Thursday, February 28, 2008

announcement

:) aku nak wat announcement. tp bkn hari ni.3hb sok baru aku war2kan kepada sekalian warga malaya. hahahahahaha

kasik korg kezutan sket. hengat AF jek pandai wat kezutan? huh...kalau astro hired aku, konpem kezutan2 yg aku wat bakal me'meninggalkan' byk nyawa yg tak berdosa. hehehe jadik sesama la kita menanti apakah kezutan yg bakal aku umumkan. kalah manifesto paklah. haha

till then. jgn lopa g pangkah! (kalu nak tanda rite pon bleh...:P)

Friday, February 22, 2008

..undi la saya. ha ha

sape sini dh cukup umo? sape sini dh daftar ngundi? sapa sini org BN? sapa sini org MIC? sapa sini nak undi aku?hehehehhehehe

hari ni aku dpt msg dr malaON a.k.a JU-ON. haih. aku tak paham pompuan ni. ade ke msg aku sesudah subuh semata2 nak bergosip pasal wakil ADUN dan parlimen kwsn ampang? ape ke he? kalu nak gossip artis ni mau gak aku layan. ni gossip pasal politik? silap umah betul la pompuan nih.

bleh dia msg aku. woi pompuan, ko jgn pangkah wakil parlimen ampang tau! dia tu opismet kakak aku punya mak. dia eksen gila. ko jgn pangkah BN tau!!! ko free tak skang ni? meh aku kol ko. nak gossip nihhhhhhhh!

aku cam,.. ????????

haihhh...lotih den. aku ni mmg le nak kuar mengundi sok. sukati aku le nak pangkah sapa. kan ke undi tu rahsia. kot2 aku rasa colan keadilan comel ke, colan pas comel ke, aku pangkah le. kalu colan BN tu sama comel gak, aku pangkah le tiga2 skalik. kan? suka aku le. ke aku nak bwk gambo pasport aku, pastu aku tepek kat tepi tu, pastu aku wat, colan tambahan kawasan ampang. kui2. pastu aku pangkah besau2. sapa nak marah aku?? haaA??ingat khir toyo makan tempe kulit cantik cam anita swak aku takut????? :P

aku pon tak kenal sapa colan2 kawasan ampang ni. norsiah ke, norkiah ke, joyah ke. sukati la korg. aku takde masalah. hatta kalu dibubuh colan2 kap lam ya nga pon aku still tak heran. janji jalan masuk ke umah aku tar cantik2 takde lobang. kalu ada lobang, aku lobangkan muka colan2 tu sekor2 kat kertas undi tu. sila jangan cabar aku. hehehehhehe

kepada yg keluar mengundi tu, wat la pilihan bijak. anda yg menentukan nasib kawasan anda. esok kalu kwasan korg takde lampu jalan jgn salahkan adun. sila salahkan sa'edon. kui2.

dah la. aku nak g mandi. jumpa pada hari penamaan calon nanti ya. :)

chiow!

..bapak calculator



aku nasehatkan kepada pengusaha restoran2 dan pengusaha kedai makan di warung2 kecik maupun sederhana supaya memiliki calculator bapak besau ini supaya anda tidak akan membuat silap apabila mengira harga2 makanan pelanggan anda. calculator ini boleh dilihat dari jarak 500m, hatta sambil memejam sebelah mata pon boleh nampak nombornya yg sudah terang lagi bersuluh.

sila dapatkan calculator ini di city square ground floor. limited edition. cepat! sebelum kehabisan stok.

hahahahhahahahaha

Wednesday, February 20, 2008

..meh nengok gambo

huhu. sori naik lori la ye kengkawan. gue kebelakangan ini asek kebizian ntah pa pe mende. mende yg aku buat pon tak tau. ha ha

so hari ni, aku ade mood sikit baik, maka aku bubuh le gambo2 ke banting itu hari. saksikanlah gelagat2 cik kiah masuk estet. kui2. diana, kalu ko ade sure lagik havoc. kalu macita ade pon havoc juga. isk. next time le. umah hele tu amat sesuai utk kita wat barbeque. nanti kita plan ok. sure best gila.
honey + danny .. pergh..masuk tu nama dorg. hahahha bleh berbesan dak hele ngan ogy nihhh.. :P

one happy family..

