ni nak updet blog ni pun kena pk. dah la last week ada setan wat aku hangin satu badan. mintak la this week takde org wat aku hangin. aku hengat nak g nonton muvi le. sapa nak ajak aku g nonton? dak mala asek la ajak aku tgk congkak. aku kan penakut. luaran je nampak macho. haha. macho katanya. aku sound direct je dak mala tu, ko kalau tgk wayang memekak2. jerit sana sini. komen sana sini. kalau bleh sorg2 watak lam cite tu ko nak komen dan2 tu gak. malas aaa tgk ngan ko. dah la cite hantu. ko balik umah ada gak laki nak dipeluk. aku ni nak peluk sapa? gitu la sedikit sebanyak luahan perasaan tak puasati aku kat si malaON itu.
tp dia cakap dia dah berubah. dah insaf. dia tak memekak2 cam dulu lagi. kalau dulu dia suka komen, eh si harry potter tu dah besaaaarrr dah ye......ish ish ishhhhhhh; takpun...eh non, apsal muka witch tu cam mona fendy aaaaa???, tak pun, aaarrrgggghhhhhh hantu dia kelakar la wei..terbang2 cam patung.
masa tu aku mmg ada rasa nak lempang dia. dan kalau bleh nak tolak dia jatuh guling2 sampai seat depan. tp mengenangkan kawan yg aku kenal sejak tahun 1995, er..dah 13 tahun eh? huh...sib baik dah lebih sedekad. kalu tak kenangkan tu, mang sure konpem aku lempang dak mala kat situ gak.
org2 yg dia suruh ajak ialah dak wan dan kak nen. takpe korg. aku dah bg concrete reason bg pehak korg. aku cakap dak wan cam aku. dia penakut. takleh tgk cite hantu. nanti dia meroyan (tambahan cite je. haha) kak nen. dia lagi la takbleh. blakang umah dia utan. dia keje selalu balik pagi2..kul 3 4 pagi. nanti dia terbayang2. dia pon penakut juga. nampak je macho akak ko tu.
hahahahaha
korg agak2 mission congkak dak mala akan berakhir? tgk la hari ni sure konpem dia kol aku ajak tgk congkak lagi. selagi aku tak kata ya, selagi tu la dia dok ngaco. esok kalu kuar paper, ada budak mati kena hempuk ngan congkak, sila jgn carik aku.
bleh tak kalu aku kol maxis mtk block number? :P
oh jap eh. hr tu dia kasik aku MMS. staff kat tempat keje dia katanya yg snap gamba ni. ada sth yg pelik kat gamba tu. cobak korg tgk. ada nampak pa pe tak?
gamba ni mang dia send tbalik kat aku. dia soh fokus kat tuala belakang yg tergantung tu. aku tak nmpk pa pe pon. korg nmpk tak?kalu tak nmpk lg bagus. haha. kang korg lak takleh tdo.
ok le. gue nak siap g keje. selamat bekerja di hari senin ya kengkawan. aku tak penah suka senin. takleh ke lepas ahad terus jumaat? haha
chiow.
2 comments:
ada hantu ke? aku tak nampak apa pun...
takyah la nampak..bende itu agak scary utk dilihat.
Post a Comment