada seketul. kat sg besar. rs cam malas nau nak g sn..nak drive tu rs tak tercapai kete ku....kot2 ada org nak tumpangkan aku pon ok gak nih. kat sapa la nak aku wat muka seposen mengharapkan simpati. kalau tak laku seposen, aku up kan lg seposen. hehehe. think. think. think. hmmmm bdk2 ni sume dah berlaki.dah beranak. kang aku lak sebok2 nak tumpang. haihh..takke mengganggu ketenteraman awam? sapa ada helicopter? meh pinjamkan kat aku sat...malas nau nak drive ni wehhhhhhhhh


masuk blog dak wan nun tgk entry laksa tu teringin lak gue nak mkn laksa...hengat nak wat le sok pg....aku kalau wat laksa penang ni satu hr tak makan nasik takpe...kang kejap2 g dapur ceduk kuah. selagi tak habes, selagi tu tak tenang jiwa aku. haihh..lapar la plak ni hahh....aku lom dinner lagik nih. cam malas nak g dapur makan. dok lepak guling2 atas katil ni lagi syok dr nak bangun ke dapur nunnnn.....haihhhh..pemalas!!! pe nak jadik nihh!!!aku ni kengkadang bkn takat nak makan je malas, kengkadang nak g toilet yg tak seberapa langkah dr bilik aku ni pon malas. sanggup tdo je sampai sok pagi baru g toilet. hahahaha. bleh? tahap kemalasan melampau. kalu aku kena batu karang, korg takyah la pelik eh. heh heh

ok la. aku nak melelapkan mata sebentar. sgt kepenatan mengharung jam, memaki org yg bongok nau bwk kete, nak masuk jln org tak bg signal, dan nak kuar parking tak agak2 men redah cam jln tu tuknenek dorg ada share. kalu badan aku besar cam kingkong, harus aku kuar kete dan maki hamun mereka2 itu dan2 tu gak, siap aku kasik present pelempang free of charge. kalu bleh pastu biau dorg kasik aku duit di atas kesilapan bodo mereka itu. bleh ke wat camtu? hahahahahaha. kalau bleh mang aku kayo la. takyah keje. bkn sikit org yg wat kesalahan bangang sebegitu. heh :P

aku rasa idea mengarut aku dah come back nih. tp tak tally lak ngan kudrat aku nih hah... maka ngan ini wajib la aku merehatkan diri dahulu. sok2 kalu aku takde wat mende, akan aku hupdet lagi. mungkin ngan gambo2 laksa yg sedap dimakan, dan wajib korg tengok sambil merembeskan airliur. nak? wat sendiri la. umah memasing ada dapur kan? :D



ok la. selamat bercuti !!have a nice holiday yar!

Monday, April 28, 2008

..boringnya hari ni dah senin.

ye. aku post entry ni semata2 utk menyatakan keboringan aku sbb hr ni dah senin. bila nak jumaat nih??kui2. keje banyak nih..tak sedau diri asek nak cuti jekkk..

semalam aku dok bkk new post ni konon2 nak menaip entry baru. harammmmm...kejenye asek la type delete type delete. ntah mn ilangnya idea2 bernas aku nih. selalu kalu menaip tu nang laju ajak..

ni pg ni aku bgn sebelum subuh semata2 nak check maybank2u. sadis la. apsal lambat masuk nihh?????kang aku bakau opis aku sendirik kang!! haihhh...dah la senin. 28hb. tak reti2 dorg ni nak kasik nafkah kat aku?? hangin sungguh!

dah la. aku nak g mandi.nak siap2.nak g opis yg sekangkang kera itu. mesti jam gila babai kan. haihhh...ada sapa2 nak belikan aku eroplen tak????




happy working guys. jgn malas. jgn curik masa time keje. haram tu gaji tuh.. :P

Thursday, April 24, 2008

....chill out!!