umah tuan tanah... :)


danny. muka mang nakal kan? isk. anak sapa la nihhhhhhhh. tp aku suka sbb dia panggil aku kak enon. hahaha. terasa muda remaja i...
eiryn...ye ke heja camni hele? pedulik le. tp yg nyata budak ni mmg comel gila. tak macam mak dia. hahahahhahahhahaha


ahli2 mejlis. pengerusi di depan skali tu. aku ajk makanan jek. ha ha

***nanti aku bubuh gambo lagi aaaaa...mcm lambat je nak uplod. to be continue

Sunday, February 17, 2008

..mari ke banting

hari sabtu hr tu kami ke banting jln2 carik pasal kat ladang kelapa sawit. tuan rumah, pn halina telah berbesar hati menerima kedatangan kami2 ini walaupon pada hakikatnye tak berapa nak terima. hahahhahahaha

aku hengat hr ni mcm mau hupdet. tp skang idea tarak mari la plak. nanti esok aku hupdet ye. sabo ye kengkawan.. gambo banyak nau. terutama gambo tuan umah. byk nak kena delete ni. aku nak bubuh gamba anak tuan rumah je banyak2 pasal aku rasa anak tuan rumah yang sorg ni dh berjaya mengalahkan kegorgeousan anak kawan kita yang terpaling gorgeous, kak siti noghmala... :P

jadi, olehkerana keje mendengki aku banyak, maka aku posponed le bubuh gamba tuan rumah itu. ha ha

tunggu esok aaaaa. sure ghamai berguling2 nak menjadi besan kepada tuan rumah. kui2

till then.

mari la mengundi. :)

Sunday, February 10, 2008

..hyeyaaaa!

..pekabo? lamo tak nampak ye. tenggelam tenggelam timbul. ha ha. jgn tenggelam terus dah le. den takdo nak kasik bantuan pernapasan yo..kot muko cam shah rukh khan takpo. kot muko cam haruns salims bachiks, p men jauh2. ha ha

lama tak menaip entri baru. 2 3 hari ni tak berapa sehat. batuk. demam. selema. selema dh nak baik. demam pon. batuk je nih...sampai habis separuh botol ubat batuk gue minum, tak jgk baik2. camno la nak baikkan, ais pon gue lantak minum. ha ha tahun depan je la baikknyaaaaaaa ..:P

semalam aku g jalan jauh. g kenduri kawen. member opis. kengkadang cam nyampah je ngan dorg ni eh. bila kita tanya, eh korg ni couple ke? yang pompuan kata, eh takde la. yang laki lak, mana ada. ko dgr mana nih?pepandai je ko nih... last2.hambik. kawen. nak je smalam aku g sepuk pengantin sekor2. hehehe. konon nak berdolak dalik macam artis laa...alahaiiii...tolong la. macam la kl ni kecik seciput oghang takleh nampak korg berasmaradana kan....adei..lotih den. aku kalu bercinta aku canang satu malaya. heh heh sumpah aku tipu! :)

kenduri belah pompuan kat bagan datoh perak, (yang laki bulan 3, kat parit sulong, johor. tu pon g jugak la. pasal dua2 kenal) ,..jauh kan? kat perak nun. olehkerana itu, smalam aku wat bohong sunat ngan mak aku. aku kata nak g kenduri kawen kat kuala selangor. dgr kuala selangor pon mak aku dah menjerit ala2 ning baizura, apatah lagik kalu aku kata g perak kan. lagik la jerit ala2 kesatria baja hitam..he he jadik olehkerana takmo mendengar bunyik yang maha hebat, aku wat bohong sunat je la. tawakkallah je. lam hati mintak ampun banyak2. jauhkan dr bala.. lagik pon mmg la aku lalu kuala selangor. cuma lajak kedepan sket je. heh heh. tak nipu kan?? :P

perjalanan memakan masa selama 3 jam setengah. sbb? pemandu nye sangat la berhemah. lelaki pula. 80km sejam. tidak lebih dr itu. hazab gila.. tp sbb menompang kete orang kan, aku senyap je la. dh la ngan kepala piaw2...batuk lagi. bersin tak sudah. malas nak cite banyak. kang kalu aku banyak bunyik dorg tinggalkan aku tepi jalan. kan lebih hazab gtu? ha ha bkn aku ada sedara mara kat blah2 sinun.....adei. menahan sabau je le..

