Thursday, April 30, 2009

sakit pinggang

kalu aku cakap ngan mak aku mesti dia kata ni: over betul ko ni. baru bp bulan ngandung, sana sakit..sini sakit. mak dulu..bla...bla..bla...bla..

ye. dia adalah superwoman dan heroin dalam cerita ini. aku lah yang paling lembik. umpama teratai layu ditasik madu...ehe

antara ayat2 power dia: mak dulu, baya ko ni dah 4 org anak tau! DAN, mak dulu mana ada nak pantang2 tak makan nenas la..tak makan cuka la...mengandung korang ni sume aku makan! susu ke vitamin ke sume aku tak ambik.doktor bg vitamin pun aku buang je. sehat jugak korg ni! jd org jugak!!

ye.ye.ye.

tapi yang paling best skang ialah..pantang aku sebut nak makan apa, mesti dia wat. huhu. marah2 pon tapi dilayankan jugak la peel aku yg mmg over ni.

aku dh dekat sebulan nak makan mangga ostrolia. tiap kali g kedai kat ampang jaya deret 7E tu, mesti aku masuk kedai runcit mamak.buah2an dia sangat cantik2 dan sangat2 mahal. hari tu aku tengok buah mangga ostrolia. besar,bulat, gebu, lazat berkrim ok. terkebil2 aku nengok. lam hati mang dah tau harganya mahal. tp mulut tu gatai jgk la tanya bp sebijik. bila mamak tu kata sekilo 15ringgit, terus aku sengih dan blah. mahal gila babai!!!

balik umah aku cite ngan mak aku. dia kata, nak makan beli la. aku cakap nanti la. mahal sangat. dapat gaji sok leh la beli.

mcm sedih je cite aku kan.huhu.

cite mak aku lagi sedih. dulu dia kata masa ngandung dia g pasar ampang. ternampak nyonya jual buah delima. dia mang suka buah delima. dr jauh dia tengok je. tak berani tanya sbb dah tau mahal. byk lagi benda lain dia leh beli. bila dia nak blah tu, nyonya tu panggil dia, kerat separuh buah delima tu bg kat mak aku. nyonya tu kata, takpe...saya bagi. awak mengandung. mesti mau makan...

mak aku ingat lagi sampai skang. so bila aku berkira2 nak beli mangga yg mahal tu dia cakap ngan aku, beli je..kadang2 bukan ko yg nak makan. anak tu nak makan. beli je. nak makan beli. mahal pun takpe, janji rasa...

terharu den...

dan semalam bila aku bwk mak aku g pasar, singgah kat ampang jaya tu jugak la nak beli buah. terus dia soh aku g beli buah mangga tu. pastu turun2 kete je ada cina jual durian lam van, dari tangkak. aku pandang mak aku, durian!! mak aku tanya nak?? aku sengih je. dan2 tu jugak dia g beli..13ringgit sebijik. merasa la semalam makan mangga ostrolia ngan durian. huhu. sayang mak aku....muahh..muah..muahhh!!

dulu bila arwah bapak aku ada, pg2 dah ada plan nak masak apa mkn tghr. skang mak aku asek tanya aku nak makan apa. dia masak. semalam aku tgk dia beli telur itik so aku request la telur itik masak lomak+ belimbing. huhu. sedap nyam2 menjilat jari ok. mengada betul skang ni main request2 je. hahaha. mak aku ni dapat mimpi apa ntah kebelakangan ni rajin nau lak nak masak2....biau kan...jgn tego2. kang aku tego, aku yg kena masak. hahaha.

esok dia nak balik kg ngan abg aku. konpem la sok hari cuti dan aku kena masak. bila tang aku yg kena masak wajib la aku masak simple2 je. tk berapa nak rajin la katakan...huhu


penat dah. duk lama2 ni makin sakit pinggang aku. eva, ampun maap ye. kekanda tak bg attend malam ni. last week dia kata balik lambat sgt. siap takut2 kan lagi malam jumaat la apa la....sabo je. kejap bg. kejap tak bg...isk..


next week i try ok. nak kena mandrem laki owg nih.....