sure korg tensen jek masuk blog aku ni entrynya asek la marah org je kan...aku tau marah2 ni tak elok utk kesihatan. muka leh nampak cepat tua; walaupon aku mang sentiasa nmpk muda remaja. haha..so skang aku nak start cool down. takmo nmpk tensen2 dah. pedulik la org nak kata apa pun. yg berdosa mereka. bkn saya. betul kata macita. biau org yg ngata aku tu masuk neraka dulu.. aku maki2 pon penatnya aku. dosa pun dpt skalik. huhu. sedau bkn tak sedau. tp sbb terlalu hangin kan...setan nak marah tu mang bertenggek je kat tepi aku ni hahhh...mengapi2kan. so skang aku dah tarik napas panjang2.....let go whatever yg mengganggu ketenteraman jiwabatinku. byk bende lain lagik aku kena pk.

hujung minggu ni aku dh nak g kursus tawen2. bersama2 mengangkut cik siti wan kuncup. heh. harus aku hangkut dia. kalau tak, dia nak g ngan sapa kan? kak nen? kak nen 2012 baru nak tawen. dgr2nya tu cam nak extend lagi 3 4 tahun. ko kalu tunggu nenie wan, sampai ke tua la lu tak kawen. boipren ko pun lariks...bkn senang nak carik ciri2 lelaki idaman malaya ko tuh. haha

persiapan aku takde le byk sgt...kena dibebel baru la aku gerak. pejam celik2...lagi 3 bln je lagik. the very slow moving la...hehe. sapa2 nak rekomen tukang mekap yg anggun lg bergaya dan murah harganya + baju utk bersanding;.. ye. jgn terkejut eh. gue DIPAKSA bersanding. paksarela.aku bkn suka menjadi bahan tontonan orgramai nih. ada sikit2 persamaan cam akak si sitot, saida..very the pemalus....huhuhu. ada percaya? tak percaya kalu bleh blahhhh...!! abg aku le bebel2 cam mak nenek...ditambah perisa oleh akak ipar 'pensel'ku yg sgt pandai menghasut aku...sakit tinga aku kena bebel. last2 aku pon malas ckp byk...every reason yg aku bagi tu sume di reject ngan rakusnya oleh mereka. kata penutup, dah, abg man tak nak dgr ko ckp taknak sanding2 nih...kawen bkn tiap2 hari. sekali je. dah la ko anak pompuan sorg. mak tu yg nak tgk sgt ko naik pelamin tuh. ..bla bla bla... (setelah di edit). YE LAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! haihhhh...tu la mak aku ni. dulu aku soh beranak anak pompuan byk2 takmo! kan aku dah kena lecture sebakul!! very the....!aku ada badi pentas ok. kang muka aku jd cam saida, saida dan saida lagi. hehehehe.

masalah negara aku skang ni cuma la nak carik tukang mekap n the baju...kaler tema aku suka kaler nih..korg tgk eh contoh gamba kat bwh nih...agak2 sesuai tak ngan gue? gue suka amat ini kaler...mcm kaler skin blog gue nihh...sweet gtu..gamba ni gue cilok (mtk maap kat tuanpunya gambo ye. promo sket) dr fp photographer yg juga biras si wan, munzir..


aku suka nau gambau dia ambik dan di edit tu. sgt cantek. walaupon aku tak berapa la nak cantek kan...tp ade le kemanisan di situ. huhu kalau dia dpt kasik harga yg berpatutan aku mang guling2 nak soh dia jdk photographer nantik. kalau la tak dapat jugak.....terpaksa la gue booking kak nen. hehehe kamera dia tu drpd bersawang dan berkulat, ada baiknya digunakan sempena mejlis gue nantik. huhu. gue nak booking kak nen sebagai bekap. :P nak soh jdk ketua flower girl dah kena reject. haha..

jap. iklan.

pg td gue bawa ayahanda g hkl. tgk result dia. kena wat test lagik. sokmo je la wat test kalu hkl nih. resultnya takde la btl2 nampak lagi... treatment pon takleh nak wat skang ni sbb taktau katne puncanya sel kansernya. once dah dpt tau, br leh tau nak wat apa. hari pon malam le tunggu test by test nih......

sambung balik.

