Thursday, April 30, 2009

sakit pinggang

kalu aku cakap ngan mak aku mesti dia kata ni: over betul ko ni. baru bp bulan ngandung, sana sakit..sini sakit. mak dulu..bla...bla..bla...bla..

ye. dia adalah superwoman dan heroin dalam cerita ini. aku lah yang paling lembik. umpama teratai layu ditasik madu...ehe

antara ayat2 power dia: mak dulu, baya ko ni dah 4 org anak tau! DAN, mak dulu mana ada nak pantang2 tak makan nenas la..tak makan cuka la...mengandung korang ni sume aku makan! susu ke vitamin ke sume aku tak ambik.doktor bg vitamin pun aku buang je. sehat jugak korg ni! jd org jugak!!

ye.ye.ye.

tapi yang paling best skang ialah..pantang aku sebut nak makan apa, mesti dia wat. huhu. marah2 pon tapi dilayankan jugak la peel aku yg mmg over ni.

aku dh dekat sebulan nak makan mangga ostrolia. tiap kali g kedai kat ampang jaya deret 7E tu, mesti aku masuk kedai runcit mamak.buah2an dia sangat cantik2 dan sangat2 mahal. hari tu aku tengok buah mangga ostrolia. besar,bulat, gebu, lazat berkrim ok. terkebil2 aku nengok. lam hati mang dah tau harganya mahal. tp mulut tu gatai jgk la tanya bp sebijik. bila mamak tu kata sekilo 15ringgit, terus aku sengih dan blah. mahal gila babai!!!

balik umah aku cite ngan mak aku. dia kata, nak makan beli la. aku cakap nanti la. mahal sangat. dapat gaji sok leh la beli.

mcm sedih je cite aku kan.huhu.

cite mak aku lagi sedih. dulu dia kata masa ngandung dia g pasar ampang. ternampak nyonya jual buah delima. dia mang suka buah delima. dr jauh dia tengok je. tak berani tanya sbb dah tau mahal. byk lagi benda lain dia leh beli. bila dia nak blah tu, nyonya tu panggil dia, kerat separuh buah delima tu bg kat mak aku. nyonya tu kata, takpe...saya bagi. awak mengandung. mesti mau makan...

mak aku ingat lagi sampai skang. so bila aku berkira2 nak beli mangga yg mahal tu dia cakap ngan aku, beli je..kadang2 bukan ko yg nak makan. anak tu nak makan. beli je. nak makan beli. mahal pun takpe, janji rasa...

terharu den...

dan semalam bila aku bwk mak aku g pasar, singgah kat ampang jaya tu jugak la nak beli buah. terus dia soh aku g beli buah mangga tu. pastu turun2 kete je ada cina jual durian lam van, dari tangkak. aku pandang mak aku, durian!! mak aku tanya nak?? aku sengih je. dan2 tu jugak dia g beli..13ringgit sebijik. merasa la semalam makan mangga ostrolia ngan durian. huhu. sayang mak aku....muahh..muah..muahhh!!

dulu bila arwah bapak aku ada, pg2 dah ada plan nak masak apa mkn tghr. skang mak aku asek tanya aku nak makan apa. dia masak. semalam aku tgk dia beli telur itik so aku request la telur itik masak lomak+ belimbing. huhu. sedap nyam2 menjilat jari ok. mengada betul skang ni main request2 je. hahaha. mak aku ni dapat mimpi apa ntah kebelakangan ni rajin nau lak nak masak2....biau kan...jgn tego2. kang aku tego, aku yg kena masak. hahaha.

esok dia nak balik kg ngan abg aku. konpem la sok hari cuti dan aku kena masak. bila tang aku yg kena masak wajib la aku masak simple2 je. tk berapa nak rajin la katakan...huhu


penat dah. duk lama2 ni makin sakit pinggang aku. eva, ampun maap ye. kekanda tak bg attend malam ni. last week dia kata balik lambat sgt. siap takut2 kan lagi malam jumaat la apa la....sabo je. kejap bg. kejap tak bg...isk..


next week i try ok. nak kena mandrem laki owg nih.....

0 comments: