Tuesday, May 26, 2009

AND THE WINNER GOES TO........

cik puan sri tak kaya-kaya aini muhd tahir. congratulations for winning the title of MISS PROCRASTINATE of the year. yeeehaaaa!!!

akan tetapi. saya berjanji akan berubah!!!itu la sbbnya saya masuk kelas encik mark s. chatterton. saya harap jawapan yg saya berikan kpd en mark mampu mengubah tebiat procrastinate saya. rasa nak emel je kat dia jwpn2 nih. haha. over.


1.why are you here?
sbb nak jd millionaire

2. what do u want from the Rail Track Mindset Programme?
nak duit beribu-ribu lemon.

3. how do u see urself in:
1 year: being able to buy my own hse and give all my frens free tickets to BALI. :)
3 years: rich and have 2 BMW's....:P
5 years: SFY (sleep for a year) bertilamkan notes 100hengget berguni2. ~~~~ lalallalala


langkah pertama saya pada hr ini ialah g kedai buku. carik buku think & grow rich by napoleon hill.

langkah kedua ialah, bukak buku dan baca.

langkah ketiga ialah,....tunggu kelas next week...


hahaha.

takde kemajuan langsung!!

Friday, May 22, 2009

mission impossible.

penat.

hari ni aku tak keje. semalam kuar umah kul 830am, satu hari dr pagi sampai ke malam, kul 930pm baru nampak jln nak balik kg melayu ampang. td kol hsb aku ngadu le penat, dia ckp, sapa suruh? ada abg suruh kuar pg balik mlm? ek eleeeehh...bohsan sehhhhh!

xtvt hari ni g bank ngan bonda, uruskan pencen dia pasal org bank dh sebok soh dtg amik duit pencen. kayo betul mak aku. janda kaya. kui2. pastu ala2 lupa diri g shopping kat ampang point. ye le. org ada duit pencen kannnn...time tu le nak beli beras, ikan, sayur, mak nenek sume kat kedai tu kalu bleh nak beli. pastu aku ngan perut boyot2 ni cam nak tumbang tolak troli. adeiiii...lam hati tu mang seribu jenis sumpah seranah dah aku sedekahkan kat adik laki aku. no skuling punya jantan. patut dia yg bawak mak aku g beli barang dapur. ni aku yg bawak. bkn nak komplen mende. aku tgk dia dah la tak kuat. nak angkat beras 5 kilo pun semput nyawa. nak soh aku kang aku yg terberanak kat situ. pastu bila aku tolak troli dia pon sama sebuk gak nak tolak, tgk aku cam tak makan 10 tahun tolak troli kannn...secara logiknya takkan aku nak soh dia lak yg tolak. sama2 OKU. isk. aku sian kat dia, dia sian kat aku.mang hampeh si amer nih.


sudahnya balik umah dua2 al-K.O.

td ni dia sudah bagi aku satu task. " ko bukak lemari kabinet bapak ko tu carikkan surat mati arwah nenek..mak nak carik kubur dia sok..."

sabo je. baru nak bersenang lenang.

selama 2 jam aku duduk terbongkok2 bukak file satu2 lam kabinet besi arwah bapak aku nih. respek betul la. segala jenis surat sume dia simpan. surat berenti sekolah dia pon ada. surat mati arwah atuk aku, dan semua adik beradik dia, surat pajak, surat ceti, surat aku masuk skolah tingkatan 1 kat yayasan selangor. siap ada no bilik ngan no locker lagi. dan yg paling nostalgia, surat kat bawah ni. surat keterangan beranak oleh ahli lembaga bidan malaysia. huhu. baru ku tahu. paling admire tulisan tangan dia. gila kemas dan cantek. kalah tulisan aku.

lain yg dicari, lain yg jumpa. aku ingat nak wat frame la. hehe. tak penah aku tau ada surat ni selain surat beranak. spesel tu beranak kat umah...rilek je kan org dulu2 beranak. takyah sebok2 nak booking sepital sampai ribu2. sehat gak aku sampai skang. membesar bagai johan lagik.

dan..sampai sudah surat mati arwah nenek tak jumpa.


dah la. dah penat. sakit badan dok lama2 nih.sok je le sambung mission.

chiow!

Tuesday, May 19, 2009

tersasul. huhu

aku tengah bukak search engine cari.com untuk search cara2 semayang duduk. kalu ada la. skali tu, tershashul lak ke sini >>> Islam: kamasutra ^_^

lalalalallala..bkn salah aku. hehehe..pastu terlajak lak ke sini >>>> Islamic KAmasutra


hehe.



tak sengaja.


