Wednesday, March 31, 2010

pale pusing.

Oooops!! bkn pegnen yep. pale pusing pk pesal aliran tunai aku kuar sangat laju cam air terjun. sangat menyedihkan. mcm2 benda nak bayar. macam2 benda teringin nak beli tapi sume tak dapek. need to clear all my credit cards by this year. tiap2 tahun aku declare/azam cam nih tapi habuk pon tarak. ayok ayok!!

i need to buy a new clothes. lepas beranak ni, saiz sume tukar. g sogo konon2 nak shop 2 3 helai baju, tapi akhirnya dapat selai sbb tak bleh terima kenyataan saiz aku dr M dah tukar ke XL. sangat sakit hati ok. tu yang kengkadang aku asek pakai baju kurung je pasal pada pandangan mata aku yang rabun ni, aku lebih nampak kurus kalu pakai baju kurung. huhu. ni buktinya:
me, mala & macita di zaman kegemilangan masa blaja

tapikan bila aku tenung2 gamba masa ambik kat kenduri apeng ni, macam tak nampak pon kekurusan aku kan??salah baju ke, atau salah org yang tangkap gambo ni tak pandai adjust??hehe kalu jenis tak bley terima kenyataan cenggini la. wat statement asek menyalahkan org dan keadaan.sendiri takmo ngaku salah.



begitu pesatnya perkembangan fizikal aku. hahahaha. segala2nya kembang ok. yang en spore tu jgn cakap la. mmg sentiasa pesat dari aku. nak jog, sangat malas. kejenya asek la makan makan dan makan. menambahkan lemak yang ada adalah harus. menghilangkan lemak2 itu adalah sangat jauh dari harus! isk. pagi tadi je aku dah belasah nasik lemak sebungkus. tengahari sebenarnya masih kenyang lagik tapi sebab aku tensen terima news yang menyesakkan dada aku, aku p makan chicken chop kat cozy yang sangat lazat nyum3. pehtu balik umah mak aku wat mee goreng.taknak bagi dia kecik ati kata aku dah makan sebenarnya, aku makan lagi sepinggan. ni malam ni aku tgk mee tu byk lagi, dan taknak kasik mak aku kecik ati lagi, walaupon perut aku mang kenyang, tapi aku amik gak la sket, wat syarat..hehehe..baik hati yang memudaratkan diri sendiri. tu namanya bodo piang!! sila jgn follow. sampai kiamat pon takkan kurus! isk


agak2 kalu aku posa sebulan straight leh dapat balik saiz S tak??


adoi la!lagi pusing pale aku!!!

Tuesday, March 30, 2010

Foodborne Illnesses

Foodborne Illnesses by Baby Weekly

some usefull informations to share --enonz

Monday, March 29, 2010

baru pasang streamyx.

huhu. selama ni aku berinternet guna old version, dial-up. yang mmg tak ramai manusia kat bumi ni pakai cam aku. kui2. dulu try pasang streamyx 2 kali kat umah ni, sume tak dapat. takde connection. baru2 ni org TM call, diorg kata skang dah bleh dah...so td technician diorg dtg n pasang,package 98 sebulan unlimited. lepas sebulan, diorg bg free kol any number kat mesia ni secara percuma,utk fixed line je...henpon bayo cam biasa. ok la kot.dapat cordless tepon satu nanti.cam lam iklan tv tuh. huhu.

hmm lam pada dok pk nak pakai digi bb ke, celcom bb ke..alih2 lain lak cite. takpe le. sok ada duit lebih sket angkat satu laptop baru, leh pakai any bb.ok gak kelajuan aku rasa streamyx ni. diorg dah upgrade la tu.

so skang aku ngan jakunnya tgh berblogging lam bilik sambil memerhatikan aina tdo. haha.
siyes pueh hati. ^_^

Sunday, March 28, 2010

my 33th years on earth.

28MARCH2010

alhamdulillah. aku masih diberi peluang bernafas dengan dikurniakan kesihatan dan buat kali pertama bersama puteri yang sangat nakal & comel, Aina Nurhani. syukur alhamdulillah...


life is a journey.still a long way to go..jika di izinkan Allah.


insyaAllah...

happy birthday 2 me & my mother.


