Sunday, January 6, 2008

..what the **** ???

boring aa main game kat facebook. asek kalah jek. bodo punya game. sapa wat game tuh? tak kasik can langsung aku nak menang!!! cis! cis! cis!!!

ok. aku nak updet lak. tetiba teringat satu cerita kelaka bodo piang. kejadian berlaku: last week, hari sabtu bersamaan 29hb doblas - kul 3ptg.

apa kes? haaa..meh aku nak cite. hr sabtu last week, dak wan dtg lepak umah aku. (parents aku kan kat spore time nih. tu yang lupa daratan seketika). saje2 je melepak. takde wat apa. ingat ati nak kuar makan. tp dek kerana kemalasan melanda, ktorg order dominos pizza shj. sangat sedap. sehingga menjilat jari kucingku. hahaha

sesambil makan, sesambil layan tv. olehkerana hari itu nasib tak bp baik, astro kat umah, seperti biasa: services currently not available. korok! nak tak nak, TERPAKSA hadap tv1.

tajuk cerita tersebut ialah: radio gaga. apa kaitan tajuk ngan jalan cite pon aku tak paham. tgk tajuk je dah pelik kan..

aku takde niat nak ngutuk cite melayu. tp kan. kalau korg baca ni nanti, sure hati korg membuak2 nak mengutuk jugak. cuba la korg bayangkan. ceritanya.. ada 2 org saintis di sebuah kompeni IT tempatan. saintis pertama seorg perempuan memakai wig ala2 david arumugam (namanya tidak la kutahu). di situ sudah menunjukkan kelaka tak hengat. pastu, saintis kedua lak, sorg lelaki pemalu, ala2 hensem, ala2 cerdik, dan ala2 poyo (sapa nama mamat ni, zack xfactor ke?sukati la. aku mang tak penah minat tgk dia blakon) pastu ada la pulak watak pompuan gedik ala2 bodo juga sbb kompeni itu bapak dia punya (lakonan diana rafar) jdk dia berada di opis semata2 nak menghabiskan duit bpknya sahaja (bpk: mahmud ali basha).. heh heh. di samping itu, ada juga watak seorg lelaki yang tak reti wat keje tp perasan dia terer dan hensem (lakonan ezany). jahat ok dia nih.

jln cerita: pompuan saintis n zack cipta sesuatu (nanti aku xplain), then, diana suka ezany. ezany pula perasan hensem. dan ezany juga perasan dia yg cipta formula ntahhape2 itu. zack minat diana tp tak berani kasik tau. dan, oh ya. lupa ada watak kucing dlm ini cerita. kat ofc korg ada tak org bwk kucing ke hulu ke hilir? takdekan? cite ni kan. ada. sgt amazing.

ok. apa yg dicipta? sila baca betul2 ya. saintis2 itu telah mencipta KRIM ANTIVIRUS yang boleh menghapuskan virus2 di komputer jika kita sapukan krim itu di mana2 komponen komputer. what the ****?? SILA LA GELAK KUAT2. nak guling2 pon takpe.. ;p

konsep cerita saja sudah menampakkan ketidakcerdikan. oh!! kenapakah?? masa demonstrasi nak bunuh virus2 tu lagi kelaka. bleh tak saintis rambut arumugam tu kan, g sapu krim antivirus itu kat skrin komputer (which is terang-terangan mende alah itu adalah screen saver dan di claim sebagai virus. oh, macam tu rupanya virus eh? teori sapa dia hambik nih???). pastu kan, tadaaaaaa!!! virus2 itu sudah hilang! dan apa yang dipaparkan adalah background desktop yg gamba padang tuh (namanya bliss. bleh check kat properties korg). oh. kalo background desktop tu, virus mati la? pandai. sangat pandai. aku nak sgt p salam kat penulis skrip cite nih.

dan nak menambahkan kesedapan cerita ini, kononnya di awal pembentukan krim itu yang masih belom stabil, krim tu takleh disapu dimana2. akan tetapi, tetiba je krim tu kan, tertumpah kat mp3 player, pastu sapa2 yg pakai earphone mp3 tu bleh dgr isi hati orang sekeliling. dan tidak lupa juga, bleh paham ckp binatang ok... bravo! bravo!

kalu bill gates tgk cite ni, konpem dia menitiskan air mata...

nak dijadikan cerita lebih menariks, diana ni g mana2 pon asek la dgr mp3 player dia 24jam. maka hasilnya, dpt la dia mendengar kata2 ezany lam hati yg selama ni hanya pura2 sukakan dia sbb dia anak tokeh kompeni. gila2 punya kutuk la..muka tak lawa la..muka cam makcik cleaner la... so ini pompuan sudah kecik ati. pastu si kucing lak tetiba leh discover yg ezany tu rupanya2 ada rancangan jahat nak p jual formula krim kat kompeni lain, dan kucing tu pon kasik tau diana. this is the best part. diana tanya kat kucing tu, betul ke apa yg awk cakap ni oscar?? pastu kucing a.k.a oscar tu pon jawab, ye...betul....kucing mana pandai menipu..??