Wednesday, April 29, 2009

kot ye pon..!!

kot ye pon aku pakai dial up zaman jajahan british, pesal ko lembab cam sipot sedut sangat nak bkk maybank2u nye page??



harrggghh dushh!!!


nak tdo dulu pon sempat nih......

Sunday, April 26, 2009

movies review..



Confessions of a Shopaholic!
best!best!!huhu...first, you read the book, then GO see the movie! gila best! sangat2 puas hati! thanks kak nen..impian tercapai jua. =D

mula2 semalam tak dapat tengok cite ni sebab dah terlambat. showtime 2 kali je, kul 2ptg ngan 7mlm..mana dapat la nak tengok kul 7mlm kan. ada yg azan maghrib kat tinga aku siap khutbah lagik! kui2. jadiknya, tengok la cite he's just not that into you. member nenie yg suggest.dia kata best. tpnya...hmmmm..bleh la...15menet lepas movie start, ada la 4 5 org kuar panggung. so just imagine betapa boringnya cerita ini. yang kuar tu pon laki. mmg bkn cite yg dorg patut tengok pun. pompuan2 sesuai la...aku budget nenie pon cam boring jek.pasal dok tepi aku dah senget2 cam nak tdo.sekali tetiba dia gelak lak..konpius den!
.

but overall cite ni not bad jugak la. bleh la layan kalu dah takde cite lain. dr layan cite Jangan Tegur. bagi sejuta pon aku takmo tengok..melainkan dorg bagi aku sejuta+sebijik BMW 5series+umah banglow sejibik. haha. baru aku tengok.

sapa nak layan ko bai...:P

berbalik kepada shopa, walaupun agak lewat g tgk cite ni, tp its all worth it!gotta have the vcd/dvd lak lepas ni.sape nak kasik aku present vcd nih?heh..masih belum terlambat...hadiah besday masih leh diterima walaupon lewat sebulan dua...ehe

what i learn from this movie is..STOP spending on your credit cards!! heeeee...kalu tengok pompuan ni shopping, gila takleh control! ada la kena tempias sket2 kat aku. cuma bezanya dia ada 12 credit card which is all total nearly 10k!USD la tapi. mang over spending sangat2!!aku takde la sebanyak tu kot total..ke? hehehe....lepas tengok cite ni lam pale otak dah mula pk (mcm sebelum ni tak pandai nak pk kan) so. no more spending ya cik aini. cita2 tahun ni kan nak potong sume credit card.kena control spending. control!! jgn g berpoya2 dan beli benda yang tak perlu!!!jgn sesiapa hasut aku beli itu ini dh pas nih. (jgn marah ye macita)support le sket kawan ko nih...=)

dua hari berturut2 tengok movie. org spore sangat2 jeles. next week dia dtg nak balas dendam tengok cite hantu kat panggung. kem salam ye. tumpang laluuuuuuu....baik aku tdo kat umah jek. from experience sume cite hantu yg aku TERPAKSA tengok end up aku tdo dan aku bangun lepas cite abes. kalu aku bleh lari kuar g tengok cite lain mang aku buat dah. tp kang durhaka la plakkk....tu la sgt2 tak bestnya bila kuasa bukan ditangan kita. hmmmpphh!


ok la. gotta stop here. sakit pinggang lak. ada cite lagi sbenarnya ni. aku kan kalu dah start menaip ni lajuuuu je..tak hengat2 panjang gila babai. maklum la dulu cita2 nak jadik wartawan tak dapek. jadinya dapat membebel kat blog sendiri kira tercapai jugak la hajat. huhu

tengok. nak stop pon sempat wat huraian lagik. adeiii...


chiow!!

