Wednesday, June 25, 2008

...mintak alamat

..baru la terhegeh2 aku ni nak antau kad..dr siap hari tu sampai la skang lom kuar2 kotak lg kad tuh. wakaakkakaka. dasar pemalas tak hengat.

korg, kad aku banyak nih. aku nak antau kat sume org yg baca blog aku nih. sila la kasik aku alamat korg yg precious itu ke emel gue ini: aini_tahir@yahoo.com. kang kot publish lam ni maunya korg dpt surat salam perkenalan lak. kot2 la ada yg mereng antau surat wangi2 bubuh bedak ke kan....korg kan sume jelita2. :P

kak nen, kasik alamat! wan, cheq, takyah. diana..lina..ogy...er..sapa lg eh...sume la. antau address anda ke emel gue ok!



chiow!

Tuesday, June 24, 2008

..UMAH AKU KUARHITAM!!

UMAH AKU BLACKOUT LA! HAMPEH BUAH KANA!! SATU AMPANG TAKDE LAMPU NIH. PANAS DAN BANYAK NYAMUK UMAH AKU NIH.

TIME2 NI LA RASA NAK BAKAU TNB! SAPA KEJE TNB NIH?? SILA TAMPIL KE HADAPAN! SESUKAHATI JE BLACKOUTKAN UMAH ORG TANPA WARNING! KANG AKU SAMAN KANG!!!


WAH WAHHHH..TERLEBIH SUDAH! hehehehhee



boring aaaaa

pe nak wat nihh????

..finin!!

..melayang 18o haku.time nak guna duit berkoyan2 ni tepon lak wat hal. lenkali sila la jatuhkan lagi henpon tu dr meja ke lantai ye.. kata mak aku. nak tambah perisa, cik abg aku kata, lenkali baling la henpon tu ke dinding. dah berkecai leh beli baru. ha'ah..tu kata2 bakal nak kena lempang tuh. huh. sib baik nak jdk bakal. kalu tak mang dah lama aku baling dia dr tingkat 10.

..aku tengah pening nih. pening pale nyut nyut..takde la plak duit2 nak jatuh dr atas langit ke kan..cam ujan tuh..jatuh berguguran...kat umah aku je la tapi. ha ha. tak ke best. takyah aku keje penat2. dok umah lek2 jek. puas aku tenung ke langit 2 hari ni. takde lak tanda2 duit nak jatuh. hehee. ujan ada la.. :P

tambah2 balik dr pulau temasek nih, lagi la aku pening pale. duit satu hal la. barang hantaran pon tak dpt2 nih!!..mana tak pening! hajat tu nak beli mcm2 utk cik abg aku tuh. tp hampeh. soh try kasut takmo. soh pilih jam takmo. soh pilih wallet takmo. soh pilih belt takmo. alasannya. ala..beli je la kat kl...nanti tak surprise la sume dah tau. bleh? hangin ok.


..last2nya beli kasut aku je. maklum la kaki sinderalela cam i nih....sangat susah ok carik kasut. ada yg bkenan saiz takde. every kedai yg aku masuk sume camtu. biasa aku try saiz 4 ok je. no hal. skali saiz 4 kat sana bleh masuk lg satu jari lagi. jawabnya saiz 3. hangin betul bila diketawakan oleh kakak ipar aku dan cik abg aku secara bergilir2. nak je aku lempang kedua2nya skali. 4 hari kat sana, dapat kasut hari nak balik tu. haha. sangat tak efision ok.

masa hari pertama sampai kat sana, kebetulan satu hotel ngan cik ghan kita. minah tu ade keje kat spore. ada exhibition.hahaha. pe lagik. dah ade geng. panjang le langkah, ke orchard rd le kita ye. ghan pandai ok. takpe non, kita naik mrt je. dkt sini je stesennya, jln kaki sket. kakak ipar aku ada urusan lain, so dia dah chiow cincau awal2. aku lak kelaparan. ajak ghan makan dulu, pastu baru chiow g soping. soping katanya. bkn aku yg soping. si ghan le. sampai 4 botol parfume diborong. sume org pesan.mmg murah pon kat sana. siyes. aku nak beli, tp cam bukan lam budget, so pendamkan saje. lenkali aku dtg le lagi. bkn aku takkan jejak kaki ke sini lagi kan..haha.

hr jumaat lak, bangun kul 930pg. molek sungguh perangai sekor2. haha. pastu mandi2, g jalan terus. malammmm baru balik. g survey2 dulu, tengok beg, tengok cadar, tengok jam. tengok je. hengat nak g beli hari sabtu, cik abg aku keje half day..

..tetapi hari sabtu tu gue sudah gaduh la plak. hahahhahahaha. biasak la cik aini kan. sekali dah gaduh, malas nak g shopping. yg sempat beli cadar je. tu pon ngan akak ipar aku sebelum jumpa itu worg kul 5. dah jumpa dia, hengat nak g beli kasut n handbag. skali dah gaduh. harammmmm...kuar masuk kedai je le keje. pastu aku boring,ajak balik. takde mood. lam kete senyap sesenyap2nya. sampai malam ok dia pujuk. tak jln. huh. aku kalau dah hangin, ko wat la ape pon. beli makan ke, bawak g tempat yg best2 ke...lantak ko disitu..huhu. sapa soh wat aku hangin kan?

..tu le sbbnya hari ahad, hari nak balik kl tu baru la terhegeh2 carik kasut bagai. yg lain nak carik dia taknak kan...nasib la. kang aku beli la jam tikam, kasut bata, tali pinggang haji, wallet saploh hengget kat pasar malam. bleh? habis dah takmo sangat...ade ke camtu. mmg la beli brg hantaran sama2. ni soh beli asing2. how come??? tu yg wat aku tambah2 hangin tuh.

jd nya minggu ni aku nak kena g carik barang la jugak. hengat leh settle kat sana. harammmm...make my blood go upstairs only!

ok la. gue sakit pinggang la hari ni. dah cukup cycle 28 hari ni,pepaham je la. cam nak terberanak rasanya. ceh macam la penah beranak. haha

k. nanti gue sambung lagi aaaaaa...i got lots of story!!!

till then, bye2!

Monday, June 23, 2008

..i'm back!

tak nyempat2 aku nak hupdet kan. hahaha. esok je le aku cite. ni nak bgtau aku dah balik. anybody miss me?? hehehhehehehehhe.

Thursday, June 19, 2008

...bawak diri :(

olehkerana ati aku dah kecik dek kerana statement ahmadi ketempe itu maka aku nak bawa diri ke pulau temasek. sila jgn cari aku 3 4 hari ni. bagi aku ketenangan.


huhu.



bye2 kengkawan. doakan aku bahagia di sana... :P

..khas utk encik ahmadi latif a.k.a giant ketempe

menjawab kepada statement en ahmadi kita semasa perbualannya ngan pn macita:


****
(18/06/2008 11:45:35 AM): Dah lah pulau kita diambilnya, anak dara malaysia pun nk dikebas


ayoyo karawale. iant, lu pesal emo lak nih...apa la salah owg melayu spore nun...yg mengebas pulau tu cha ya nun alip...tu zaman tok nenek moyang kita yg melakukan kesalahan itu, wat derk je oranglen pakai pulau batu tu...skang baru kecoh nak tuntut hak bagai...lu tengok ini surat kat bwh nih:



lu jgn salahkan org melayu spore..dorg lg la tertindas...menusuk kalbu ok lu wat statement cenggini. kecik ati wa...blah la lu....kang wa boikot kepok lekor lu kang. hahahaha. tetiba.


tak pasal je wa selitkan bukti2 sejarah lam blog wa nih.

tempe la lu!

Tuesday, June 17, 2008

..hari ntah pa pe

hari ni tak best la. hari ni pg2 lg dah g hkl...antau bapak aku g klinik onkologi+radioterapi..sbb nak g bgtau doctor yg kitorg adik beradik takmo proceed to chemotheraphy utk treat cancer bpk aku...kitorg nak soh dia mkn obat homeopathy jek..

hkl ni aku rasa dah mcm sebelah umah aku je. tiap2 minggu p sana..kalu aku pejam mata pon leh sampai. india yg jaga parking, yg aku dok gaduh sbb takmo kasik aku masuk sbb penuh pon dah naik malas nak gaduh ngan aku. dia letak bapak kon pon aku langgau je. lantak ko la. kete aku. aku bayau parking. bkn soh ko bayau. sukati la aku nak parking mana. aku pusing seratus kali pon tepi padang tu, minyak kete aku, bukan mintak ko tong2 minyak ngan aku. pedulik la kan. ko letak datuk kon pon kemungkinan besau aku akan baraikan. aku bkn parking harem cam sesetengah yg bangeng itu p double parking kete org pastu tarik handbreak. yg tu bleh la ko nak clam ke, slam ke, aku pedulik hape. aku parking berhemah ok. takde nak double2 park nih... so lenkali aku dtg sila jgn ngada2 nak letak kon eh. ngan ko2 skali aku langgar nanti. huhu. garang kemain. mcm la india tu baca blog aku. hahahahhahaha. tahap mereng dah aku nih.

balik dr sepital, g makan kat kedai peberet bapak aku, kat tepi stadium lama, blakang sepital tu, kedai kassim namanya. kedai ni bapak aku gelarkan sebagai kedai bapak tiri mak aku. because? because the keturunan is the same. the india2 one u know. so my mother can geleng2 pale n bleh la kurang seposen dua. huhu. duit gak tu bai. di kala minyak naik ni. satu sen kalu ade lagi pon aku sanggup kumpul. bleh buat umah utk ayam aku. ha ha


lepas makan, g antau kakak ipar aku, kak linda kat lrt. kak linda ni asal balik sepital je mesti soh anta kat lrt putra. dia kata nak g kl, g bank. tiap2 minggu asek la g bank. aku pon heran la apsal dia nak g bank sokmo. banyak nau ke duit abg aku sampai nak ke bank je tiap2 minggu? musykil sungguh.


pastu mak aku ingat nak g umah besan(bpknya kak linda) kat gombak, kata besan operate mata, so nak g melawat..tp kak linda kata bpknya g sepital check mata kul 2 ni. so takleh la nak g. jadiknya mak aku kata ko g la keje. hamboi2....aku dah la lambat. kul 12 dah. nak g jumpa org pon tak sempat pasal aku tak wat appointment pon. ye le. camana nak wat, kang aku janji ngan org nak jumpa, aku lambat org marah aku. kang org timing kat aku, aku leh timing ngan sesapa saja selepas itu. so nak yg mana? haha. mcm la korg heran nau.. :P

nak g opis, keje apa yg aku leh wat takat sejam dua, bek aku online kat umah. sama je. kul 3 nak g kajang, g pejabat agama amik form antau semalam. jdnya baik je la aku leparking di rumah sahaja.


lam kul 1 sampai umah..aku terus online. wat keje sket..pastu main lebih. hahahhahaha. biasa la kan. bla dah online, tangan pon gatal masuk sana sini sinunnn

sudahnya wat keje 5 menet, wat main 45 menet. apa nak jadik??


