Saturday, May 29, 2010

dah memanjat pulakkkkk

haihhh...keringgggg darah aku!
si aina dah manjat sofa lak...sedaya upaya ok. tak dapat naik nangis. dah dapat naik, sengih. tu satu hal..dah naik susah payah ni pastu turun.,.pastu naik balik sampai sepuluh kali turun naik.

pening palo den!!

kalau berjalan tu toksah cakap la...sgt laju dah ni...kalu merangkak ari tu at least aku tau dia nak dtg dapur ke, masuk bilik ke..sbb bunyi kelepek2 kat lantai..

ni dah berjalan, tup2 dah sampai depan pintu bilik air, depan pintu dapur, masuk bilik dah cekap sgt2..kuar masuk kuar masuk tak penat2.kita yg nengok yg penat!

skali next week dia dah bleh lari plak.

hahhahaha

mmg aku pengsan.

Wednesday, May 26, 2010

tak jd tdo awal.

aku mmg nak gol awal td. ingat si aina kul 9 dah knock out. skali kul 10 td br dia tdo. dah lepas limit ngantuk ni, baring2 takmo lak pejam2. hampeh sungguh.kalu baca buku tu dan2 je nak tdo. masuk FB, cousin lak dok anta gamba si aina. td g tumpangkan aina kat umah dia. takde org td kat umah, mak g operation,takkan nak tinggalkan ngan pembantu yg baru keje 2 hari? kang aku balik dua2 lesap. haihhh....muka baik2 pon kadang takleh nak caya 100%.

jadinya, bila aku g amik aina, cousin aku ni dok menggila sangat tangkap gamba aina.tak puas2 nak main ngan aina. takmo lepas2. sampai aku tak tau ayat apa nak bg nak mintak diri. ni malam ni bila aku add dia kat FB, abes sume gamba dia anta. mcm kan selebriti lak si aina ni..ada peminat u. haha. mcm la gorgeous nau anak aku ni. tp comey tu ttp ada la. cam mak dia. ^_^


ada lagi ni dia anta. maleh aku nak bubuh. kang penuh muka aina je lam nih. dah la takde gigi. hehe.tapi nakalnya cam umo dah setahun.tunggu beso sket aku lepuk2 je si kenit nih.

saya telah menduduki exam takaful yg sangat susah.ayyaaaa!!

susah sbb pe?
sbb baru kul 3pg td bukak buku.
tak baca buku, mmg la susah..peksa kul 10pg, baca buku kul 3pg. tu pon tersengguk2. dok baca gharar, maisir, riba....pehtu zzZZZZzzzzzzz..buku ada 120pg, aku bc 80pg je. haha.

konpem fail.


marilah kita resit lagi paper ini.

pg ni mak aku g operate mata, ada kataraks.sebelah mata 3400 tuh. adoi laaa...sgt2 mahal ok. kena wat dua2 mata lak tuh. agak next mth buat lg sebelah kot.isk...duit skang cam ayer terjun....kumpul kan main payah lagik. nak kuar, sekali zasss je abesh.

ni mata mak aku sebelah dah macam johnny depp,pirates of the caribbean(betol ka aku heja nih?)belasah. malam kang mak aku tdo, aku nak pedajal tulis kat bandage dia, luv u mummy!!hehehe

agak2 sok pagi aku kena pelempang ke kena terajang?=P


o ye. hari selasa hari tu aku dpt pembantu yg ke 3. yang ke 2 hari tu cam hareeemm jek. pekak badak. cam nak terkeluar anak tekak ko panggil, baru dia dtg. tu pon bukan reti nak menyahut. last2 dia kata nak benti sbb dpt offer keje kat tesco ampang.

lantak ko la. ade aku kesah?

yg ke 3 ni agak naif sket. fresh dr ladang. haha. tak tau mende bai. seterika pon tak penah tengok. aku soh mop pon tak reti. mmg kena hajo sejibik2. tp ok la, tak byk cakap. suruh buat apa buat jeee...gaji 400. huhu. tu mak aku yg letak. bkn aku. kalu aku, bg 5 rat. mak aku marah sbb dia tak pandai wat keje lagi.sok dah pandai baru naik sket2. naik 50. haha. gila kedekut mak aku. padahal bkn aku suruh dia bayo pon.

mintak2 yg ni kekal la lama sket. agak2 3 4 bln ke...or lebih pon ok. si aina pon tak byk ragam. ngan sape2 pon ok jek.sib baik.


k la. nak tdo.gila babai ngantuk. konon bangun pg nak study la. cam haremmm.. kalu ku tau soklan susah gile, baik aku tido sampai kul 6pg.

zombie kg pisang pon lg cun dr muka haku.

haaha.

nite!

Sunday, May 23, 2010

aina dah berjalan. seminggu sebelum 9 bulan.wooohhuuuu!

gigi tarak.
rambut cam ala2 segan nak tumbuh.
tp yg pantas ialah aina sudah berjalan.
lalalala

pasni kena lebih berwaspada sbb dia semakin tinggi, nanti sana sini dia panjat, jatuh tergolek. adoiiyyaiiiii!!sangat cepat masa berjln. lagi 3 bulan masuk setahun.

posa aku tak ganti lagik nih

isk.