er nak cite pe eh? haaa..ni aku nak ngadu nih. ade ke, last week bdk yg aku booking utk katering tu koling2 aku..nak wat agreement sume, so kena la kasik nama penuh, alamat, no IC sume kan, skali bila aku sebut pangkal ic aku tu, 770328...tak abes cakap lagi bdk tu dah potong, eh eh..akak ni dah tua rupanya......(sambil gelak2)


HIAAARGGGHHH DUSSSHHH!!! sgt kuang ajo ok. terus aku cakap...wei wei....gelak eh. kang aku kensel katering ngan ko kang!!! pastu terus dia mintak maap. sori kak sori...gurau2 je. jgn marah kak eh......

haaaaa....tau takut. ade ke patut ckp aku camtu? kecik ati ayam. kalu dpn mata aku mang aku dah sekeh2 pale bdk2 tu. tau la korg tu muda belia. aku pon muda belia gak...muda belia by physical.. haha takmo kalah nih..:P

baru je siang tu aku naik lift kat GE, ada makcik cleaner tu tgk aku bwk fail2 bagai, dia tego aku...belaja lagi ke dik..? haaaa...see? dat kind of question la i like. hehehe. perasan disitu. tp, kan ke lebih mulia ayat itu dr ayat..eh eh...dah tua dah akak ni rupanya...! mang nak makan penampo je le jwpnya.

no skuling punya bdk.



orait le. penat le gue bebel2.. sok2 gue sambung agik okie. er, jap pesanan, skang korg dah leh le pk2 kan ape present nak kasik kat aku nantik eh. hehehe. 3 bln aku kasik korg peluang utk memikiorkan presentnye ye. huhu. make sure GADANG2 adiahnya ok. tengkiu. i luv u. :P



happy working guys! :D

..khas utk rozie hashimi


gy, owg takmo awk nmpk sgt gamba benda tu...tp sbb awk dh msg kan...meh owg kasik nampak. haha kat atas ni owg dah edit sket. benda yg pertama tu kecik je. dia selubung ngan kain putih...keadaan dia cam org tgh berdiri, tgn bersilang kat depan. yg kedua tu dkt bdk tu je..kat tepi..tp separuh je bdnnya. bdn pompuan...tinggi..baju itam camtu..muka tak nmpk le....

nmpk tak??

...owg tgk lama2 pun baru nmpk.. tp dah lama2 ni tgk takde lak takut lagik. huhu. riak nih.. :P

Tuesday, April 22, 2008

..serabut II

mlm td aku takleh tdo. so many things come tru my mind. aku risau. sth weird happened but the person keep hiding it from me. i know sth is not rite.

dah la pg semalam jumpa dak mala kat kedai, sesambil dok membelek gamba bdk yang posing bersama 'bendasing' kat blakangnya itu. serius aku mula2 mang tak nmpk. kalau korg terbalikkan gamba tu maybe nampak. ada org nampak dua benda. ada org nmpk satu je. aku semalam berjaya nmpk kedua2nya skalik. berjaya katanya? huh. hasilnya mlm td apart of i'm being so worried abt things, aku dok terbayangkan benda alah itu. basikal! kenapa la aku nampak apa yg menjelma kat blakang budak tuh. haih. aku takmo tunjuk la kat korg. mula2 aku telek mang takde bende. lama2 br nmpk. so korg takyah telek. kang ada yg tak tdo.

isk..










risau.
risau.
risau.

arrrrrgghhhh!!!! i cant think straight!!!!!!

benci!

Monday, April 21, 2008

..serabut

pale otak aku weng sejak kebelakang ini. otak aku ni kalu leh dioperate, tgk amende menatang yg aku pk, sure serabut cam wayar. pk keje, pk family, pk bakal family, pk org tu, pk org ini. asek la pk tak abes2.
ni nak updet blog ni pun kena pk. dah la last week ada setan wat aku hangin satu badan. mintak la this week takde org wat aku hangin. aku hengat nak g nonton muvi le. sapa nak ajak aku g nonton? dak mala asek la ajak aku tgk congkak. aku kan penakut. luaran je nampak macho. haha. macho katanya. aku sound direct je dak mala tu, ko kalau tgk wayang memekak2. jerit sana sini. komen sana sini. kalau bleh sorg2 watak lam cite tu ko nak komen dan2 tu gak. malas aaa tgk ngan ko. dah la cite hantu. ko balik umah ada gak laki nak dipeluk. aku ni nak peluk sapa? gitu la sedikit sebanyak luahan perasaan tak puasati aku kat si malaON itu.