:)

Saturday, March 27, 2010

mari tengok AF8.

haa ko. hari ni dalam sejarah. tak penah aku wat entry 3 skali rap.olehkerana aku tensen ya amat. nak nangis pon takde air mata nak kuar dah. membazirkan emosi aku je sedey2, padahal laki aku berdondangsayang kat sana berdengkor cam kingkong ke hape bukan dia pedulik kan bini dia kat sini dah cam badak berendam. hahahha.

heeeee...WHY ME?????


oleh itu mari la kita layan AF8. walaupon bdk2 laki dia sekor pon aku berkenan, esp maulana itu, nangis yo yo oooooooo je cam pompuan. baik jadi pompuan. baru 1st concert beriya2 tersedu sedan. mcm la tak jumpa balik. tak paham betul aku la. dulu aku dok blaja kat asrama 5 tahun, lepas SPM masing2 sume takde la beriya2 nangis cam takkan jumpa dah kan...ni baru la sebulan, adoi la...tak kental betul bdk2 skang nih...

emosi lagi.

isk.

ok. aku rasa mmg aku takkan vote la kan. AF dulu, yang bertuah dapat undian aku cuma FARAH ngan MILA je. this season, tgk la kan..kalu aku ade duit byk nak sedekah. aku vote norman la.


hehe.


dah2. nak bersiap sedia ni. cewahh...

AFUNDI AIN.

^_^.

tima kaseyyyyy!!

she eats tissues&newspaper

ya rabbbiii...

aku ni dah la tensen tahap optimus prime.

si aina ni pantang la aku lepa sket, dah mencapai kotak tisu dan aku rasa dah ade yg tertelan masuk lam perut.

sebelum tu dia dok main paper, baru ni aku sedar secebis dari kepala paper tu dah takde.

konpem.


heeeee...anak aku ni, menelan apa saje!!!

harap2 takde pa pe yg serius akan terjadi. nak korek2 anak tekak dia kang ada yg muntah darah lak. biau le dia kuar sendiri ikut bwh kan...

cam ade anjing kat UK hari tu tertelan berlian tu. org dok tunggu la dia berak balik berlian tuh.

huhu. kalu anak aku berak kuar berlian hari2, takyah keje dah aku.


aku beli kete sports 10 utk dia. haha.



in ur dreams!!

no celebration.

everything went well until last week i had a fight. a week with no phone calls. if he did calls, i end up with rejecting it or just ignore until the tone ends.

last night he never show up.

tomorrow is my 33th birthday.

so i guess there is no celebration.


man are losers.

BIG TIME.

Friday, March 26, 2010

si kenit ni dah mamam betik n pisang.yum yummmmm!!


semalam genap aina 7 bulan. pg semalam aku try wat bubur+kentang without garam kasik dia makan. masa dia umur 6 bulan dulu aku wat gak, tp aku bubuh garam sket. dah asek terberak je dia. satu hari sampai 5 kali. serik aku nak buat dah. bagi lam botol n beras halus nestle tu je. dah masuk 7 bln ni aku try la wat lagi. dah masak aku blend sket kasik hancur n suap sket2. cam seronok lak tgk dia makan the real nasik. haha. jakun. pastu ada pencuci mulut ok. betik. bagi satu potong kecik, cubit2 sket bg dia. hari ni hari jumaat, aku beli pisang wat sedekah mesjid, and ada sesisir lebih aku beli wat makan kat umah. aku makan sket separuh, separuh lagi dok suap kat si kenit ni. sangat excited ok dia makan pisang. sampai merembeskan air liur, cam kita makan benda masam2 tuh. huhu. esok nak g kedai lagi beli buah. kak linda kata leh bg jus2 buah dah...nak try wat sok buah apa yang best nak bg si kenit ni. seronok dah tgk dia mamam. tapi susu harusss la jugak bagi ok. ingat semalam lepas makan bubur nasik dia kenyang. tak rupanya. tak sampai 15 minit dia merengek. aku wat susu bagi dia, terus tdo.alahai aina...banyak makan rupanya cam ibunya. hehehehe.

stupid dumbo.