pastu leh la plak aku tertdo...bkn aku nak tdo sgt sebenarnya. dah tergolek2 atas katil tu, pastu tetiba terlelap. haihh..jahat betul bantal aku nih!

kul 3 br aku bangun. lalallalalallalalalalala. nikmatnya dunia. terasa dunia ini ana yg punya. ni kalau boss yg aku gaduh tu tau aku bersenang lenang ketipah ketipung ni sure konpem dia lecturekan aku 7 hr 7 mlm non stop. sbb itu aku sengaja mencarik gaduh supaya idop aku tak terkawal cam remote control. kalu tak asek nak dgr bebelan dia je, pastu wat tambah dosa aku ngata dia balik. ni pon dosa dah ni mengata dia nih. hahaha


kelepak kelepuk kul 355 aku kuar umah...terus shoot g kajang, ikut cheras kajang highway...bayau le 1.90..2 tol itu. sampai kajang 415..ambik document itu 5 menet. shoot balik ampang balik, kul 455 aku sampai umah semula.

mak ngan bpk aku br je sebuk nak ngata aku, kata aku g kajang sorg2, takde nak ajak dorg pon wat teman..hahahhahaha. belum abes ngata, tengok2 aku dah terpacak dpn pintu. lam masa sejam aku g kajang. amazing race sungguh. dan2 tu gak kena bebelan ngan my father...ko ni bwk kete ke ko terbang kan kete???

well, hajat di hati nak terbangkan je..tu kalau kete aku ada sayap la. what la my father. aku balik cepat bising. balik lambat bising. kang aku tak balik kang haaaa...

aku tak tau pesal hr ni aku nak bebel jekk...mungkin hormon aku tgh tak balance. harap maap ye.

dah la. penat dah aku tulis nih.nanti esok aku sambung lagik...nak tdo.


gud nite, morning, afternoon n gud evening to you..., i lap u. huhu.

bye2

Monday, June 16, 2008

..congratulations!

mahap ye.

aku mang over. tak sabau aku nak tunggu yg empunya diri cerita panjang lebau.

saje nak wat entry khas utk cik wan kuncup tak kembang2 kita di atas pengesahannya bahawa dia dan pasangannya akan melangsungkan apa yg patut bln 11 nantik. hehehe

so tahun ni byk la korg mkn nasik minyak. gemuk la korg. padan muka korg. hahahahaha



next subject. NENIE. huhu. kalu nenie benar2 ingin berumahkan tangga, aku nak ikut dak mala. cuti sebulan. 2 minggu cuti tak percaya, seminggu cuti belaja terima kenyataan, seminggu lg baru aku percaya sungguh2. hahahahahahahahahaha

...satu mission berjaya

aku dah dapat baju bersanding. 6 rat sewa baju laki n pompuan. siap eksesori. takyah aku pening2 dah. satu bab dah abes, tinggal satu bab lagi. photographer.

usaha tangga kejayaan.


haha

Sunday, June 15, 2008

..kurang sehat

gue demam la plak ini hari.., selsema..batuk..complete set. agak byk nau pk kot...td kedai baju dh tepon, dah leh collect baju nikah...hr rabu pon, baju melayu utk laki dah siap gak...hari khamis ni nak g spore lak nak g beli barang hantaran..kata kakak ipar aku murah kat sana sbb sale dorg mang gila2 punya turun harga..tak tau la kan..aku tak penah experience...harap2 dapat la barang yg aku nak beli nanti...g naik bas je..hotel fully sponsored by my sis in law...huhu..aku ckp ngan dia carik hotel murah2 jek...nak duk 3 malam..tp dia telah meng'hek' kan aku...hek elehhhh....hotel murah? tak best...takpe kak linda bayar hotel, ani bayar duit tambang bas je..2 rat...haihh....why so baik one??? takmo sponsor lain2 ke? hahaha

so next week, start from esok to rabu, aku ada mission. kena jugak2 carik + booking baju sanding, dan carik photographer yg lom dapek2 lagi sampai skang..haha..nak carik yg murah jek...budget2 ok...ni lepas kawen ni banyak lagi nak pakai duit...kang nak posa, nak raya....finin la finin!!!!

esok aku nak g jln tar, tawaf kat situ carik baju...by hook or by crook kena dapatkan jugak. pening dah aku dok pk hari2 sampai termimpi2...over betul. sib baik ada kengkawan yg sudi meneman...mala teman hr jumaat hr tu, esok ex-colleague aku volenteer nak teman...sume dok risau aku ni tak dapat2 baju lagi...dak mala hari2 tanya aku...tu yg wat aku pening tu. tau la aku dah lambat carik baju nih...lagi mau kasik aku tekanannnn...!hiargghhh!! kang ada yg aku pakai bikini je kang. kui2..lari tajuk.


lam pale otak aku ni asek la pk duit yg bakal di tolak sana di tolak sini...fulus oh fulus...!! kumpul bagai nak rak, bila nak kuar tu cam air je....satu titik pon tak tinggal.. knp bapak aku hr tu tak blaja cetak duit eh? kan senang utk aku, takde duit je g cop baru...takke best? huhu


nak tdo la. byk nau tetiba pale pening.




bye2.