**** btw, sesapa tau camana nak wat semayang duduk, sila la beri tunjuk ajar ya. tima kasih.

Monday, May 18, 2009

monday blues...

kalu hr senin mang la malas semacam eh nak g keje. contohnya skang aku kat umah lagik. dh siap2 dh. tp tak gak kuar2. nak tepon customer lg pon cam maleh. nak g sebis kete lgk hr ni. apmt tak wat pon. patut 2 3 hr sebelum nak anta sebis kena wat apoinment. tp kelupaan la plak.

henpon lak wat hal. hr tu cover dia tercabut. asek jatuh jek. terbarai dah. abes g la beli gam gajah. nak gam la balik. skali dah terover gam. dah namanya mang overkan. skang kepypad no 1 ngan 2 takleh nak tekan. dah tergam skali. sabo je. kalu type msg kat no 2 tu la hurup abc. azab btl la. camana nak betulkan nihh....bdk celcom ni hr tu kata leh tukar henpon ngan harga murah rm350 kalu amek corporate plan dorg. tp smpei skang tak kol2. hampeh betul.

agaknya henpon ni merajuk la ngan aku.ckp2 nak tukar baru, dia wat hal plak....isk...


esok ada training kaw2 punya. blehkah aku survive?? trainer mat saleh lak. ngeri seh..isk..rasa cam takleh nak follow jek...huh. try test dulu. harap2 pas nih aku btambah2 rajin. amiiinnnnnnnnnn

Wednesday, May 13, 2009

13 may

13 may 1969. aku kat syurga lagi masa ni. mungkin tengah enak menikmati buah anggur..:)

saje je aku wat entry hari ni tanpa ada apa2 tujuan. takde cite pon. nak ilangkan boring dan sempena nak sambut 13 may yg ke 40. kui2. macam la aku ada kene mengene dalam ini peristiwa.

nak mengarut2 hari ni takde mood la. penat semalam tak abes lagi ni.


tgk la sok lusa tulat ke. kalu dpt ilham. mungkin aku akan type cerpen lam nih.

haha.menanah la korg nak baca!!

oh ye. td kat GE, aku nampak emelda, bakal isteri si adlin yg over itu. emelda no problem. bakal laki dia tu. over lebey.macam dia sorg je lam malaya ni nak kawen. abes satu malaya kompang.


takde kene mengena. again. gosip murahan sbb aku takde cite. ^_^


lalallalalallaa~~~~~~~~

c ya when i c ya.

Monday, May 11, 2009

over.

saya mmg over. tak pegnen over. pegnen lagi la bertambah2 over. pg td saya dengan tak sabau2nya dh g klinik kat ampang point, medizen clinic--bjiran ngan linda onn nye kedai..objektifnya adalah utk wat ultrasound. kui2. tak sabau2 nih nak tgk baby. ye le. dah 2 bulan aku tak tgk baby lam perut. kesian kat aku...

keputusannya: doktor suraya telah berkata ," awak nampak tak kat tgh2 tu cam ada something? baby boy nihhh..."

walaupon aku tak berapa nak nampak, tp aku bulatkan jugak mata aku utk tgk betul2. kui2.mang la ada sth kat tgh2 tuh. boy?? lalalalalalalalala~~~~ dah agak dah!!


so kawan2. anak buah baru korg ni ialah hero superboy ye. harap2 betul la telekkan doktor suraya itu. instict aku pun kuat kata boy. apa pun tak kesah le boy ke girl, janji baby kuar sok sehat. tu je aku mintak.

huh. respon dr laki aku: "wahh..abg dah ada geng main bola lam umah nih!!"


ha'ah. sajak!!bekenan nau le aku dengau nihhhhhhhhhhh

Sunday, May 10, 2009











.:PN KHATIJAH MOHAMED UNNI:.

aku tau mak aku tak baca blog nih. tp aku nak wish jugak!tadi aku dah wish...pastu dia kata tima kasih...tak lama lagi awak pun nak jd ibu, merasa la awak camana susah payah jadi mak nih...


huhu...tersentuh i. lam pale otak aku mang hari2 dok pk dah bersedia ke aku jd mak. org kata bila dah jadi mak, pandai2 sendiri la nak bentuk anak camana kan.

jasa ibu mmg sampai mati tak dapat kita balas kan. last week aku dengar kat radio lagu aishah, syurga di telapak kaki ibu,....tiba2 aku nangis.

Syurga di Telapak Kaki Ibu
Album :
Munsyid : Aishah
http://liriknasyid.com


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


sedih la plak.tetiba leh syahdu..:P


aku pon bakal jd mak nih...aku harap2, aku kuat dan setabah mak. terima kasih mak. tak terbalas budi mak.