tak tau la mana adik aku ni letak pale otak dia. bela binatang tapi wat naya je. arnab dia dah bape ekor dah gol. dulu arnab ni beranak sampai 7 ekor. punya dol la, sume anak2 arnab tu dia p letak lam bilik. mak kat luar, anak kat dalam. akai ada ka?? mati kering tujuh2 tu lam bilik. innalillah...

pastu ada lagi beranak, 4 ekor...ntah pesal pe, anak2 arnab tu asek la tergolek2 jatuh kat lantai...dah si kucing karnivor ni belasah sekor. sket hari dulu, ada anjing2 jalanan dok masuk umah tgh2 malam dok telan sekor arnab.

dua bulan lepas mak arnab lak mati, 2 ekor. ada ke dia kata org lam umah ni racun arnab2 dia bg mati. hek ko la. dari aku racun baik aku sembelih sekor2 wat sate.

minggu lepas, arnab dia beranak 4 ekor. 2 ekor gol. 2 ekor aku sempat selamatkan dan masuk lam bakul. aku beli bakul tu utk buang pampers aina. takpe le aku wakaf la kasik kat arnab tu. kesian betul. kecik je cam anak tikus.alih2 semalam aku nak buang pampers aina kat tong depan umah, aku nampak bakul tu kat tepi. anak arnab tu dah gol jugak.heeeeeeeeeeeeee...bodo piang betul la. ade ke dia buang bangkai anak arnab tu kat tong sampah?? mendidih darah aku. tu satu hal la, bakul aku tu pon dia g buang gak!!!sesedap hati betul. kang dr aku tak racun arnab2 dia aku letak racun sungguh baru padan muka si keling nih.

kesian. ada ka patut dia buang anak arnab tu kat situ. last2 aku ngan hati mulia, g korek lubang, tanam. dia pun makhluk Allah jugak kan. tak patut betul la adik aku ni. mmg bodo piang tak hengat!!

pagi td, gold fish yang laki aku beli last week lak gol.

haaaa...tengok la sok sape gol lak. tak laki aku, aku la gol.

kui2.


(tgh tunjuk perasaan nih. haha)

Tuesday, March 23, 2010

selamat tinggal rambut bermasaalah.

tiap2 hari skang asal kul 5 je aku dah bangun, pasal aina mmg akan terjaga time ni. start tu mang dah takleh tdo dah. nak semayang subuh pon sampai dah nak masuk waktu syuruk baru leh semayang. tp semalam aku berjaya kasik dia knock out sampai kul 730. di kesempatan itu aku ngan gigihnya telah g mandi sambil membasahkan rambut pastu ngan semangat yang kental dok depan cermin, amik gunting, zassss!!kerat rambut sendiri.

saya rasa saya la yang paling berdikari sekali kat kg melayu ampang nih.

haha.

sape2 takde budget nak p saloon, meh dtg umah.
aku tuka kerjaya skang. 5 hengget jek.

ada berani?? ^_^

Monday, March 22, 2010

Aina Nurhani is getting naughtier day by day makes her mom felt like demam kura2....

pada umur 5 bulan, aina dah pandai merangkak slow2, baru nak belajar duduk and berdiri.
pada umur 5 bulan setengah, aina dah pandai merangkak laju2, dah sampai dapur, dah sampai toilet.
pada umur nak masuk 6 bulan..merangkak dah champion.sup sap sup sap, dah kat dapur...sup sap sup sap dah kat bilik nenek. pantang nenek kuar bilik, ngan pantas mengejar. pantang aku kuar bilik, tergedik2 mintak dukung. pantang lepa, dah masuk bawah meja makan, berdiri tepuk kusi, mengutip sume mak nenek atas lantai masuk mulut.
skang ni nak masuk 7 bulan, kepandaian dia ialah:



lagaknya macamkan ibu dia kejam nau kurung anak kan, berdiri kat cermin sambil jerit help!help!!let me out of here!! isk...