Saturday, April 25, 2009

sesi luahan perasaan! &^*%$#@ (bukan carut, nasehat!)

semalam satu hari ada training. quite fun la kelas dia pasal trainer dia best. byk wat klaka. berair2 mata gelak.huhu

then petang smalam,member seangkatan, kak leen msg aku. ingat leh jumpa.tp sbb ada training takleh le. makanya dr ke ptg sampai le ke malam santak ber'sms'. huhu. smpai 12mlm tuh. ada dekat 20 sms le. penat menaip.

intipati citenya ialah pasal mgr yg 'tak kusayangi' lagi. selama2nya.ingat nak jumpa kak leen tu just nak mintak pendapat camana nak ilangkan rasa marah meluap2 kat boss. pasal dia lebih lama dr aku dn nasib kitorg hampir sama.asek menjadi bahan kutukan oleh boss. makanya semalam bertukar2 cerita la.mang aku respect la kat dia. walaupon mgr aku mulut cam hareeeemmm kan...tp kak leen tetap jugakkk dtg meeting. blehhhh jugakk dia bersemuka ngan boss tu.yang penting bleh jugak la dia melupakan apa yg boss dah kutuk tak hengat kat dia kan..hish.aku mang takleh la.

mmg simpan dalam. makan dalam. rasa kalau aku besau dr boss mang aku pijak2 dia, lenyek2..pastu campak ke laut. pastu br aku leh maafkan dia. kalu nak pk hari2 pasal dia mang sakit hati. mau meroyan aku. so atas nasehat, baik kita wat bodo je. walaupon tak berapa nak bodo, cuba la berlagak bodo. apa dia cakap masuk tinga kiri jgn register lam otak, terus ctrl+alt+delete..kalau masuk otak, pk2..hati bengkak, sakit,menanah..seterusnya akan menyebabkan sakit kronik. dia elok2 je bersenang lenang ngan riak dan takabur. kita yg sakit jiwa.


moral of the story, abaikan.


hari ni nak g berpoya2. tenangkan perasaan. nak g tgk wayangggggg!!!huhu. bila hsb takde kan, mcm2 la plannye....hehe. ade geng ni laju je la langkah aku...banyak la duit aku abes ni kang..erkkkkkk..!!!!


chiow! hv a gud weekend!!=D

Thursday, April 23, 2009

bla..bla..blaah...

tak tau apa nak story. nak story psl 'boss kesayangan' yang tetiba salam aku semalam pon takde mood. pe kes la.

wat speech kalu tak menyindir tak sah. abaikan. aku yg terlampau mengikut perasaan ke atau dia yang over. kalau nak kira lebih setahun aku tak bercakap ngan dia. nak tengok muka dia pon malas. nak dengar suara dia laaaaaaaaaaagggiiiii la.....

nasib la dpt manager cenggini kan.

nasehat kepada diri sendiri: wat je le keje ko. pedulik le apa dia nak cakap.apa dia nak pk. janji gaji ko masuk.bes cite.

jihan baru je kol td. menceritakan pengalaman dia bersalin 3hb hari tu. dengar cerita org bersalin ni mcm2 version. yang takut mendengarnye ialah org yg blom bsalin lagi.tak dapat dibayangkan. jumpa momoi last week, bukannya dapat close pon.hmmph. tp yg dapat ialah menengok video dia beranak. sungguh tak patut pompuan itu. pastu leh cakap ngan aku, tak sakit aini..tak sakit. hampeh. tengok muka dia menahan sakit pon aku tau dah sakit. bleh lak cakap tak sakit ngan aku?

turn aku nanti camana la... isk..

chiow. nak melantok. lapau la plakkkk
spesel utk kak nen:


kak, agak2 bosan wat keje tu tak yah la wat drama anak wayang lak ngan owg. msg owg soh kol pastu reject!!!

adeiii.....ade yg gue bako villa pavillion ni kang!


kot ye nak wat kelakar kul 4ptg agak2 le....adoiii laaaaaaaa

Tuesday, April 21, 2009

macam-macam penyakit

last week masa aku g jumpa pakar ENT tu aku ingat masalah tinga dengung aku ni akan ilang. tp sampai skang tingabelah kiri aku asek dengung je. hr tu idung asek darah.ok dah. mujarab le ubat yg doctor aman tu kasik.dia kata masalah tinga aku dengung ni dia pon tak pasti. maybe sbb aku byk sgt gayut tepon..cakap lebeh 15menet tu dh kira lama gila. kemungkinan je.teori dia. aku pon kurangkan la cakap tepon. kalu laki aku kol pon cakap kejap2 je.risau jugak kang tak dengar langsung!

dah tu satu hal. ni dah lebih kurang sebulan bawah mata belah kiri aku asek gerak2 je. ingat mula2 kjp je. tp ni cam hari2. dengar org kata macam ada bende buruk nak jd. aku msg dak mala dia kata aku byk nau pk. urat2 sume tak betul. pale otak aku pon tak betul.sabo je la. nyesal tanya.

hari ahad hari tu g umah makngah aku.as usual acara bulanan family.jumpa cousin aku yg keje kat ampang putri.dia soh jumpa pakar ENT kat ampang putri tu. tgk la next week ke aku g...duit makin lama makin susut.kang g sepital tu ntah bp juta kang aku kena lagik.

hari ahad tu jugak bc paper kosmo pasal baby pelakon dynaz tu meninggal lam perut.usia 7 bulan. mula la pale otak aku ni pk bukan2. tu penyakit gak tu. kalu baby tak tendang2 aku risau dah. huhu.over ok.siap cakap ngan baby soh tendang selalu. tak kesah dah.bukan sakit pon.=D asal dia gerak2 tu aku tau la baby ok. adeiii....masalah dalaman tul aku nih...

semalam satu hr tak kuar keje. takde mood. "boss" bagi msg punya la panjang..yg sempat aku baca..brp byk apmt hr ni?weekend close bp? bla..bla..bla...DELETE.maleh nk baca. ada tanya weekend close bp?huhu...close mende.bkn wat apmt pon. laki aku balik.apmt ngan dia je la. huhu. berangan la cam dah kaya. kalu cam laila johari weekend cuti takpe le jugak kan. member dah kaya.tak sedor diri betul cik aini. :P camno nak beli bungalow 3 tingkat nih?ehe

last week ada dpt nama dr marketing GE soh call.sorg je. lelaki lak tu. lemah lutut aku. berkira2 gak ni bila nak kol.nak tanya eva camno.dh jarang wat phone call kat org tak kenal ni. cam bodo la plak.

ptg ni nak g GE jap. teruk betul simptom maleh nak keje nih..mula la eva bg ceramah minggu ini kang. kui2.


chiow. penat.

Tuesday, April 14, 2009

malas.mari tdo.

kemalasan melanda.

ada cite ni. pagi2 buta mala-ON dah ganggu keenakan aku membuta.

"NON!!dengar radio HOTFM skang!! aku tepon fara fauzana tadi. komen pasal topik hr ni, rakyat malaysia memilih kerja sedangkan ada 12000 kekosongan "(camtu la lebey kurang tajuk dia)..

tgh sangap. takkan nak pay attention lebey2

aku pon p la on 8tv. tgk fara sambil terkebil2 tahan mata. nak tdo lagi nihh..adeii dak mala ni potong betul la. tgh syok2 layan mimpi....heeeeeeeeee..

aku msg mala, lagi saploh menet takde kuar suara dia aku nak p tandas. tak tahan nak *tut* hehehe..

skali tu elok je dak fara on air kan sogha si malaON ni....huh...ni je???ingat merdu sangat sogha dia lam radio.hehehe

havoc la plak pepagi. sume dok kol aku tanya tul ke tu mala. ye le. mala le tu. dia bab2 tepon ni mang rajin. dulu radio era pon dia kol. semangat ok.



maleh nak cite lelebih.aku kemalasan hari ni. laki aku msg pon malas nak layan.

apoinment kensel. wajib la aku mandom.



balik umah melantok banyak2 dah ngantuk. kui2. tak senonoh.

nak reg utk roadshow sok cam haram je eLATs ni dr td tak dapek bukak2. GE ni kot ye pon nak implement mende baru bagi la briefing.lambat gila babai nak bukak..macam canggih nau. heeeee..nyusahkan je!!


dah penat. nak tdo.



UJAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNN..waaaaaaa..sangat masyuk kalu layan tdo.

dasar pemalas.

Monday, April 13, 2009

dia dah perasan.

huhu.laki aku dh perasan kesan calar kat bwh spoiler yg aku wat sebulan lalu. utk membela diri aku cakap, fair la. abg wat satu, syg wat satu. muahahahha. tersengih2 member. pastu dia kata. takpe...biasa la pakai kete mang camtu.

huh. tu ayat dtg dr mana tak tau la. aku rasa tu ayat org wat salah sambil takmo menyalahkan diri sendiri.

biasa la aku kan. kete lama pon penuh ngan kesan2 efek yg tak sepatutnya. harus la diteruskan tebiat ini ke kete seterusnya.pejam sebelah mata je. wat tak nampak. kalu tengok betul2 mang sakit hati yg amat.but better la masa wkf dulu, 2minggu pakai lampu depan pecah sebijik langgar van. haha. kira ok sket la tebiat kali ni kan. kalu lampu depan kete ni pecah mang pecah la tabung 50posen aku. nenie punya tabung je leh dpt 1200 satu tong. akunye seratus jek. camno nak kaber???isk

sib baik laki aku tak marah. kalu dia marah, aku marah dia balik. ahhahaha. durhaka kan...:)

cite tak best dulu

aku nak wat entry pasal coti2 kat cherating. tp semalam pg mang betul2 spoil. jadinya aku nak cite tak best dulu baru wat entry pasal cherating.

semalam last day kat cherating.masa nak bekpes tu, laki aku amik sokabar kat reception counter, berita minggu. sambil makan sambil selak2 bahagian sport tu. tgk result bola la pe lagik...aku plak pagi2 dah mandom semacam jek. rasa sekejap nau spent time ngan laki aku.sedih sehhh..bila jauh2 gaduh. bila dekat2 rasa nak soh dia stay jek..:(

bila dah abes bekpes, turn aku lak selak2 sokabar. selak2 je baca part hiburan. tu je yg interested sgt pon. then ajak laki aku jalan2 kat tepi pantai. tak pasan lak sebelah resort aku duduk ni, suria beach resort is impiana beach resort. terkenang semasa dulu masa bujang2kan, bersukaria kat situ.. nengok buaian tayar, ngan tempat panjat2, mcm2 lagik la. terkenang semasa dolu..

pastu dah start panas, laki aku ajak lepak kat depan reception tu ade tempat duduk. so aku lepak lagi baca paper.

something cought my attention.

aku baca kat ruangan kesihatan. title dia barah hidung. simptom dia idung berdarah, tinga berdengung,dan paling teruk mata leh juling. tetiba je aku sesak napas. 2 simptom tu aku ade. idung darah n tinga dengung2.

dah mood aku ilang tiba2. aku tunjuk kat laki aku, dia pon terdiam. tp cam biasa ngan penuh rilek dia kata, takde pa pe k...esok g check...

idung aku lately darah balik.so tu yang wat aku sangat2 risau.

laki aku cakap senang kan. takde pa pe. aku yg dok risau cam nak rak. teringat ada member keje guardian dulu kena nose cancer. tp dah sehat la skang. cuma tak tahannya bila dgr dia wat chemo..muka dah cam terbakar, kurus kering.isk. aku ni pegnen. first thing aku pk ialah baby aku. if anything happen, kalau doctor kata pilih antara aku atau baby aku sanggup pilih baby. biar la baby survive. at least utk husband aku.