masa sampai, pengantin laki pon baru sampai. baru nak bersanding2. org baru nak bersilat2.. aku pon bsilat gak. bsilat ngan nasik minyak. ha ha. lapau gila. mau tak? 3 jam setengah ok. air bercwn2 aku minum.. panas dan berlengas.

aku tgk pengantin laki ngan pompuan cam seksa je sarung kain songket tu. haih.. aku dah set. kalu aku kawen sok, no songket2. panas gila. kalau wat kat dewan ka, ok la. ade aircond. ni tgh2 panas. adoiiii...kenapa nak menyiksa diri kan? berpeluh2 muka pengantin..kasihan.

oh. smalam jugak aku saksikan sepasang couple lagik. pon bila ditanya, adakah anda bercinta? jawapannya..tetttt....mana ada.!!

alahai..udah2 le blakon tuh.....kalu dah duduk bersama2, datang satu kete, mesra alam flora fauna gitu, nak nafi2kan lagik? kalau korg kawen takyah jemput aku pon takpe la.aku tak heran. heh heh. aku sebenarnya ala2 meluat gak. yang lakinya muka eksen gila. yang pompuan nya muka poyo gila. konon lawa cantik bergaya ayu jelita. pastu bila org puji, eh cantik la mekap gini, lagi la kembang setaman kan. adei. yg memuji tu pon bkn puji sungguh. he heh..geng aku gak tu. saje puji nak tgk reaksi. hahahhahahahhahahha. jahat sungguh!

lepas majlis abes, maka kitorg pon blah la. takkan nak duduk lama2. nanti kena basuh pinggan. bek lari dulu.

acara seterusnya, menyinggah dirumah kengkawan kat sg besar nun. aku cam jakun la plak tak penaaaahh sampai sg besar. tapi yang heran aku tak nampak pon sungai yang besar..?!?heh heh

pas menyinggah2 tu, balik le...sambil benti2 tepi jalan,...beli jagung rebus, beli mangga muda, beli pisang tanduk, pisang nangka.. kepek pisang. tu sume penting untuk dijadikan bahan bukti yang aku mmg g kuala selangor. hah hah.. kang kalu mak aku tanya, ni beli kat ne? kuala selangor mak. haaaaa..kan takde further question ask. tanpa ragu2 mak aku caya. kuala selangor kan mang terkenal ngan hasil tanaman sebegini. selamat la aku. hehehhe

perjalanan balik tu aku rasa lebih lama berbanding pegi. sbbnya byk menyinggahkan. sampai kl lam kul 915.. aku dh risau gila takut ayahanda lak tunggu depan pintu. dah malam baru ko reti nak balik? haaaa..pe nak jawab? kang pisang kemana, aku kemana.. jadiknya aku pon pecut la ala2 formula 1. sampai umah, tgk dorg takde. adeiii..penat je aku menensenkan pale otak. baru teringat jiran sebelah umah aku meninggal raya cina hari tu. jdk kan ade kenduri. makanya tentula mereka berada disebelah umah. hehh selamat makcik. dah la sakit pale bagai. batuk2 lagi. terus mandi. tdo. tdo juga sebagai bukti yg aku sangat penat dan kalau dorg balik tgk aku dh tdo,maka takde la kuliah sesudah isyak berlangsung. hehehe. anak sapa la bijak sungguh nihhhhh.. :)
ok. sebelum korg blah. tgk la kat tepi nun. aku ada binatang peliharaan.. kalu rajin kasik le makan ye. kalau tak rajin pon takpe. aku tak kecik ati. busuk2 pon putus kawan je la. ha ha

chiow!!

Tuesday, February 5, 2008

..hampagas!

mlm td aku p pekena ice blended coffee hazelnut kat oldtown. sudahnya sampai ke pagi aku susah nak tdo. memang menempah tiket je sebenarnya. mang dh tau kalu minum segala bentuk minuman berkafien pd waktu mlm makanya mmg la tak boleh melolapkan bijik mata yg besau ini. dah tau kan..tu la. gatal. tp takleh nak tolak pasal cust yg ajak p minum situ. aku pon ye je la...gatal miang. camtu le.