tp dia cakap dia dah berubah. dah insaf. dia tak memekak2 cam dulu lagi. kalau dulu dia suka komen, eh si harry potter tu dah besaaaarrr dah ye......ish ish ishhhhhhh; takpun...eh non, apsal muka witch tu cam mona fendy aaaaa???, tak pun, aaarrrgggghhhhhh hantu dia kelakar la wei..terbang2 cam patung.

masa tu aku mmg ada rasa nak lempang dia. dan kalau bleh nak tolak dia jatuh guling2 sampai seat depan. tp mengenangkan kawan yg aku kenal sejak tahun 1995, er..dah 13 tahun eh? huh...sib baik dah lebih sedekad. kalu tak kenangkan tu, mang sure konpem aku lempang dak mala kat situ gak.

org2 yg dia suruh ajak ialah dak wan dan kak nen. takpe korg. aku dah bg concrete reason bg pehak korg. aku cakap dak wan cam aku. dia penakut. takleh tgk cite hantu. nanti dia meroyan (tambahan cite je. haha) kak nen. dia lagi la takbleh. blakang umah dia utan. dia keje selalu balik pagi2..kul 3 4 pagi. nanti dia terbayang2. dia pon penakut juga. nampak je macho akak ko tu.

hahahahaha

korg agak2 mission congkak dak mala akan berakhir? tgk la hari ni sure konpem dia kol aku ajak tgk congkak lagi. selagi aku tak kata ya, selagi tu la dia dok ngaco. esok kalu kuar paper, ada budak mati kena hempuk ngan congkak, sila jgn carik aku.

bleh tak kalu aku kol maxis mtk block number? :P

oh jap eh. hr tu dia kasik aku MMS. staff kat tempat keje dia katanya yg snap gamba ni. ada sth yg pelik kat gamba tu. cobak korg tgk. ada nampak pa pe tak?

gamba ni mang dia send tbalik kat aku. dia soh fokus kat tuala belakang yg tergantung tu. aku tak nmpk pa pe pon. korg nmpk tak?kalu tak nmpk lg bagus. haha. kang korg lak takleh tdo.

ok le. gue nak siap g keje. selamat bekerja di hari senin ya kengkawan. aku tak penah suka senin. takleh ke lepas ahad terus jumaat? haha

chiow.

Thursday, April 17, 2008

..I HOPE SHE DIE FAST.

bodoh!!sejak dulu lagi aku bengang ngan boss aku. i hope she die fast. kena panah petir ke. kete masuk sungai ke. pastu dia mati lemas. bagus jugak. atau org bunuh dia dan kerat 14. masuk lam beg, hanyutkan ke laut.

cukup jahat tak? kalau korg tau dia punya jahat, aku rasa korg mesti setuju ngan aku. aku tak paham ngan org yang terlalu mementingkan diri sendiri. bkn saja pentingkan diri sendiri, busuk hati mcm b*****i. dan bkn saja itu, kadangkala otak dia pon bodoh jugak. dan bkn saja bodoh, tp bingai.

kalau aku cukup jahat, tak ingat tuhan, nak je aku g jumpa bomoh, antau apa yg patut kat dia. bg dia gila. mmg la nak dia mati jugak. tp biar dia gila dulu, pastu nak mati kot mana pon sukati nenek dia la.

hari ni aku mmg nak carut je. dr pg tadi org buat aku naik darah. kalau aku gajah, sume org aku pijak lunyai dah. aku cuma nak doa satu je.biar dia mati cepat. she can go to hell!!

aku sangat2 marah hr ni.