sampai camtu skali aku pk. yang paling worst skalik otak aku berjalan pk yg bukan2.

pagi td aku ada training kat GE. kelas nak install software je. sejam je kelas tu pasal aku nak tau camana nak install n activate utk guna presentation.tak sangka lak kelas sependek tu pon dorg bagi makan bekpes nasik lemak. fav. aku mang lapar pon.banyak gak lak melantok.mang kalu tengah risau aku makan banyak. nak ilangkan kerisauan la kononn...

pastu g wat keje sket kat agents room, then aku terus chow. nak g clinic. aku g kat jalan ipoh sbb kat situ aku pasan ada klinik pakar ENT. sampai je terus aku menapak naik.ingat kena wat appointment tp kebetulan klinik tu tak brapa bz so aku terus je bleh jumpa doktor.

tengah tunggu2 mala lak msg aku. hari2 tak kacau aku tak sah pompuan tu. aku cakap le aku tgh emosi. maleh nak layan dia. skali dia sound aku, eleh..baru balik honeymoon takkan emosi beb??ceh. aku story mori la kat dia. pastu lama dia baru reply. alah..cuaca kurang elok skang. tu pasal idung ko darah.takde pa pe la.

hmmm...dah 2 org cakap camtu. aku try pk positive.nama doktor yg treat aku tu namanya doktor aman. benggali kot. mintak2 la lepas aku jumpa dia aman damai resultnya.

masuk je dalam terus aku cite masalah aku. pastu dia cakap, no need to worry that much. maybe its due to your pregnancy because all the blood vessel starting to work, for two..plus your hormone is not too stable..

adei. ni lagi sorg. .aku cakap le pasal aku baca paper semalam. sib baik dia faham tahap kerisauan maksima aku ni. utk menenangkan aku, dia kata nak wat aku relief dia leh wat beberapa test kat tinga n hidung.

please.wat la apa yg patut.

dia check dua2 belah tinga tengok gegendang tinga aku ok. tinga ada 3 parts. luar, tengah, dalam. mula2 dia check bahagian luar. sume ok. bahagian tengah pon ok. bahagian dalam aku mintak dia masukkan something utk tgk bahagian dalam ngan mata aku sendiri. sume ok. takde mende. aku tak puas ati.

dia check idung lak. ada salur darah pecah kat idung aku belah kiri. tu yang asek darah je. doktor tu try convincekan aku sume ok. aku harap2 sangat mmg sume ok. dia kata mcm2 test dah wat ni, tak ada tanda2 aku ada barah hidung. mostly yg dapat barah hidung chinese, due to genetic n pemakanan. melayu sangat2 jarang.

ok. faham2. tp dia pun sangat2 faham bila aku kata aku risau sangat2 sbb aku tgh pregnant. every pregnant women would think like you. risau sakit terlebih2 ni pasal hormon katanya. yo la. aku kalu tak pegnen pon risau terover2.

pastu aku msg mala kata takde mende.

skali dia reply. ko mmg suspicious over suspek on suspectly suspies of spesen!!(ntah ape la dia merapu)asek korek idung pakai batang kayu tu yg pecah!


lalallalalala sukati la. kalau korang pon mesti cuak kan...


haihhhh......lega sangat2. aku pk skang ni baik aku jaga makan je. and doktor bg nasehat jgn cakap henpon lama2. tu pasal tinga aku skang cam dengung2 jek. maybe effect henpon. katanya. aku tanya lama tu sejam ke. dia kata 15menet pon dah kira lama.

oh. ye ke? camana nak borak ngan laki aku cenggini??

cis.

takpe2. tu bleh adjust. =D

skang aku leh tdo ngan aman.

tima kasih doktor aman. aman idupku selepas ini. ..:)

