hari ni tak best la. hari ni pg2 lg dah g hkl...antau bapak aku g klinik onkologi+radioterapi..sbb nak g bgtau doctor yg kitorg adik beradik takmo proceed to chemotheraphy utk treat cancer bpk aku...kitorg nak soh dia mkn obat homeopathy jek..
hkl ni aku rasa dah mcm sebelah umah aku je. tiap2 minggu p sana..kalu aku pejam mata pon leh sampai. india yg jaga parking, yg aku dok gaduh sbb takmo kasik aku masuk sbb penuh pon dah naik malas nak gaduh ngan aku. dia letak bapak kon pon aku langgau je. lantak ko la. kete aku. aku bayau parking. bkn soh ko bayau. sukati la aku nak parking mana. aku pusing seratus kali pon tepi padang tu, minyak kete aku, bukan mintak ko tong2 minyak ngan aku. pedulik la kan. ko letak datuk kon pon kemungkinan besau aku akan baraikan. aku bkn parking harem cam sesetengah yg bangeng itu p double parking kete org pastu tarik handbreak. yg tu bleh la ko nak clam ke, slam ke, aku pedulik hape. aku parking berhemah ok. takde nak double2 park nih... so lenkali aku dtg sila jgn ngada2 nak letak kon eh. ngan ko2 skali aku langgar nanti. huhu. garang kemain. mcm la india tu baca blog aku. hahahahhahaha. tahap mereng dah aku nih.
balik dr sepital, g makan kat kedai peberet bapak aku, kat tepi stadium lama, blakang sepital tu, kedai kassim namanya. kedai ni bapak aku gelarkan sebagai kedai bapak tiri mak aku. because? because the keturunan is the same. the india2 one u know. so my mother can geleng2 pale n bleh la kurang seposen dua. huhu. duit gak tu bai. di kala minyak naik ni. satu sen kalu ade lagi pon aku sanggup kumpul. bleh buat umah utk ayam aku. ha ha
lepas makan, g antau kakak ipar aku, kak linda kat lrt. kak linda ni asal balik sepital je mesti soh anta kat lrt putra. dia kata nak g kl, g bank. tiap2 minggu asek la g bank. aku pon heran la apsal dia nak g bank sokmo. banyak nau ke duit abg aku sampai nak ke bank je tiap2 minggu? musykil sungguh.
pastu mak aku ingat nak g umah besan(bpknya kak linda) kat gombak, kata besan operate mata, so nak g melawat..tp kak linda kata bpknya g sepital check mata kul 2 ni. so takleh la nak g. jadiknya mak aku kata ko g la keje. hamboi2....aku dah la lambat. kul 12 dah. nak g jumpa org pon tak sempat pasal aku tak wat appointment pon. ye le. camana nak wat, kang aku janji ngan org nak jumpa, aku lambat org marah aku. kang org timing kat aku, aku leh timing ngan sesapa saja selepas itu. so nak yg mana? haha. mcm la korg heran nau.. :P
nak g opis, keje apa yg aku leh wat takat sejam dua, bek aku online kat umah. sama je. kul 3 nak g kajang, g pejabat agama amik form antau semalam. jdnya baik je la aku leparking di rumah sahaja.
lam kul 1 sampai umah..aku terus online. wat keje sket..pastu main lebih. hahahhahaha. biasa la kan. bla dah online, tangan pon gatal masuk sana sini sinunnn
sudahnya wat keje 5 menet, wat main 45 menet. apa nak jadik??
pastu leh la plak aku tertdo...bkn aku nak tdo sgt sebenarnya. dah tergolek2 atas katil tu, pastu tetiba terlelap. haihh..jahat betul bantal aku nih!
kul 3 br aku bangun. lalallalalallalalalalala. nikmatnya dunia. terasa dunia ini ana yg punya. ni kalau boss yg aku gaduh tu tau aku bersenang lenang ketipah ketipung ni sure konpem dia lecturekan aku 7 hr 7 mlm non stop. sbb itu aku sengaja mencarik gaduh supaya idop aku tak terkawal cam remote control. kalu tak asek nak dgr bebelan dia je, pastu wat tambah dosa aku ngata dia balik. ni pon dosa dah ni mengata dia nih. hahaha
kelepak kelepuk kul 355 aku kuar umah...terus shoot g kajang, ikut cheras kajang highway...bayau le 1.90..2 tol itu. sampai kajang 415..ambik document itu 5 menet. shoot balik ampang balik, kul 455 aku sampai umah semula.
mak ngan bpk aku br je sebuk nak ngata aku, kata aku g kajang sorg2, takde nak ajak dorg pon wat teman..hahahhahaha. belum abes ngata, tengok2 aku dah terpacak dpn pintu. lam masa sejam aku g kajang. amazing race sungguh. dan2 tu gak kena bebelan ngan my father...ko ni bwk kete ke ko terbang kan kete???
well, hajat di hati nak terbangkan je..tu kalau kete aku ada sayap la. what la my father. aku balik cepat bising. balik lambat bising. kang aku tak balik kang haaaa...
aku tak tau pesal hr ni aku nak bebel jekk...mungkin hormon aku tgh tak balance. harap maap ye.
dah la. penat dah aku tulis nih.nanti esok aku sambung lagik...nak tdo.
gud nite, morning, afternoon n gud evening to you..., i lap u. huhu.
bye2
0 comments:
Post a Comment