Monday, April 14, 2008

..amal jariah

huhu. apa perasaan korg kalu orglen dok tenyeh kete korg, siap polish, vakum dan membersihkan enjen skalik? hahaha musti gumbira kan?? dah la berhempas pulas, pengerasnya ialah wat air jek. kejap air sejuk. kejap air panas. pastu leh masuk umah jap makan2..pastu sambung tenyeh lagik. haha. sib baik dia takde alatan yg bleh serbis kete aku. kalu tak aku soh dia serbis kete skalik. senang. takyah susah2 aku g antau bengkel.

kete aku luarannya sgt la hmmmmmm...no komen. dalamannya...lagi la. aku rasa anak2 lipas leh wat skuling2 la lam tuh. heheheh idak le kotor nau kete aku tu. tp bila sampai ke tangan org yg sangat particular, maka 2 3 bende yg bersepah pon akan dirasakan sgt2 bersepah2. bila soh aku kemas, jwpn aku senang je. MALAS. ko mau kemas nau kan. kemas le. hahaha. agak kejam sket la bunyiknya, tp bila org da volenteer nak wat, sila2...jemput2...jgn memalu. sementara lom dapat ni kan, wat le amal jariah byk sket. sok da kawin tak wat camtu aku calar kete dia lak. hahahahahahahahahaha

oh. dia kata dia jumpa anak katak lam enjin kete aku. apakah???( aku agak tak pecaya sbb dia slalu wat lawak no skuling kat aku. so aku abaikan. kalu ada pon biau le. aku kan peternak berjaya. haha)

sumbangan aku sket je pon. vakum. tu pon vakum baru dia lom pakai lagik. bila aku tgk cam bekenan lak. pastu terus aku wat muka ala2 kesian sambil berkata...NAK? hehehhehe...terus la dia kata, nak? ambik la.. haaaaa...see? the very ok. aku vakum pon bkn satu kete. part driver n left driver jek. pastu aku ngan selamba kata penat la...peluh2 la..panas la....hehe alasan. akhirnya dia wat sume. huhu. i like!

lam kete dia ada dvd player. dah byk kali dia kata nak kasik dia punya, letak kat kete aku. tp aku taknak. aku rasa kalu letak pon bilakala la aku nak menonton kan. yg untung adalah passenger. sbb tu aku tak brp nak excited sgt bila dia nak kasik. aku pon bkn ada vcd or dvd baru. lama punya ada la..umah aku pon takde dvd player. mang aku takmo beli pasal kalau ada, mesti aku nak beli vcd murah2 3 spaloh hengget tu. kan ke akan perabihkan duit aku cenggitu? hehehe bek aku beli makanan lg sedap. perut pon kenyang. huhu makan jek la aku ni kannnnnn

tp dia insist jugak la nak bubuh lam kete aku tuh..bersungguh2 betul. hish. haaaa...bubuh2! siap ajau aku ni camana nak pasang. camana nak play..camana nak stop..alahai...mcm la i cannot read. hehehe blagak nih. aku pon ye tak ye je la blajau. muka sgt2 berminat tu kena ada, kalau tak dia kecik ati. kena pandai blakon ok. hahaha soalan paling best dia ckp. haaa..pas nih leh la tgk cite apa2 lam kete...ada cite apa skang? aku ngan bangganya berkata, takde. satu pon takde. waahhhh lihat la muka peliknya. sgt2 pelik. heh itu hanyalah satu gimik. sbb bila ko kata takde, makanya next time dia dtg dia akan kasik ko vcd or dvd baru. kan? ada logik di situ? hahahha. macam la dia nak kasik sgt kan. tp aku akan pastikan dia kasik jgk. bila wat muka ala2 seposen tak laku tu, ada harapan la dia nak kasik. byk kali dah aku test. menjadik. :P

hari ni. pagi2 aku da tanggalkan dvd itu dr kete aku. sgt obvious ok. dr luar sgt jelas. kang tak pasal kete aku kena pecah. kete dah la "sgt cantik". tak rela aku nak menyerah diri menambah ketidakcantikannya. kete dah la kecik. agak tak tally bila ada dvd player lam kete. kelakau je ghasenye. jadiknya dvd player ini aku bubuh la lam bilik. biau dulu le. nak tgk cite apa pon kan... bkn ada cite baru aku nak tgk.. sok2 kalu rajin aku beli le vcd apa2. try test tgk. vcd dulu2 ada la. maleh aku nak punggah kotak2 aku ni hah. mana ntah aku sumbat.