Wednesday, April 8, 2009

berehat

hari ni tak kuar la. pk2 nak jumpa sapa, hari pon malam. huhu. idung plak darah lagi ni. sket2 je la tp. takut kang aku kuar panas2 ni kang kuar cam air paip. baik dok rilek kat umah. mak aku pon takde lak bising hari ni. agaknya dia paham tgk aku letih nau..huhu.kena pandai blakon =D

tghr td lepas melantok, momoi kol. lama nau tak jumpa.ingat nak jumpa esok. bleh gak la masyuk sket2. huhu kalu ada rejeki. baby dia pon aku tak tengok lg..hari tu nak g tgk dia tak bg. macam erra lak tak kasik tengok baby sampai abes pantang. heh.

then td wat keje sket2, pastu terasa cam nak study balik notes life planning advisor yg aku amik this year.hari tu yo yo je beli financial calculator.mahal ok. rm140. laki aku sampai terbeliak bijik mata dgr regenya. dia kan very the berkira2. aku nak sental pale otak dia guna calculator nih. huhu. masa beli tu mcm ye ye je nak blaja bersungguh2. balik umah, harammmmmm..file dok elok je atas meja. calculator elok je aku usung ke hulu ke hilir. besau lak tu. wat berat beg. patut la bahu aku senget sebelah skang. haha.

kena sejam lebih mentelaah, dah letih. pale otak letih. mulut letih. mana tak, membebel je sorg2. tak puas ati tekan2 tak dapat jawapan. otak dah tepu sangat. bodo nau wat kira2. dulu kat skolah mana blaja pakai financial calculator. dah tua bangka baru terhegeh2 nak belajau.

ni dah letih sangat terus online. nak survey2 hotel or resort hr jumaat sok kalu panjang umo nak g cherating jalan2 ngan laki aku. sok malam dia balik, hari jumaat dia cuti good friday. kalau dia dapat tiket la sok malam. kalu tak dpt aku soh dia jln kaki. tak kira, hari jumaat mesti nak ada kat sini. haha. kejam2.

k la. nak chiow. nak tengok matahari kat tv3. abes spaQ, matahari lak. sok kuar bulan, bintang, planet marikh...tak jadik keje la aku. hehe

byes2!

poyo

boss aku mmg poyo. tau la br balik travelling. takyah la poyo lebih2.

semalam aku dpt kol dr ofc agency. tak penah2 si liza ni kol aku sampai 2 3 kali.sekali aku angkat, dia pass kat laki boss. abg lan.

lagi poyo dia tanya aku bila nak beranak. sebuk je. nak sponsor sepital aku nak bsalin ke??

tambah2 poyo, dia nak jumpa aku...nak discuss sth katanya. aku ckp takmo. dia pujuk lagi. aku kata nanti aku pk. malam td aku ckp ngan laki aku dia tak kasik pegi. kalau nak jumpa tunggu dia ada. haha. kalau dia takde pon mang aku takmo jumpa. watpe jumpa laki boss tu? bkn dia leh watpe pon.

ntah pa pe. malas nak layan. baik aku pk camana nak jdk kaya cam nenie. huhu duit makin lama makin susut. saving tak berapa la sangat nak ada nih.. semalam dh g order kipas siling. kipas lam bilik aku bunyik cam motobot dh. memekak je. mahal la plak kipas tu. 2 ratus. kalu tak sejuk gak bilik aku tak tau la. mak aku soh pasang aircond je. alahai...kat umah ni dh 2 bijik aircond dah. kang bill api naik dia gak pok pek pok pek. bila aku ckp nak pasang kipas baru je bleh dia kata aku kedekut? adeiii......bondaku. kalu dia nak sponsor takpe gak. heh heh

hr ni nak kuar lambat sket. tghr sket br kuar. nak carik ilham nak jumpa sapa nih. kalu tak kuar langsung kang mak aku perli, ko ni dah jd melener (millionaire) ke takmo kuar keje??

adusssss...menusuk ke kalbu jiwa raga sungguh!!!