Friday, June 13, 2008

...sedih + pening

sedih nih.

tgk henpon aku bagaikan tak bnyawa. semalam aku pinjam henpon bapak aku. tak tau le pe modelnye. tapi bunyi ringtone dia cam tepon umah aku la. tekanan betul rasanya. hr ni aku dh tuka ringtone dia. sila jgn kutuk aku lagi aaa...kak nen!! u sadap2 di situ. after i fire ur villa, then u know!! i very sad ok! don make my bloood go upstairs...!once go up, never come down u know!!!hiarggghhhhhhhh!!!!rasa nak lempang kucing aku pon ade nih.tetiba. haha.

hah. cite pasal kucing aku nih. sejak dua menjak ntah pesal ntah, asal malam jek masuk bilik aku, time aku tgh terkebil2 layan mata nak tdo...dia naik atas katil aku, elok je landing tepi aku. pastu dia tdo dulu dr aku. haihh...nak ku halau, maleh nau nak bangun bukak pintu bagai. PLUS, i very the penakut. huhu. umah dah gelap gelita, nama aku nak p on kan suis lampu yg jauh itu, kem salam banyak2. biau le dia tdo ngan aku...aku golek kiri, dia golek kanan..kengkadang aku konpius sapa tumpang katil sapa. haha. over ok gaya dia tdo. dah sama panjang ngan bantal aku...haih. kucing sapa yg over nih?????

hari ni aku gerak gempur bukak cadar + selimut aku sume...basuh. gatal2 dah badan aku tdo sekatil ngan kucing nih. kalu mandi takpe gak...haihhhh...i don like.

semalam aku wat pe eh. haaaa..semalam aku monteng. hahaha. sebenarnya aku keje. tp aku g opis kejap je. pasal dah janji ngan mala nak g tgk2 baju perantin. pompuan tu pon siap monteng. sanggup nih. demi aku. hahahaha. siap cakap ngan aku, non,...ko kawen sok aku nak cuti 5 hari! bleh aku nyemak2 umah ko tolong apa yg patut. haihhh..i lap u la my pren. tak yah aku cakap, dah offer diri. siap bagitau si syukur, sampai syukur pon naik pelik, pesal lak aku kawen dia yg over cuti? haha. dia kata tu sikit tuh..kalau nenie kawin dia nak cuti sebulan!hahahahahhahhahahahhahahahaha. NO KOMEN.


so lam kul 330pm camtu aku ngan mala g la menyerveykan diri ke butik2 perantin. butik pertama kat blakang galaxy ampang yg ada lot2 kedai baru tuh...aku g try test la satu baju tu, the very the nice..but u know the price is also very2 very2 nice....quotation utk aku: rm1700, discount 200..jadik rm1500. owner dia kasiktau...tuh kak wa dah bagi discount jgn mtk2 lagi tau. dah abes discount dah tu...

ye kak....baik...saya tak mintak...saya mintak diri dulu la ye. ..:)

hahaha. mahai bebenor!!!!haih..

kedai yg kedua, deret giant lama tu..kat tmn dagang jugak le..yg ni pompuan yg jaganya sangat la brutal. beriya2 aku panggil dia akak, sekali aku yg kakak. hampeh je..dia pon kondifen je panggil aku adik. apakah? haha. baju yg aku nak tu takde lak. so tak dapek la nak try test. tgk lam gamba cantik je baju tu..tak tau la kalu aku pakai cantek ke tak....tp harganya lam budget gue la...600...ok la tu kan. ni sampai beribu2 pakai tak sampai sehari ape kes.

kedai yg ketiga, dekat jugak ngan umah aku. ngan simpang nak masuk tmn dagang tu je...yg kedai ni pon takde gak baju yg aku nak. kaler baju yg aku request tu pelik nau agaknya...tp dia akan kol balik once baju tu dah ada, utk gue fitting...

pastu gue g ampang point sat..tgk lam tu rasanya ada..g first butik, baju sewanya selai 1500. tima kaseh eh...permisi duluk!!haha

then g round2 lagik, masuk satu kedai ni,...try test satu baju tu, rasa cam ok. tp kain dia lak yg fail...hmmphh..harga dah ok dah...tp aku lak cam tak bp nak bekenan ngan kainnya...hmm..baru aku tau lecehnye nak mencarik baju. ni sume salah abg aku la..sebok nau suruh aku bsanding. kan dah nyusahkan idop aku nak carik baju bagai....i don like!!!!


masa kat ampang point tu dah nak maghrib,.. so aku ajak mala makan dulu, semayang n carik lg satu butik. aku ingat kat area ampang waterfront tu ada satu...ingat nak g tengok situ..

sampai2 je dah dekat kul 830...so naik atas tuh dan tengok baju dia,perrrgghhh mang cantik ok. bekenan nau aku ngan satu baju tu....aku tanya kakak tu bleh try tak...

bleh dia sound aku, eh mana boleh...kalau nak kena booking dulu, letak deposit pastu baru leh try..

aku ngan mala cam pelik. ye ke? kitorg g byk kedai td boleh je fitting baju?

dia kata, oh kedai ni tak boleh, dah confirm, letak deposit baru leh try..kalau tak, asal sume org naik nak test je la..pastu tak jadi ambik.

pulak?? apakah masalah ko pompuan?

aku tanya le bp harga sewanya..dia kata 1200..hmm ok. pastu leh dia paksa aku letak deposit sbb nak booking tarikh n baju. aku cam?? eh, nanti la dulu..saya kena discuss ngan bakal saya dulu..rs cam mahal sangat tu...

dia kata, tak mahal dik..takpe..leh bayar ansuran...ni bayar 200 dulu.. pastu nak ambik nanti bayar la 500 ke...pastu lepas majlis bayar balance..

ha'ah..sedap anak tekak ko bcakap eh...lempang nak?

aku kata takpe le. nanti aku dtg lagi. once dah decide br la aku bayau. tak ke? sukati mak dia je nak paksa aku letak deposit. tau la baju ko lawa. jgn la paksa2....ade ke service customer camtu? puii..ntah pa pe.


hari ni ingat nak g lagi. tp takde geng, malas la plak. pg td ingat nak g opis..tp keje yg aku nak wat tu bleh settle dr umah je..so aku wat keje dr umah je la..malas la pulak nak kuar2 nih. tambah hr jumaat. jam the nation.minyak naik...huh. dok umah dendiam.


sapa2 kat sini bleh syorkan aku kedai mana yg leh aku sewa baju sanding nih...aku rs cam dah lewat je carik...tp kena jugak la kan...kalu tak, tak bersanding aku.

peninggg!!!!!