pastu balik umah dh kul 12. leh lak sambung men scrabulous ngan dak wan sampai kul 130. apa nak jadik ntah. lepas wan tdo, aku pon angan2 le nak tdo gak. pusing kiri, pusing kanan, takmo pejam. pastu terhegeh2 dok byg antu budak kecik ju-on tuh. kot2 terappear kat tepi katil gue ke. hahahahaha. pastu leh pulak dok terbyg antu bungkus golek2 atas katil. haaaaaa segala macam antu la aku dok byg. ni sume hasil dr menengok cite hantu dan juga emel2 yg mengeluarkan gambo hantu. abes sume aku terbayang.. last2 aku on laptop balik dn pasang mp3. lagu apa2 je la. janji bunyik. ntah kul bp ntah aku bleh tdo. agaknya kul 5 kot psl aku cam mamai2 dgr ayam mak aku berkokok. aku rasa cam baru je nak tdo. .. memekak betul la ayam nih!! lam kul 800 mata aku dh celik balik. nak tdo, tp pk mcm2 bende nak wat, kena la bangun, mandi, makan, g opis.

haih....penat dan letih semacam kalau tak cukup tdo nih.. hari ni aku sampai umah awal. kul 5. tujuannya nak tdo. tp hampeh.. ngada2 kan mata aku. dh bgolek2 atas katil takmo tdo. ms aku tgh drive td bkn main kuyu jek mata... last2 online sambil main scrabulous. lagik. dan lagik. dan lagik. isk.

dah la. nak g tdo la. perut dh kenyang. apa lagi yg lebih molek dilakukan selain dr ZZzzzZZzZZzZzzzzzzzzzz.....


chiow!

Monday, February 4, 2008

MISSION mengecat bilik...

aku ada mission raya cina ni. mak aku soh cat bilik along sbb bln 3 ni dia ngan family nak balik mesia. bilik along aku sgt la tak cantik sbb tak penah2 cat. ha ha macam la cat bilik aku lawa nau. mak aku ni masa raya kita takmo lak disuruh aku mengecat (mcm la aku nak mengecat nau. heh). ni raya cina sebok lak nak suruh mengecat. aku nak g gong xi fat choi.. nanti tak dapek la aku angpow. kan ke rugi tu?? isk isk. menimbulkan kemarahan betul la. :P

td aku g la survey cat. bkn jauh pon, kedai customer aku gak kat bdr baru ampang tu. dia byk contact cina2 kedai hardware nih, kot2 la leh dpt murah sambil mendapatkan advice cat mana yg cantik dan tahan lama. 3 4pamplet dia kuarkan sambil memberi panduan panjang lebar. ada cat murah tp tak tahan lama. ada cat mahal tp kdg2 susah nak carik kaler yg kita nak., sbbnya cat mahal tak byk permintaan, jd dorg tak keep la sume range color. katanya. aku pon tak tau la kesahihannya betul ke idak..

dan aku pon dah la merembat pamplet2 cat itu utk dibawak balik supaya mak aku bleh pilih kaler mana yang berkenan dihati. kalu ikut hati aku, nak je aku pilih kaler merah terang benderang tuh. seiring ngan gong xi fat chai kannn... heh heh. baru meriah dolah sket bilik along aku. ha ha ha mau kena sekeh ngan mak aku nanti. dah la living room aku dh macam tadika. kaler purple. tak masuk bilik aku lagik, kaler ijau. dah macam utan. hehehehe. aku ingat bilik aku pon nak kena tuka kaler gak la. kaler pink. kui2. ladylike gitu. mau mak aku muntah darah masuk bilik aku. muahahahhahahhaha

sapo2 yg ada pengalaman mengecat bleh la bagi aku sedikit tips yg berguna utk aku applykan nanti. aku cat2 ni main ikut sukatinenek aku je. elok campur air ke, elok undercoat dulu ke.... elok aku cat ngan siling2 skalik ke. heh heh. over la plak. bek aku cat bumbung rumah terus kan?? kui2..

doakan aku berjaya. mudahan2 berat bdn aku pon bleh turun masa mission mengecat tu nanti. hahahahhahaha. itu la sbbnya gue sanggup mengecat bilik along sbb teori aku bila mengecat kita pakai byk tenaga, turun naik tangga dan seiring ngan itu gak kita leh bakau lemak.

kalau teori aku salah, aku blanja korg eskem 2posen. heh heh

chiow!