ke korg ada yg baik hati nak belikan aku vcd? huhu. dasar muka welfare aku nih.

hahahahahahahahaha

..korang tau mak dia sapa


bukan nak mengaibkan. jauh skali nak memalukan maknya. cuma aku rasa elok la korg tegah anak korg dr tdo camni. amat tak manis ghopanya.
hahahahahaha
anak sapa? agak2 leh teka tak?huuhu

Wednesday, April 9, 2008

..heyyyya all!!

sesungguhnya hari ini gue ngan weng nya g potong rambut kat kedai beskal. haha. terkejut? takkan la kan? mmg la tak. saje je gue wat lawak tak berapa nak cerdik di malam hari ini. haihhhh..bosan sehhhhh...idea tak mai la plak...byk bende nak cerita ceriti nihhhh tp otak aku tak brapa nak betul la mlm ni. mungkinkah disebabkan kepala aku dah ringan akibat rambutku sudah dikerat? tak mungkin la kan...pale aku rambut cam langsuir pon mang sejak dulu tak brp nak betul. lagikan pulak bila dikerat pendek nih. lagi la sewel. ye. aku ngaku sendirik. takyah korg susah2 kutuk aku. ye kan aje. layannnnnzzzzz....hahahaa

heh aku kesian kat bdk yg dok cantas rambut aku td....kepenatan. sbb rambut aku tebal dan lebat. aku dah agak dah mesti dia akan cakap rambut aku tebal gila. sejak kecik kalu aku g potong rambut, mesti dorg kena wat extra keje, lepas potong dorg nak kena nipiskan sket rambut aku kalu tak nmpk la cam pintu gerbang. hahahahahaha. sib baik tak kerinting. kalu tak sejibik david arumugam. tak sesuai ok. :P

nampak la jugak keletihan tangannya. mmg jenuh dia dok trim sana sini takmo kasik rambut aku kembang. huhu. aku pakai tudung kan. kalau kembang setaman pon bkn org nmpk. paling bangsat pon kucing umah aku terkejut beruk je la tgk aku. ini worg ke hape? kan? hahahaha sib baik hairstyler tu pandei gila mengadjust rambut gue. pueh le sudah hatiku.pueh le juga hati ibuku yg ghimas bebenau nengok rambut ala2 langsuir haku. ni td balik dia dah tdo. tgk je le apa komen juri profesional sok pg. kalu thumbs up, maknanya lepas ni takde can le aku nak berambut ala2 langsuir lagik. huhu. tp rs cam best la plak rambut dah pendek nih. patut la kak nen tak penah2 panjang rambutnya. mungkin juga itu salah satu rahsia kejelitaannya. kan kak?? kehkehkeh

aku sebenarnya byk bende nak cite ngan korg. jap aku hengat balik satu2. hr senin lepas aku g lunch kat menara kl. restoran berputar2 itu ok. abg aku belanja. sungguh mulia hatinya membelanja aku yg jakun tak penah menjejakkan kaki ke menara itu. baru aku tau betapa bestnya makan org belanja. hehehehe. apakah? but anyway, abg aku nak blanja parents aku sebenarnya. tp dh aku ada kat tempat kejadian semasa proses mengajak itu, maka nampak agak tak manis kalu tak mengangkut aku skalik. kan? bleh ke tinggalkan satu2nya adik pompuannya ini?jadiknya, abg aku ngan paksarela, dan aku ngan sukacita menerima pelawaannya itu. heh. rezeki jgn ditolak ok.

hr selasa hr tu cite sedih. tak menarik. aku malas nak cite. kang aku nangis. skip. cite semalam lak.