Thursday, March 18, 2010

anak jiran saya mati gantung diri lam bilik. innalillah...

tengahari semalam masa aku otw nak balik, aku dikejutkan ngan kehadiran byk kete2 polis bersidai depan umah (cam cerpen laks.kui2)..ngan penduduk2 kg yang kepohchi, termasuk la mak aku,haruss ok. cik jah harus kepoh..hehe. jiran depan umah aku ni selalu sangat jd kutukan aku. huhu [bkn aku kutuk jiran aku, tp aku kutuk bendera dpn umah dia dulu2 cam roti kirai...ngan umah pon yang ado je, ada tembok utk pintu pagar tapi pagar takde, umah semak samun dan aku rasa penyumbang utama kepada nyamuk2 yg berlegar kat kg melayu ni adalah dr umah dia] hehehe. jahat seh aku. lari topiks lak.

by the way, apa yang aku nak cakap ni mang sadis la...dgr cite dr cik bedah2 ni, anak jiran aku tu gantung diri pagi subuh smalam...mak dia pagi2 nak g keje, masuk bilik nak kejut anak dia, skali menjerit tgk anak dia dah tergantung. sedih seh...kalau aku, mau aku pengsan dan2 tu gak.sian eh..tapi kes ni tak jadi kes polis sbb mengikut siasatan tiada unsur jenayah, budak ni mang tak berapa nak betul sket..atau lam erti kata lain tak berapa waras pikirannya, jd tiada motif pembunuhan kat situ dan tak siapa pon tau kenapa dia menggantung diri sendiri. wallah hua'lam...g hukm wat postmortem pun ala kadar je sekadar nak melengkapkan report polis, then semalam gak kebumi...

tadi cik bedah depan lorong ni dtg umah, dok cite la..bbrp hari lepas budak ni ada masuk kat kawasan pagar umah dia, kebetulan laki dia ada dpn umah, then dia tanya la, ko buat apa kat sini?nak apa??alih2 bdk tu tanya dia balik..ko  la nak apa??haha, pakcik tu jawab, ko ni...ko yg masuk umah aku ko tanya lak aku nak apa??dah pegi balik!

byk lagi la insiden2 yang dibuat bdk ni, cam p tadah kencing dia lam botol pastu simbah kat umah pakcik ni. ada skali tu siap simbah petrol ko..sib baik diorg tak wat report polis sbb dah tau bdk ni tak betul.

sian eh. umur baru 27, sayang betul g macam tu je...tp aku rasa la, kalu ikut hukum, dia tak berdosa pon bunuh diri pasal dia tak leh pk ngan waras...tak tau la kan..

adei...mcm2 la. aku selalu baca paper kes2 orang bunuh diri ni. sekali depan umah je kau. and jarang jugak kita dgr melayu bunuh diri...tp ni kira exceptional la kot eh..

heee...mcm2..mintak jauh la benda2 cam ni lam family aku.
puh3!!!

Wednesday, March 17, 2010

it's been a tiring week..

tak penah aku rasa sepenat ni. dr last week sampai ke hari ni rasa cam tak bernapas dah. lepas satu2 kejadian..rasa nak carik tembok kayu p hantuk pale. kui2. ade ke tembok kayu? anyways, last friday,my very own famous client admitted 2 one of the KPJ specialist, and end up with problems. kena byr masa nak discharge.which i dont think its my fault but they (the hospital) pointing out fingers to me and my client. gila kau. mana la aku tau GE ada banned doctors from their list of panels. aku berani kerat jari boss 'sayang' aku tu pon tak tau. client aku tu dah well informed that that particular doctor was banned by GE and no guaranteed letter  (GL) will be issued if she insist to be under the doctor masa nak admitted tu.

secara logiknya takkan la dia nak jugak doktor tu kan, konpem la dia mintak tuka doktor lain. dah request kat staff nurse nak tukar doktor, tapi last2 muka doktor tu gak yang timbul kat wad. abis takkan nak halau plak kan. yang aku paling tak paham ialah staff yang incharge masa admission tu, if client aku tu dah mintak tukar doktor, then proceed la ngan apply GL. dah la mintak deposit sampai 3500. tu ada medical card tu. hampeh je. kebanyakan client aku p hospital lain takde problem pon, sume ok je. diorg ni tak ikut rules MOH la. kalau ada medical card mana bleh mintak deposit, camtu baik takyah ada medical card.aku paham la diorg bisnes, takut GL tak approved ke, patient lari ke..tetiba MIA kan..tapi tu bkn masalah aku. kot ye pon, jgn la mintak beribu riban. ingat kita ni cop sendiri ke duit kat umah??