Saturday, February 2, 2008

..hyedihoe!!

dh banyak hari aku tak masuk ini blog. ini sume salah wan. sila bangun wan. ko yang menyebabkan aku menjadik sangat malas nak hupdet kerana sudah jadik sangat-sangat addicted to scrabulous. rekod tercipta satu malam bleh jalan 2 game sampai kul 330pagi pd hari bekerja. itu namanya gila ke sewel ke sengal? selain itu aku juga sangat sebok mekala akhir bulan mmg aku tak menang kaki dan juga tangan, dan sedikit kewarasan mmg sgt2 membantu.

aku ada banyak nak story tp takleh la nak ikut kronologi. aku maleh dah nak ingat yg lepas2 aku wat apa, aku mandi kul bp, aku makan apa, ngan sapa, dimana... lotih dah den. hari ni aku nak cite ptg td aku jumpa junior aku masa kat asrama yayasan selangor, asrama toh puan norashikin kat kg pandan. thanx to frenster. masa aku form 4, dia form 1. satu bilik ngan aku. aku paling ingat dia sbb dia sangat la comel.. bagai dipam2. dan dia paling ingat aku sbb saiz mata aku besar dr dulu sampai sekarang. mmg la kan. hahahha. saiz mata sume org dr baby sampai skang mmg la pd saiz yang sama.. kalu membesar aku rasa sure anita swak tak secantikplastik sekarang. hehehe. sempat lagik mengata. :)

sepatutnya jumpa semalam tp sbb aku ada ramai kengkwn yg guling2 nak jumpa aku. heh heh. jadik aku postponed jek perjumpaan itu ke hari ini.

aku arrange tempat n masa. bila aku arrange, maka mesti la berdekatan ngan ghumahku iaitu ampang point. tp aku lambat setengah jam sbb urusan2 dirumah yang kena settle. lagipon hari ni lam sejarah aku bangun kul1030pagi. padahal semalam aku tdo 1230pg. still awal berbanding 330pg masa wat keje gila main scrabulous sampai pagi hari tu. gila betul. wan la nih. heh heh

olehkerana aku bangun lambat, maka keje2 dirumah pon settle lambat. sib baik la junior aku ni sorg yang memahami. takpe kak. saya tunggu. huhu. sib baik..

aku tak sempat nak snap gamba bdk comel ni sbb terlalu banyak cerita nak dicover. bygkan la since kuar asrama 1994 tak penah jumpa. masa tu dia kecik lg. baru 14tahun. td bila jumpa, aku bygkan dia sudah membesar bagai johan. rupanya tak, johan yg besar, dia tak besar2. heh heh. cam aku gak. dr dulu sampai skang ttp saiz yang sama. so bila muka kanak2 riang ni berjumpa, sangat la havoc mcm amp point tu aku yg punya. first thing aku buat ialah cubit pipi dia yg gebu itu sbb sgt geram. pastu terus la proceed ke tempat makan, apalagi kan. takkan nak jumpa borak2 kosong takde kunyah2. ha ha jadiknya kitorg g la kenny rogers. tempat yg tak ramai org dan bleh cerita cam kedai tu sendiri punya. aku mmg gila kuasa kan. sume bende aku rasa cam aku ada share. ha ha

nama junior aku tu shikin. dulu grad UUM. skang keje sebagai tax manager kat setapak. sekangkang kera dr umah ko cheq. jdk sesapa yg maleh nak kira tax sendiri, bleh la hire dia utk mengirakan tax utk korg. charge rm480 utk keje mkn gaji, n rm550 utk bisnes tax. promo la plak. hehehe. aku tau korg2 ni sume kaya2 kan. bila time nak submit form income tax jek sume pening cam tiada hari esok. heh. jdk ini la solution nya. maka ngan itu, kontek la aku kalu korg nak service dr cik shikin ini. tima kasih.

kat mana aku td eh? haha. sebok nau pomote org lupa dh apa nak cite.

aku borak ngan shikin lama jgk la. dkt 2 jam. sampai meja sebelah dah berganti org yang berlainan sebanyak 2 kali. gila lama tak lama sembang tak ingat dunia. bila shikin ni sebut nama bdk2 junior yg lain aku mcm ilang ingatan la pulak. mana la aku nak ingat sume2 bdk kan. ngan nak hadap peksa spm masa tu. mano la den nak ingat. tp yg pasti dorg ingat aku. heh heh.. mcm la glamer nau kannnn

ok la. aku takde idea lak nak merapu apa. nanti aku pkirkan2 next topic. sejak dua menjak ni cam maleh jek nak hupdet. ni sume salah wan. lagik. hehehehhehehehhehehehe

chiow!