Thursday, June 12, 2008

..TEKANAN!!!!

henpon aku jatuh pagi tadi dan skang takleh nak on.

TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!

Wednesday, June 11, 2008

..i witness an accident. rite before my eyes..:(

lately aku byk witness accident. dpn mata. tak aku yg nyaris, org lain yg kena...haih...dugaan sungguh. mintak jauh. itu yg wat aku sentiasa berhati2 (time beringat..:P) but always la kan....we never know...dan pesan mak bpk aku sebelum naik kete baca doa dan selawat mmg selalu aku buat, tak penah miss..mintak jauh..mintak simpang.

hr ni aku dah start keje cam biasa. pg td bapak aku teringin nak makan mee kari kat dpn hospital tang ling..dkt lake garden tu...jauh la tp...aku ingat nak masuk opis pagi tp sbb kesian lak nak tgk dia drive kete jauh2 gitu...so aku pon offer la diri utk drive...

aku ikut jln kuching..ke? hehe..aku nama jln kat kl ni fail la..tp ni jln highway dpn parlimen tu la..elok je aku exit ke kiri nak ke lake garden tu, ngan kete yg tak banyak, sambil pale otak aku melayang2 pk mcm2, aku nmpk satu motor ni pon exit ke jln yg sama. laju bdk ni bwk moto..lam hati aku dah terdetik dah, pesal bdk ni bwk moto laju straight ke kiri terus cam nak langgar tembok..ke nak masuk lane motor? aku tak paham. rasa lane yg kecik tu bkn utk motor..tak sempat aku nak ckp ngan mak aku, bdk tu dah langgar tembok tepi jln tu, ngan dia tercampak, pale terhentak kat tembok dan dia terbaring tepi motor yg dah separuh hancur.

mak aku dah mengucap. bpk aku pon. aku terkejut gila babai. nak benti kete tp mak aku soh jln. aku tengok dr cermin blakang ada satu motor benti dan ada pekerja dbkl tepi jln berlari ke bdk tu...masyaAllah...gigil kaki aku ni tuhan aje yg tau. aku doa sangat2 bdk tu takde pa pe. tp menengokkan cara dia bwk moto, cara dia langgar tembok, cara dia jatuh dan terus tak sedarkan diri terus aku rasa cam no chance to survive.. ntah la. simpang malaikat. sampai skang aku gigil ni. ni balik jap duk rilek kat umah sambil check dulu apa yg patut lam internet ni sbelum chiow g opis...nak bekpes td pon aku tak lalu dah. asek terbayang bdk tu....kesian sangat. aku kesian dan terkilan sbb aku takleh wat ape. kalau aku sorg td mmg aku turun kete dan tolong. sbb betul2 dpn mata aku. nasib baik dia pakai helmet ngan betul. kalu tak aku rasa lebih teruk lg effect kat pale dia. confirm pale dia terhantuk kuat kat tembok tu. haih....tak leh nak bayangkan....!!

aku dok terpk2 knp dia bwk motor laju kat koner pastu terus straight ke kiri..nmpk cam nak bubuh diri pon ade. nmpk cam takleh nak kawal motor pun ade. nmpk cam nak ke lane kiri sbb nak masuk lane motor pon ade. cuma aku tak sure yg jln belah kiri tu mang utk motor ke atau tak..mcm2 kemungkinan. bpk aku lak kata mungkin tayar motor bdk tu dak takde bunga so dia takleh balance. ke? hish. tak tau la!

so to everybody..korg, jgn la bwk kete laju2. aku pesan kat diri aku gak ni..be extra2 carefull...kalau ada adik2 ke abg2 ke yg naik moto tu pesan la jgn bwk laju sangat...dorg ni lebih berisiko tinggi kalau accident. bdk tu td nasib tak tercampak tgh jln...kalau tak aku lak yg langgar. kalau pon aku tak laju tp still akan langgar jugak or aku nak elak dia, aku lak langgar tembok ke ape. haish...nauzubillah.


semalam byk benda blaku dan aku nak story tp tak sempat skang. mlm nanti aku updet lagik k..


take care kengkawan..

Tuesday, June 10, 2008

aku kebizian dua hari ni g settle byk bende. agak cerewet sket nak blaki bkn org tempatan nih. nak kena g imigresen isi form, g embassy dorg mtk pengesahan...pengalaman sungguh!i never complain but just that dealing with goverment staff mang kena byk2 sabau ye. ngan muka guard yg cam nak tdonya..ngan pegawai yg kereknya, yg blur pon ade,..wat ko naik hangin. mmg menguji sangat2.