Monday, May 17, 2010

macam-macam hal.

last week baru dpt pembantu baru. this week, dah gone. pg td aku kol pasal dia tak muncul2 kul 8, skali dia kata dia takleh keje dah pasal laki dia jeles tiap2 hari balik umah jln kaki konon ada lelaki ikut. tak tau la drama sinetron mende yg bdk ni cuba create kan...agak geram jugak sampai aku marah dia sbb aku susah nak kuar keje kalau takde org jaga mcm2 hal, kena pukul ngan laki la, mak eksiden la, takde org jaga mak la...baru seminggu,dah byk cite. then dia kata nanti dia carikkan org. aku kata kalau cari org kena cepat sbb aku takleh nak kuar keje kalau takde org.

sekali ko, tak sampai 1 jam dia dah carikkan bdk...hambik. gile express.

tengok aje la bdk ni camana keje. nampak cam ok.hari ni aku off keje la, nak tgk camana dia wat keje..kalau ok, mintak2 lama la dia stay....

jgn minggu dpn org lain lak..mang aku sepak seko2.

Saturday, May 8, 2010

alhamdulillah.

finally. insyaAllah, kalau takde aral...aku akan ada pembantu kat umah utk jaga aina...keje 5 hari seminggu with salary 500. aku takleh nak counter gaji yg dia mintak tu. aku rasa tu dah abes baik dia nak 500.watnya 600, mang tak dapek la...ikut mak aku bg 400 je. tp cam sian lak, org nak carik rezeki kan...keje penat2, bg 400, rasa tak berbaloi.

she will start working this monday.

so, agenda aku utk meneruskan bisnes insyaAllah jugak akan berjalan lancar.mintak2 dipermudahkan rezeki aku, utk aina...now all for her. nothing else is important rite now.

hopefully bdk ni keje elok tanpa sebarang kerenah cam previous maid.kalu dia berani wat ntahpape, aku anto balik je. mintak2 elok la bdknya. tgk td cam ok...taktau la plak lepas2 nih....


terima kasih ya Allah, Engkau makbulkan juga permohonan hambamu ini.


amin3, ya rabbal alaminnnn...

Monday, May 3, 2010

get a hair cut! again.

hari ni gue telah mengerat rambut secara profesional di kedai. akibat cuaca yg sangat2 panas ari ni, mmg tak tahan sgt2 dah pale gue. pas keje, terus g salon kat bukit indah.zasss!!nyonya tu asek la risau bila aku suruh potong pendek, cam boy cut. 3 kali dia tanya, betul mau pendek?hek eleh...potong je la..aku sudah nekad. walaupon aku tau en spore takkan kasik, aaahhh! pedulik!panas ok. nak aku gila ke bela rambut panjang2?dah le lebat & tebal. oohh...sangat tak sesuai. kat umah ni asek penuh rambut aku je. si aina rajin nau ngutip. oleh itu sangat molek aku zass pendek skalik. baru puas ati!kalu bleh botak mang dah lama aku togelkan rambut aku ni.

tgk je la apa en spore komen nantik. dah sebulan dia tak balik.


lagi sebulan pon takpe. aku ok je.


haha.

Sunday, May 2, 2010

^&*%*$#^^&

cinpeng betol!!tgh syok2 tdo td tetiba lipas BESARRR PUNYAAA!!sudah naik atas katil!!bleh merayap2 kat tgn aku, membuatkan aku rasa geli dan terjaga dan terperanjat brooks lalu melompat ala2 manja tanpa menjerit (takut aina pon menjerit sama, satu hal lak nak tdokan dia balik!)dan terus mencapai ridsect kat lemari lalu KILL!!KILL!!KIL!!DIE!!DIE!!!DIE!!!lipas itu!rasakan!!tergolek2 dia kiok kat depan pintu.hambik ko!!

kuang ajo!tak penah2 lipas panjat katil aku nih. masuk bilik tu ada la. tp berjaya aku halau.ni sampai atas katil!ini sudah lebey!ke...tu lipas jadian???oh tidak! ada ke lipas jadian?haha.

kan, tak pasal aku hupdet lak tgh2 mlm bota ni!terus tak ngantuk dah!

heeeeee ni pon masih terasa2 tangan aku gatal2 nih.sib baik dia tak masuk playpan aina...kalu tak, mang sampai lumat aku pijak!


 @*&^*(&*(@^#(*&@!^#!!!

Saturday, May 1, 2010

misi mustahil.

smalam aku bwk mak aku g hosp ampang putri tgk cousin aku yang baru lepas operation. cam biasa, lepas drive kete turun dr umah, kena la turun semula utk lock gate. elok aku masuk kete balik mak aku tegur, mak tgk ko ni skang makin gemuk eh???

oi. sensitip..sensitip.

nasib mak sendiri yg tego. kalu org lain, mau aku tak tego 365hari atau lebih. hahaha

oleh itu,saya nekad utk mempuasakan diri ini straight dr senin -> jumaat. sebarang jemputan lunch oleh mereka2 yg berkenaan tdak akan dilayan. lagipon posa ganti aku ada 25hr lagi!caye, jgn tak caye...

adeii...

harap2 bleh la aku cecah 45kilo selepas 5hari.

wah!berangan!!