Monday, April 13, 2009

cite tak best dulu

aku nak wat entry pasal coti2 kat cherating. tp semalam pg mang betul2 spoil. jadinya aku nak cite tak best dulu baru wat entry pasal cherating.

semalam last day kat cherating.masa nak bekpes tu, laki aku amik sokabar kat reception counter, berita minggu. sambil makan sambil selak2 bahagian sport tu. tgk result bola la pe lagik...aku plak pagi2 dah mandom semacam jek. rasa sekejap nau spent time ngan laki aku.sedih sehhh..bila jauh2 gaduh. bila dekat2 rasa nak soh dia stay jek..:(

bila dah abes bekpes, turn aku lak selak2 sokabar. selak2 je baca part hiburan. tu je yg interested sgt pon. then ajak laki aku jalan2 kat tepi pantai. tak pasan lak sebelah resort aku duduk ni, suria beach resort is impiana beach resort. terkenang semasa dulu masa bujang2kan, bersukaria kat situ.. nengok buaian tayar, ngan tempat panjat2, mcm2 lagik la. terkenang semasa dolu..

pastu dah start panas, laki aku ajak lepak kat depan reception tu ade tempat duduk. so aku lepak lagi baca paper.

something cought my attention.

aku baca kat ruangan kesihatan. title dia barah hidung. simptom dia idung berdarah, tinga berdengung,dan paling teruk mata leh juling. tetiba je aku sesak napas. 2 simptom tu aku ade. idung darah n tinga dengung2.

dah mood aku ilang tiba2. aku tunjuk kat laki aku, dia pon terdiam. tp cam biasa ngan penuh rilek dia kata, takde pa pe k...esok g check...

idung aku lately darah balik.so tu yang wat aku sangat2 risau.

laki aku cakap senang kan. takde pa pe. aku yg dok risau cam nak rak. teringat ada member keje guardian dulu kena nose cancer. tp dah sehat la skang. cuma tak tahannya bila dgr dia wat chemo..muka dah cam terbakar, kurus kering.isk. aku ni pegnen. first thing aku pk ialah baby aku. if anything happen, kalau doctor kata pilih antara aku atau baby aku sanggup pilih baby. biar la baby survive. at least utk husband aku.

sampai camtu skali aku pk. yang paling worst skalik otak aku berjalan pk yg bukan2.

pagi td aku ada training kat GE. kelas nak install software je. sejam je kelas tu pasal aku nak tau camana nak install n activate utk guna presentation.tak sangka lak kelas sependek tu pon dorg bagi makan bekpes nasik lemak. fav. aku mang lapar pon.banyak gak lak melantok.mang kalu tengah risau aku makan banyak. nak ilangkan kerisauan la kononn...

pastu g wat keje sket kat agents room, then aku terus chow. nak g clinic. aku g kat jalan ipoh sbb kat situ aku pasan ada klinik pakar ENT. sampai je terus aku menapak naik.ingat kena wat appointment tp kebetulan klinik tu tak brapa bz so aku terus je bleh jumpa doktor.

tengah tunggu2 mala lak msg aku. hari2 tak kacau aku tak sah pompuan tu. aku cakap le aku tgh emosi. maleh nak layan dia. skali dia sound aku, eleh..baru balik honeymoon takkan emosi beb??ceh. aku story mori la kat dia. pastu lama dia baru reply. alah..cuaca kurang elok skang. tu pasal idung ko darah.takde pa pe la.

hmmm...dah 2 org cakap camtu. aku try pk positive.nama doktor yg treat aku tu namanya doktor aman. benggali kot. mintak2 la lepas aku jumpa dia aman damai resultnya.

masuk je dalam terus aku cite masalah aku. pastu dia cakap, no need to worry that much. maybe its due to your pregnancy because all the blood vessel starting to work, for two..plus your hormone is not too stable..

adei. ni lagi sorg. .aku cakap le pasal aku baca paper semalam. sib baik dia faham tahap kerisauan maksima aku ni. utk menenangkan aku, dia kata nak wat aku relief dia leh wat beberapa test kat tinga n hidung.

please.wat la apa yg patut.

dia check dua2 belah tinga tengok gegendang tinga aku ok. tinga ada 3 parts. luar, tengah, dalam. mula2 dia check bahagian luar. sume ok. bahagian tengah pon ok. bahagian dalam aku mintak dia masukkan something utk tgk bahagian dalam ngan mata aku sendiri. sume ok. takde mende. aku tak puas ati.

dia check idung lak. ada salur darah pecah kat idung aku belah kiri. tu yang asek darah je. doktor tu try convincekan aku sume ok. aku harap2 sangat mmg sume ok. dia kata mcm2 test dah wat ni, tak ada tanda2 aku ada barah hidung. mostly yg dapat barah hidung chinese, due to genetic n pemakanan. melayu sangat2 jarang.

ok. faham2. tp dia pun sangat2 faham bila aku kata aku risau sangat2 sbb aku tgh pregnant. every pregnant women would think like you. risau sakit terlebih2 ni pasal hormon katanya. yo la. aku kalu tak pegnen pon risau terover2.

pastu aku msg mala kata takde mende.

skali dia reply. ko mmg suspicious over suspek on suspectly suspies of spesen!!(ntah ape la dia merapu)asek korek idung pakai batang kayu tu yg pecah!


lalallalalala sukati la. kalau korang pon mesti cuak kan...


haihhhh......lega sangat2. aku pk skang ni baik aku jaga makan je. and doktor bg nasehat jgn cakap henpon lama2. tu pasal tinga aku skang cam dengung2 jek. maybe effect henpon. katanya. aku tanya lama tu sejam ke. dia kata 15menet pon dah kira lama.

oh. ye ke? camana nak borak ngan laki aku cenggini??

cis.

takpe2. tu bleh adjust. =D

skang aku leh tdo ngan aman.

tima kasih doktor aman. aman idupku selepas ini. ..:)

3 comments:

gusnita said...

Aini, mmg la, selagi tak konpom buat apa nak byk pike,,,rilex la babe...

enonz said...

dah tau baru leh rileks...tak tau, selagi tu takleh rileks..huhu

ober kan....

armouris said...

info tentang barah hidung kat sini - Barah Hidung Sukar Dikesan