cuma yg aku tak paham jabatan imigresen yg sebesau2 alam itu takde service utk mengambil gambar passport. biasa kat imigresen mn2 mesti ada kan..aku tak paham,takkan kat imigresen putrajaya takleh provide kan? yg paling aku takleh terima ialah prosedur dorg...aku nak g mtk form utk isi, n apply...g la kaunter dorg nih.instead of ko dpt borg, ko dpt list of document yg ko kena attach ngan form yg nak kena isi tuh...aku ckp ngan mamat yg blur(sgt2 ok!)itu...mana formnya? dia kata kita tak bg borg sekarang, sediakan document yg lam list tu kemudian br bg borg..ek elehh...camtu pon bleh ka? ade le dkt 5 menet aku cam argue kat situ ngan sorg lg pegawai mamat..kerek ok..., dia kata takpe la..g la amik gamba dulu kemudian dtg balik, setengah jam dah settle..pui...ckp senang kan? aku pon maleh nak argue ditambah ngan org yg aku nak wat laki tu dok menahan nak terkencin. takleh berpk..hahahaha..aku cam biasa la nak marah lebih kan...huhu...pastu lak pe'el cik abg aku ni wat keje sume slow...baca form slow...nak paham slow...aku jenis nak cepat je, tgk org slow2 ni aku rimas. mmg make my blood go upstairs jek!!pakkal je nak wat laki. kalu tak, konpem dah aku lempang. asek nak lempang org je aku skang..apakah?

masa tu dh kul 340ptg...rushing ok, aku ni dr pg ke sana sini..makan pon tak sempat.ms nak kuar aku g la tanya kat guard depan tu kat ne nak amik gamba. dia kata kat alamanda, persint 16. aku lempang kang. awat jauh nau? takde kat area dkt2 ni ke? dia kata takde..tu paling dekat. pastu muka cam ngeng kan...ko duduk dpn main door dan muka ko cam hampeh. bagus tul dorg letak org kat front desk tu.. pilihan bijak.

settle itu ini sume, sediakan document sume aku pon rushing le balik ke imigresen..kurg 5 menet kul 5. dorg tutup kul 530. ngan harapan nihhh...sekali masuk dlm dah takde org...sunyi sepi. ada la 2 3 pegawai termasuk yg kerek ngan yg blur itu. aku terus g kaunter mtk form...bleh mamat blur tu tanya, nak form apa??sambil sengih2 cam kerang busuk.

kalu aku ludah kat muka ko jgn marah eh. br satu jam lebih aku btekak ngan ko, ko leh tanya aku nak borg apa? yg si kerek tu lagi la..kamu dtg esok je la, kita dah nak balik. aku cam tgk jam, lom kul 5 lg?? pastu dia kata mmg la kita tutup kul 530 tp skang ni org yg nak wat tu takde.kalau nak wat sekarang pon tak sempat..

pulak? td ko kata setengah jam settle. ni aku dtg 35 menet sebelom ko tutup,..leh kata tak sempat??dia bg borg, balik isi, hr ni kena la aku dtg balik. dia ingat aku duduk sebelah building dorg ni agaknya bleh nak berulang seratus kali. ko tau tak minyak naik??stupid dumbo!!!!

nak btekak tak guna. aku dah penat. ngan lapo lagi.malas dah. lam kete berbakul stupid aku bagi kat dorg..cik abg aku diam je. bila aku dah sumpah seranah tu dia wat bodo je la. bagus. kalu ko bunyik ngan ko2 skalik kena stupid. haha. tak pasal je kan.

so hr ni aku kena g putrajaya lagi. aku suka g putrajaya ni. sapa nak ikut? meh aku rendam korg lam tasek tepi mesjid tu..:P

Saturday, June 7, 2008

..SELAMAT PENGANTIN BARU GIANT & TUTI...

CONGRATS!!! huhu...wa dapat penyebaran gambar secara ekslusif nih. member kita en ahmadi latif (giant) dan pasangannya pn tuti (tak hengat le apa nama penuh wife dia nih) telah selamat diijabkabulkan pd 6.6.2008 di swak sinun... majlis di rumah lelaki ialah 17hb august 2008. moh le kita ke terengganu bulan 8 ini. sila la booking tarikh itu yep. iant tak suruh pon aku cakap ngan korg, aku je mandai2...hahaha. aku mintak permission ngan dia dah nak publish gamba2 terlampau dia ni kat blog, dia kata , wa tak kesah..untung2 dapat wa tambah lagi 3 bini. huhu...

well, lelaki. what else to say?? ^_^

kurus sket kan iant? tu muka berseri2 tu hasil dr makan tempe katanya...haha hampeh!

auw! romantik ok. hahahahahaha. tak kusangka giant sangat romantik.

bersanding. ala2 omputih. sweet gitu...

with the family...aku agak family tuty kot...nice!

ini je le gamba yg aku dpt dr perantin utk sebaran am. hehe. selamat iant. jaga tuti elok2. lama lu couple ngan anak org nih..akhirnya lu kawen gakk...huhu

semoga berkekalan ok!:)


Friday, June 6, 2008

..mari dok umah dendiam

benci betul la. td isi minyak full tank kete tangki kecik cam aku ni dah rm60++...dulu2 kala time aku pakei kete tu full tank baru rm30++..skang dah double. hr ni balik umah cepat. sbb hr jumaat, biasa ptg2 mesti jem tak hengat..kang lagi abes minyak aku dok layan jem tak sudah2...adakah aku akan jadi penduduk tetap di rumah mulai skang??suke le bapak aku tgk aku dok umah je...senang le mak aku nak melibatkan aku skali ngan xtvt kemas umah tak abes2nya itu. aku balik keje hari2 pon tgk cam tu gak umah aku. kalu aku yg gerak gempur umah ni mang licin sume aku baling ke tong sampah. satu sisa pon aku tak tinggal. ha ha balik umah pon pening. kuar umah pon pening. the lima sungguh!!

sok pg2 get ready je le jadual bekerja di rumah aku ni. mak aku mang pakar lam merencanakan kehidupan aku di dalam rumah. the very2 talented. no doubt.

jd mlm ni aku kena tulis ape benda yg aku nak buat esok. part aku la. part mak aku tolak tepi dulu. nanti dia tgk aku sebok sure konpem jadual kerjarumah aku akan reduce. hehehe. see? psikologi.psikologi.