masa aku nak p settle tu ada one patient with medical card jugak, tak silap aku from ING ke, AIA, tak sure..pon kena deposit sampai 3500. dia kaya takpe la. kuar american express zup zap je le.deal punya deal ngan credit control exect dia, last2 diaorg bg kuar gak without paying sbb nak investigate dulu, betul ke staff nurse dia yg salah or client aku yg salah. they hold the deposit. katanya nak kol balik of anything, tapi sampai hari ni takde kol pon..client aku dah sms semalam mintak deposit dia balik..aku cakap le aku tak kol sepital lagi. sekali kena sound baikkk punya. hehehe..abes pk  masalah negara ko je, akunye masalah negara ni ko tak nak tau ke??adoiiii la.pening2.

dah settle jemahat tu (walaupon tak sepenuhnya), balik umah dah kul 2 lebih, laki aku nak manja2 kucing lak nak soh jemput kat pudu kul 3. hari jemahat ok. hari yang (indah) membara ngan kepanasan, aku rasa ada la lam 38C kot...aku kena balik umah dulu pasal mak aku nak kuar p tgk makcik aku yang sakit tapi tak sakit, so takde sapa nak jaga aina,aku balik, semayang..siap2 apa patut,zass kuar balik.kul 4 baru sampai. laki aku dah teguk 2 gelas besar milo ais. sib baik dia tak marah pasal muka aku lagi ketat dr muka dia. muka lapar campur serabut, which is dia dah biasa hadap. huhu. then terus g KLCC sbb nak carik kasut aina, nak p wedding si apeng ni kasut dia pon takde...sian si kenit nih.

gtu gini dah kul 7lebih, balik umah. mandikan anak, pastu kasik dia tdo, aku pon dah separa pengsan dah. dgn tak pack satu haram pon lagi. mata nak tdo tapi otak tu asek dok pk la keje tak settle2 ni kan...sempat gaduh ngan laki jap. hehe.last2 pack2, kul 3 pagi baru aku tdo. tu nak bangun kul 6 lagi, sbb nak konvoi kul 9 jumpa kat RnR rawang. gila penat bai...otw ingat nak tdo la jap..laki aku punya pecut la kete, ntah brp kali khatam ayat kursi aku baca. nak kejar ijad ngan own punya pasal. masing2 kete canggih manggih...asek merempit je sampai tak berani aku nak tdo. kalu tdo selama2nya tak pasal jek. eheh.

dah la. nanti kang aku sambung. cam banyak lak nak taip ni. kang sambung cite kat pangkor. nak p songlap gambo kat FB sat..^_^

Monday, March 8, 2010

kerete saya busuk.

bongek sungguh. aku rasa ada 2 bulan aku p sogo beli car seat anak aku ngan stroller. masa nak masuk kete tu, laki aku bukak pintu, tup2 aku perasan ada cicak masuk terus ke dashboard, masuk lam lubang2 kat situ. nak jerit tak sempat dah sempat anak aku punya jerit lagi kuat.

tu cite 2 bulan lepas. cicak itu terus bermaustautin lam kete aku. kejap kang dia tayang ekor je, kejap kang dia kuar dok melepek atas dashboard, wat aku meroyan. ada sekali tu siap ada taik cicak lg kat handbreak aku. hampeh buah kana sungguh.


semalam,cicak itu gol. aku rasa la. sbb smalam aku kuar  g kedai ngan aina, bau lam kete, masyarakaaaaattt...bau bangkai!!! aku bkk cermin tingkap nak kasik kuar bau. sampai hari ni aku lom masuk kete lagi. nak g keje mak aku lak ada mengaji bagai ptg kang, alang2 g GE tak sampai sejam kena balik.baik aku wat keje kat umah...ni lagi skali nak meroyan ni. nak jumpa org pun sket punya susah. heeeee

camno nak buek ni ha??kalu anta kedai cuci enjin ada harapan tak jumpa bangkai cicak itu??


mmg hampeh betul la cicakman nih.

aku anti KRU.

tetiba.

haha.