LOL!! tuan2 dan puan2, ada fakta ke sebelum ni mengata kucing tak pandai menipu? ada ke? ada ke? ke ada?? hahhh??? oh. i'm speechless.

start dr situ satu2 kegiatan ezany pon terbangkar. pastu dia pon kena buang keje. last2 dia keje jdk badut berdiri kat tgh2 jln antara traffic light bkt bintang sambil mengedarkan flyers. teruk benar jenayah terancang dia tu sampai takde org nak hambik dia keje..jdk badut je sudahnya. sadis!

pastu biasa la, hero dan heroin, zack ngan diana pon couple. pastu lak tetiba je kan, formula krim tu tak dpt kelulusan kementerian (aku tak sure la kementerian mana yg dorg apply tu, kementerian kesihatan ke, kementerian sains dan teknologi?) pastu, ntah camana, krim tu lak bleh secara tak sengaja terkena muka saintis yang rambut arumugam itu, dan secara tiba2, muka dia menjadi muda remaja (muda sepuluh tahun katanya) ciri2 menunjukkan saintis tu muda ialah dgn menukar wig arumugam itu kepada rambut ala2 datin qistina spa-Q. hahahahahahahahahahaha muda sangat la tu kannnnn...huhu

tu je citenye.

korg tak rasa nak ngutuk ke? haa? aku ngan wan tengok cite ni sampai abes pasal kitorg nak sgt tgk sapa penulis skrip itu.. sib baik aku tak kenal. kalu kenal, lagi berbakul2 bodo aku ckp kat dia. isk. macamana dorg leh wat cite camni dan camana rtm tergamak menayangkan cite tu?? bak kata dak wan, aku ingat cite mendam berahi dah habis bodo dah...ghopanya ada lagi cite yang bodo dr mendam berahi. just imagine the kebodohans...*sigh*

abes, nak salahkan kita tgk cite omputih sokmo?? kalau wat cite camni, baik la aku hadap cite hindustan atau tamil kat astro vanavil. at least, dorg lompat2..tumbuk2 harggh dush sana sini, menari keliling pokok, tuka baju lip lap lip lap seratus kali pon still, ada gak moral of the story.. kan?

pengajaran: lenkali kalu hr sabtu, astro tak function, elok tdo je. takde dosa aku ngutuk org... dan korg pon takde dosa join ngutuk pas baca cite aku. ha ha

dah. dah. p wat keje nun!! ;p

6 comments:

Ceera said...

hahaha.. kutuk2 pun tengok sampai abis jugak kan, =P

ala, ni citer nak tangkap muat punye...

WaNz said...

diulangi, kita tgk sebab nak sangat tau sapa script writer.. kalu tak memang kitaorang tido jerk kan Enon? hehehehee.....

shasha said...

tu lah..bila aku puji citer omputih..kata aku ni lupa daratan..sapa la nak nengok citer tak masuk akal camtu...org gila bole la layan..hiksss..

peej said...

muahahahaha..gelak sakan ok baca..sebab???aku pun tertgk cite tuh..
sbb abg aku bukak..pastuh tv tgk die..pastuh aku yg tgk..sbb astro xde..dah la pakai lagu game the sims ok..*note:aku the sims freak*
mmg bodoh gile ok cite tuh..tau xpe..sampai jadi badut ok..tapi masa tgk tuh dah separuh jalan tgk..so permulaan x tau la..n saintis tuh x lawa pun..still nampak tua..cuma kasi make up lebih n rambut je lain..tah apa2..

enonz said...

ceera,
cite tangkap muat yang bodo. sib baik yg nengoknya agak cerdik. ha ha

wan,
ya betul. moh le kita ke mcD. ;p

shasha,
adakah gue ini org gile kerana melayan cite sebegitu? meh sini ko. hamboihamboiiiii tak hengat ngata tuan tanah aaaaaa

peej,
kita serupa. tertpu oleh kebodohan cerita bodo semasa astro menjadi asterok.

bodo punya asterok!!!

Anonymous said...

sapa suruh layan??? baik kalo takde keja tu tengok channel CERIA.. layan cite THOMAS & FRIENDS ke, BOB THE BUILDER ke, HIKAYAT PUTERA SHAZLAN ke, GENG BAS SEKOLAH ke.... ada pekdahnya.. hahaha.. takpon cite MARI MENGAJI @ dekat dihati/tv9