..

aku tak tau samaada korg dpt tak emel ni. saje aku nak tepek kat sini utk share ngan korg.. kind of agree with this guy on some point of view...hmmm...

--------------------------------------

Salam,

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen: Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc: Subsidi setahun : RM 150 Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter 1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi) = RM 59.50 Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 51.20 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20 = RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.



ii) Kereta di bawah 2.0 cc Subsidi setahun : RM 625 Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 178.32 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.



Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja. Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka: 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 460.80 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.

Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat. Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:
Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.


3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:
Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim sana, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat sana dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata) Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni?? Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

5) Last sekali, harga petrol di negara kita masih jauh lagi rendah dari negara2 di ASEAN Meluat dah aku nk komen pasal ayat kat atas....macam takde skrip lain nk dipikirkan, terus pikir benda yg senang....

Kesimpulan: Lu pikirlah sendiri……



credits to this writer (which i don't know who)


and also some info if u are interested >>>> OIL PRICE

Thursday, June 5, 2008

..nengok P RAMLEE the musical

fuhhh...best gile!! tak dapat nak digambarkan ngan kata2. dolu2 masa blaja kat unimas slalu masuk panggung tgk student wat teater utk project final year....kdg2 lecturer pon blakon skalik...best2....dah nak masuk 8 tahun dah tak nonton sehh..tetiba rindu lakkkk...thanks to nenie yg bersungguh2 mengajak tengok teater p ramlee the musical nihh...best! memang best! sapa boring2 p la tgk..mmg berbaloi...masih ada lagik sampai 14june nihh...

and credits to cik wan ketipah ketipung kita sbb berjaya mendapatkan tiket secara percuma. huhu. i likeeee!!!!say my regards to saloma yup....baik sungguh atinya...:P duduk depan skalik tuhhh..haha. siap leh tgk band2 kat bwh..n penyanyi latar skalik...sume benda nak tgk nih. atas pentas nak tgk, bwh pentas nak tgk...pening seketika.

perjalanan ke IB smalam mang amat mcabar le. ngan pengumuman minyak naik itu, dah sah konpem sume jalan jam. ditambah secukup rasa ngan hujan yg maha hebat, maka amat sajak la kita berkampung beramai2 di atas jalan. smalam aku dr Mid Valley..lepas jumpa org, aku singgah sat kat situ, masuk robinsons. katanya ada sale, nan ado. sale mang la sale. kalu harga dr 1000 tolak 50%, takke masih mahai bagiku?? i don like...dah tu aku pon pakai tak grand mana kan..masuk the gardens plak..haih, sekadar di pinggiran je la...double standard ok salesgirl skang kat mesia nih. hengat aku takde duit ke nak beli?? huh! mang takde pon. hahahaha
melencong la plak.

ok berbalik kepada cerita teater kita. masa aku otw ke kl, ikut sg besi tu aku pon koling2 le nenie, dia baru je kat sri petaling. masih jauh lg perjalanannya. dia semacam tensen juga sbb minyak naik..ketenya makan banyak sehhh..patut la nenie makin kurus, dan kete dia makin gemok. hahaha. kelaka?tak?ok. sambung. peh tu dia ngan geniusnya bagi aku idea, non,..pe kata kita g sama? ko singgah le desa pandan dulu. tunggu aku...aku naik kete ko je le. malas la nak drive.

wokeh oraito no problemo!!

sementara itu dak wan sudah pon sampai ke IB. ye le..dia dekat.bleh le sampai awal...aku ngan nenie kul 745 br nak gerak dr desa pandan. sampai kat jln tun razak, hmmpphh hambik! sume jalan jam the nation. tak dapek nak nolong dah...nak tak nak kena harung jugak....teater start kul 830. haih. rasa nak langgar sume kete..!! time ni le rasa cam nak beli helicopter ke, jet pejuang ke...laju sket sampai....ni terkedek2...hari pon malam!

sampai depan IJN dah kul 825...tak sabau betul aku ngan keadaan jalan yg tak bergerak ini. bumper to bumper ok. time ni sume kete aku nak marah. lembap.bodo. basikal. sume la. complete set aku maki. aku plan ngan nenie, kalau camni gaya elok park kat tepi2 umah kat jln masuk hkl nun, pastu marathon le ke IB. naik jejantas dpn Blood Bank...kalu lambat kang tak dapat masuk IB, tak ke sesia je mengharung jam??

maka ngan cadangan genius aku, aku pon park la seperti yg dirancang....heh heh..kalu tgk aku ngan nenie jalan mmg tak cukup tanah k....laju gila. kalah kena kejar hantu. sanggup nih...aku rasa kurang sepuluh menet kitorg dah sampai kat IB...punya la bapak laju jalannnn...semata2 ok. semahat!semahat!!

ghopanya bukan aku ngan nenie je marathon, ade beberapa org lagi yg marathon..sume takut lambat tak dapat masuk...haih..yg bukan2 jek..tak penah seumur idop aku bersemangat dayak sebegini...

sampai2 jek..masuk dalam..tgk2 dapat seat depannnn skalik. masih lom terlambat. dorg pon start lambat sbb nak tunggu audiens penuh. sangat memahami kerana jalan jam tak hengat...
kul 9 baru start. kul 12 habis...malang betul line maxis takde lam tu. rasa nak p lempang je ananda krishnan. lam IB takde maxis line?? apa barang bai?