semalam aku wat apa eh? oooo ok. smalam cik wan kita menganta kete ke kedai beskal. hahaha. sbb aircond ketenya rosak. maka bila dah antau tu makanya kena le ada org dtg menjemput. mak aku pesan, kalu kawan2 anta kete kat bengkel, elok kita g jemput. hehehehehehehe ^_^

ptg sket tu kul 2 gue gerak g opis. wat keje sket apa yg patut sambil gosip2 sket ngan kwn sekeje, pastu ptg jumpa wan lagi. eh apsal la asek jumpa dak wan jek? wan. ko bcinta ke hape ngan aku? u know, when ppl like u, when ppl guling2 wants to spent time with u..hehehe, takkan korg nak tolak kan..?? hahahaha semalam kitorg wat keje gila. jumpa lam kul 630 gtu. g cozy corner GE Mall, santap apa yg patut. pastu assolatukhairun, pastu tgk jam cam masih muda belia lagik, terus ktorg g melepak kat starbuck bwh tu sampai kul 11. 00 mlm. gila tak? lom cukup gila tu. kalau ikut gila aku, lps kul 11 bleh je nak lepak kat mamaks ke hape, heh. tp skang ni takleh le gitu. selain parents aku, skang dah kena wat report location kat ehem ehem...kuar ngan sapa, kul bp nak balik. takleh blk lewat ok. bla bla bla...haihhhh...agak rimas jgk sebenarnya, but i think i will get use to it.. blaja2 le kan.

dah le. penat la aku cite. sok hr jumaat. lusa hr sabtu, ya beda bedooooooooooo!! coti! coti! tak sabau rasanya nak caklempong hr sabtu nih. hahaha. rs penat gila keje seminggu. ntah hape aku wat ntah. kui2.

chiow my darlings. c ya later2.... :)




p/s: entry ni gue bkk semalam. hr ni br mai idea, hehe. hrp maklum.

Friday, April 4, 2008

..sila block date ini


alhamdulillah, aku happy sbb korg happy utk aku...at last kan...ni la berita yg paling dinantikan2, aku rasa. sorry aku wat korg tertanya2 ms entry2 sebelum ni. bkn apa, aku nak bgtau, tp wat masa yg sama aku pon tak brp nak happy ngan status kesihatan ayahandaku. so perasaan tu suka ada, sedih ada. but, anyway..just hope that everything will go well as planned. dan harap ayahandaku masih sihat utk melepaskan aku ke tangan orglain. aku cuma harap tu je. semoga sempat.

ok. so tarikh sebenar dah dicapai. sila la book tarikh berikut 2hb aug 2008. ni hr makan2nya...hr nikahnya insyaAllah 1hb. sesapa yg sempat nak dtg majlis nikah tu dipersilakan. tp aku masih tak sure timenya. ingat nak wat lepas zuhur..tp ada lak request soh wat lepas isyak. haihhhh...akunye mejlis pon nak kena consider request kengkawan eh. hahaha (jeling kat wan. make sure ko ada ok). kak. make sure dtg aaaaaaa..tu nak g ostrolia ke hape ke lantak le. tapi sila availablekan diri ok. tarikh tu dah cun2 dah dipilih atas consideration byk pehak. kalau tak, gue bakau villa pavillion! huhu. men ganas skang. pedulik!!

to all, yg gue kenal lam ni, korg sume dijemput. macam la ghamai nau yg bc blog gue nih eh. hahahhahah esp ceera, shasha, peej..or sesapa silent reader lam nih (kalau ada) meh la dtg skalik. memeriahkan majlis. bkn jauh pon kan...ampang jek.... hrp2 korg can make it.

ok la. nanti bebila gue sambung lagik...nak g mandi sat. chiow!

Thursday, April 3, 2008

..reveal the truth

harlo everibodi. ehem. aku ada utang cite ngan sapa2 tak lagi nih? heh..cheq. later we meet n talk2 k...byk bende nak bercerita. kak nen..when u free2 we go minum2 ok kakak :)

utk yg lain2. aku nak bgtau kalau takde aral melintang aku bakal berkahwen bln 8 ni. date belum la ditentukan lagi. sbb asek la dipinda2. kemungkinan awal bln 8. bila dah konpem date nanti aku kasik tau ok. ni aku kasik tau 4 bln awal ni jgn tak datang lak nanti. aku sekeh pale sekor2. penat aku wat suspender lam nih. hahahahha

doakan utk aku ok kengkawan.. :)