Tuesday, March 2, 2010

ceritera tak lawak.

saya ada sungguh banyak cerita nak share dari last week lagi tangan ni gatal nau nak menaip tapi tu la kan, aku ni mengalahkan anak sepuluh, anak baru sorang penatnya..ya raaabbbiiii....macam lari satu padang bola! aina sudah sangat laju merangkak. sume bilik dah masuk.bilik air sipi2 lagi nak masuk..ayooo..sib baik aku sempat nampak. hish. berdiri sangat belum terer tapi lagaknya macam terer nau, bleh lepas dua2 tangan nih...pastu jatuh terduduk bangun balik. kepala tu kalu terantuk tu takyah kira la.,.penat dah nak kira..jumaat lepas dah jatuh dari playpan gedebuk ke lantai, sib baik ada carpet yang tebal jadi impactnya tak la ketara sangat. aku punya pucat lesi tuhan saje yg tau. mak aku sampai sakit dada, kerinnnggg darah di buatnya. tak sampai sepuluh menet dia leh gelak2. heee..mmg superwoman la anak aku ni. mintak2 takde apa2 terjadi kat pale dia. dok risau gak ni. asek berdentum sana sini. aku nak berkejar dah tak larat dah, letak je sup sap sup sap dah sampai ke dapur, kejap kang kat bilik aku, kejap kang kat bilik mak aku. sukahati mak dia la dia nak explore kan satu rumah. heeeee anak sapa la nih...:B

aku ada cite best. huhu. last thurs aku g anta mak aku kat IJN,g antau darah sebelum check up hari ni..kena la bawak si aina kan. IJN, as usual, parking is very2 limited. so lepas aku drop mak aku, aku p la kat parking lot. aina dah merengek2 kelaparan. aku pon park la kat tepi yang sememangnya takleh park sbb ada kon2 kat situ. aku tau, tapi biasa la manusia ni kan, or to be exact, owg mesia ni tempat takleh park tu la kita park kan. hehe. aku konpem sgt2 mang takkan ada kete yang akan lalu kat tepi sbb location dia mcm kat tepi sket. so aku park je le. kejap. nak diamkan aina ni, aku lompat ke seat belakang bagi dia susu dulu. tak sampai 2 menet ada la hamba Allah ni ketuk cermin kete..oh, guard IJN..aku pon bukak pintu kete..ngan tangan masih menyusukan aina ni..nak turunkan cermin kete dah kena lock lak kat driver seat.

sekali bleh guard tu,

"makcik...kat sini tak bleh parking.."

apa??MAKCIK???

mmg berangin ok. tetiba aku marah guard tu, oi..ko panggil aku makcik??

dia pon sengih cam nak tak nak je. tapi muka siyes lagi la. nak je aku swing sedas.

leh dia marah aku lak pastu, "boleh alihkan kete tak..kat sini kan tak boleh parking, nanti kete lain tengok sume nak park sini.."

ek elehhh..kerek lak..tak nampak ke aku urgensi tengah nyusukan anak ni. rabun ke hape budak ni

aku sound balik..

"saya tau, tapi nak kena menyusukan anak kejap. tu pasal park sini sementara ni...sori la...jangan la marah...."

"bukan marahhh...".katanya. tapi muka tensen gila cam aku pijak kasut dia.

"ye la..kalau tak marah cakap la elok2. tak boleh ke??..haaaaa.hambik. pastu terus aku tutup pintu.

bengkak.

bleh dia jeling lak aku dari jauh. aku korek bijik mata ko wat sup kang baru tau. dah la belum sarap lagik.

aku cite kat mak aku lepas tu, skali aku lak kena sedas..

"ko ni ngan guard pon nak gaduh ke...cuba la pagi2 baik2 sket.heeeee"


aiseh mak. tk rock la..keturunan hang jebat kan. mang keje carik gaduh je le.ehehe.



tetiba. ^_^

sengal.

yo2 ooo je aku bertekak ngan laki aku lam tepon semalam. dah 2 hari aku asek bertekak je. tebiat aku bila dah angin satu badan, laki aku kol banyak kali aku wat dek je. dah  5 6 missed kol dia pon fed up. langsung tak kol2. aku sukahati.

sekali malam tadi kul doblas malam dia dah berada lam bilik.


sengal.

kalu aku ada heart attack mang dah lama gol.


maleh nak bertekak dah. dah depan mata, hadap je le. isk...satu keje takleh wat nih.


@!@#$@%$!^&^&*^*&(*&*()**)(()()_)(*)*(*&%^%$^^%#^