tetiba aku rasa nak berpaling arah ke celcom. huhu

kuar dr IB tgk 7 missed call. sapa lagi tak lain tak bukan..., ehem..aku ingat cik abg aku yg kol sampai 7 kali...skalik dak mala...haihhh..buang karan sungguh minah tu. sebok la tu nak berkongsi kebengangannya minyak naik...!! tak nyempat2...!! aku hengat dia dah tdo aku pon maleh nak return kol..skali 12 lebeh dia kol lagik..huhu. maleh aku nak layan..passed turn to nenie. penat seh layan pale itu pompuan. nak membincangkan masalah minyak tgh2 malam begini sangat tak sesuai. ade aku sumpah minah tu jd org minyak kang...!! tak pasal je..haha
sampai umah lam 1245 gtu...masuk slow2 cam pencurik ok. takut kena muhasabah diri oleh ustaz tahir. haha. elok je aku kunci pintu cik abg aku kol...., kat ne? dah sampai umah ke? apsal balik lambat? start kul bape? habis kul bape? huh.. tak sempat aku nak benapas...rasa cam betul2 blaki lak skang ni. kui2. kegatalan disitu.



eh jap. esok dah jumaat!?? yahoooooooo! ya beda beduuuuu!!!! ^_^
cite dah abes. esok sambung lagik....dah. sila la sambung tugas ya. hepi weekends..!

..pening pale

pening aaahh pale. hr ni aku men hujan. tak sengaja. ni pale aku dah pening tahap gaban dah ni. mcm2 bende pk nihh....pk keje.pk preparation. pk ketakutan ya amat. pk mcm2 le. bila dah campur sume2 maknenek itu aku rasa cam nak operate pale otak aku sendirik dan betulkan mana2 fius yg dah tercabut/terbakar. siyes pale otak aku pening tahap maksima. mcm impak maksima. apa kaitan??haruskah aku hantuk pale ke dinding? ke patutkah aku terjun bangunan je???

dimanakah keadilann??? wargggghhhhh!!!

huh. aku baru discover pg ni aku ade selai uban atas pale aku.


tetiba aku sedar diri.

dah tua aku sebenornye.....haihhhhhhh....life is not fair!!!

...mari simpan duit, sok dah banyak bleh bukak stesen minyak sendiri.

nih aku dapat dr emel, member aku kasik...agak2 aku leh dapat tak bayaran tunai itu???


KENYATAAN MEDIA MENGENAI PAKEJ PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM

Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Untuk mengurangkan beban kenaikan kos petrol dan diesel ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet juga bersetuju untuk memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal seperti berikut:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta pick up truck dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan.

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan). Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberikan secara Kiriman Wang (Money Order) di pejabat Pos Malaysia, di seluruh negara, mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun 2008:
a) Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minima sebanyak RM2.


ermm....cukup ka bayaran tunai yg dorg kasik setahun tuh?
mulai hari ni kita takyah makan.
kete kita perlukan lebih banyak makan dari tuannya...........

oleh itu bleh la aku menguruskan badan sbb konpem budak2 ni takkan ajak aku makan kat luar. hahaha



sayang paklah selalu.... GotSmiley for FREE! Click Here

Monday, June 2, 2008

..nincompoop!!

tu bahse mencarut scientific aku. smalam ngan hr sebenarnya aku hang gila. sapa lagi yg wat aku hang tak lain dan tak bkn org yg jauh di mata dekat dihati itu. sungguh2 wat aku hangin.

hari ni aku takde mood nak wat keje. g opis pun wat keje cam terpaksa je. pastu tghr g citibank bayau credit card, parking kat tepi kena saman ngan dbkl. siap ada kete kena tarik lagik macam la kesalahan kereta itu meletakkan kenderaan di tgh2 alam. bodo piang. ape le pekdah yg diorg dapat kan...selain dr kutip kompoun? hr tu elok2 ada meter kat tepi tu, pastu dibuang. pastu org letak kete leh kena tarik lak. wth. ni la, sapa undi BN ni??sib baik aku undi cap ayam. dapat la ayam. sedap dimakan. goreng pon sodap. huh. apakah?

so hari ni dek kerana terlalu melayan blues gang aku, aku tak makan, tak minum hr ni. mlm td pon aku tak makan. ntah apa yg aku cuba buktikan pon aku tak tau la. sampai aku betul2 meluahkan sbb musabab aku marah ngan org itu, baru la aku rasa nak mencekik sesuatu. itu pon aku beli biskut tiger ngan air mineral ngan cekelat. tak selera seh nak makan nasik. rasa nak lempang org pon ada. tak pasal je hr ni kan. dah la hr senin. blues gang sungguh le satu hari!!

pastu td aku balik kul 5 td, elok je sampai umah, ntah minah telekom mana ntah tepon nak wat survey, katanya. aku hengat seketul dua je soklan. sekali sampai sepuluh. ke lebih?? bodo. siap tanya aku, cik rasa apa yg kita leh buat utk menggalakkan org menggunakan broadband? wat la iklan, pandai. tu pon nak tanya aku ke. sapa yg bodo wat soklan sebegitu??dah hangin aku tgh takde, tanya lak berdozen2 soklan, siap aku ckp ngan bdk tu, awk tanya saya, sediakan pilihan jawapan skali boleh tak. saya malas nak fikir sebab apa, mengapa...siap gelak2 bdk tu. ha'ah. lawak nau la ni. nasib bukan depan mata. haih...wrong timing betul la!

now aku dah reda sket. sbb dah seratus kali sms mintak maaf dan ntahape2 lagi sepanjang hr ni. dia belum tau kebolehan aku tidak bercakap ngan org selama setahun. kang aku cancel kang. always want to play2 with me.

dah. aku dah abes marah dah. nak sambung baca emel sat..

to be continue later2..