SAYANG MAK!!



Saturday, May 9, 2009

eksidento

aku tereksiden delete background lama. so aku ganti le ngan yg ni sementara..agak2 rajin nak carik skin yg baru nanti aku tepek la balik...

kira orait la nih...


^_^

Friday, May 8, 2009

I WARN.


to uninvited readers.
if u feel bored reading my n3ies...please dont bother to leave your sarcastic comments. this is my blog. aku nak cite pasal kucing aku ke,laki aku ke, nenek aku ke, jiran aku ke, ketua kampung aku ke, takde kena mengena ngan ko.

i can say whatever i want. if u want something usefull to read please go to other blogs that provides u with more interesting stories, or gossips..i dont FORCE you to come here to read my entries.some ppl may like it, some ppl dont. if your life sucks, dont make my life sucks too.ok??

to you uninvited readers, i know your IP's. you are the same person rite? gigi jongang ke, gigi jarang ke, gigi mancung ke..gigi terbalik ke, go do sth usefull. jgn asek nak wat kacau kat blog org. ko tak suka, dipersilakan keluar.pity u. takde keje berpekdah ke nak buat???

Wednesday, May 6, 2009

what could it be?



a GIRL?? OR a BOY??



esok kul 3 lebey baru tau....(hopefully)

huhu...i'm so excited!!!

Monday, May 4, 2009

penat.tak sehat.

pg ni rasa mandom je. batuk. selsema. hembus ingus abis darah. luka kat idung tak baik2 lg. ubat harga 24hengget kejap bubuh, kejap tak bubuh. tahun ke berapa nak baik pon tak tau.

hari ni sangat2 penat. semalam rasanya takde rest langsung. skang pagi2 seawal kul 5 dh bangun. tp aku tdo balik. kang kul 6 lebih aku tersedar lagi. kena la bangun. kang ayam bkokok, aku subuh gajah je le. skang tak yah pasang alarm hp. sendiri je tersedar subuh2 shapi'e.pastu bkn reti nak tdo balik. kalu aku baring golek2 atas katil pon bkn tdo sangat. sume mak nenek aku dengau.

ni dah batuk. selsema bagai..cam nak demam pon ada. aku dok umah je. takde mood nak wat keje.esok ada training. lagi. tak abes2. bijaknye tak jugakk

k la. pale aku pon piaw2. sangat molek utk wat acara kuak lentang atas katil. :P

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA!!kepada yang bekerja hari ini, teruskan usaha!!GO-GO CHAIYOK!!


huhu. selamat bercoti. bg aku cuti hr pekerja ni cam takde makna je. sbb aku ni sukahati je bila nak coti. tak hari pekerja pon aku coti gak. macam melener la katakan...haha

tp, kalu tak kuar keje, tak bermakna kita takde keje ye tuan2 dan puan2. contohnya, pg ni seawal kul 8 pg saya sudah menyemakkan diri memblogging. ni namanya takde keje carik keje. :P

dan senarai untuk melakukan keje2 umah juga agak banyak hari ini. contohnya:

1. kemas almari baju yg kalu laki aku tengok leh bebel 1 hari 1 malam.
2.g kedai beli barang2 basah sbb pagi ni bonda nak wat bekpes mee rebush. jd keje aku ialah g beli barang2 yang takde, selebihnya biau le pembantu umah mak aku yg manjang takde keje, bekerjasama ngan bonda. ehe.
3.tukau cadar. ooh.ini la keje yang paling malas untuk dilakukan. apakata keje ini kita agihkan kepada yg bertubuh sasa dan gagah perkasa dr pulau temasek. dengarnya ptg ni sampai. hehehe. delegate.delegate. jgn nyusahkan diri sendiri ye tuan2 dan puan2.
4.bila sume keje dah takde, amat molek lah jika kita kembali memblogging dan melakukan xtvt2 tak berpekdah kat facebook seperti membuat kuiz2 yang kadang2 result dia leh wat kita gelak guling2. gila tak masuk akal. tapi buaaaaaaaaaaaaaattt jugakkk. pasal? takde keje. hehehe


ok la. saya rasa cam nak g wat keje yg ke-4 la. tak lengkap idupku ini tanpa mukabuku.


lalalalallalalalalala~~~~~~~~~


keputusan kuiz akan dipamerkan.


..
..
..


Singkap Rahsia Di Sebalik Nama


Aini Muhammad Tahir
aini 1+9+5+9=24
muhammad 4+3+8+1+4+4+1+4=29
tahir 2+1+
8+9+9=29 24+29+29=82 8 + 2 = 10 1 + 0 = 1

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

selanjutnya.....

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


amacam? ada betul ka? =D