Saturday, March 7, 2009

..nose bleeding

rentetan dr demam, selsema dan batuk hari tu...membawak kepada idungku berdarah masuk kali ke 3 smalam. last week 2 hari berturut2 bdarah...mak aku kata kalu kali ke 3 berdarah gak g klinik check if ada pa pe yg tak kena.

semalam tghari aku g bangi anta form utk hosp claim...soh customer g anta sendiri tak nak. padahal dr umah dia tak sampai la 10menet. nak wat camana, customer kan...layan je le. pastu leh marah2 lak kata nak wat claim lambat.bukan aku yg dok kat claim department tu. kalu aku yg dok lam tu apa2 claim sume aku kasik cepat. ni kang nak kena kol sana, kol sini..kang org tu kata, eh sy tak handle la kes ni, pastu pass, pass pass..sampai ke boss dia. pastu boss dia lak kata eh apsal kol sy? staff sy tak handle ke? pemalas punya staff!nanti aku piat tinga seko2. tak pasal aku lak yg kena dgr makian dia. tak patut sungguh. tu maleh nak kol. bek aku mandai2 settle sendiri. kalu lambat gak mang aku cepuk seko2.

pas g bangi aku shoot balik kl terus. dah kul 430ptg takut terkandas lam jem. seb baik lam kul 5 sampai sg besi dah. ingatnya nak terus balik umah, tp dh kol dak mala nak singgah kedai, nak anto sabun. huhu. sabun ko macita--lama gila aku peram kat umah. :P

tp aku ni cam gatal nau nak g jusco maluri, nak beli kasut..kasut aku dah tak serupa kasut. dalam dah tanggal. huhu. laki aku leh gelak2 tgk kasut aku. aku ajak g beli hari tu tak sempat2 lak. jawabnye beli la kasut sendiri. sambil2 nak beli suar pegnen skalik kalu ada bekenan. lama gila kata nak beli2 tak beli2. nak tgk baju2 lg, baju bahagian dalam pun nak kena beli nih. haihhh..duit skang cam air je....

elok je sampai jusco, nak terkenc*** lak...haih..g la toilet, pastu ati tu jahat, ingat nak g shopping dulu baru semayang. abes dah alang2 nak g toilet sebelah surau, elok le semayang dulu. elok je nak amik air semayang aku tgk ada darah kat tangan. eh...pesal nih? pastu basuh muka, darah lagi. sah, idung darah nih. makin banyak aku lap, makin banyak kuar. takleh jadik. kena chiow g klinik. watnya aku terpengsan kat sini sapa nak angkut aku. macam la bleh terpengsan kan idung darah. hahaha. ober ok.


lam kul 530 aku kuar...jln jem lak. adei..mang le.hari jemahat kan. nak elak2 skali aku sendiri sangkut. tp sib baik la aku tergerak nak g surau dulu. kalu aku g tgk2 baju dulu mau berdarah2 sume baju aku pegang. kang tak pasal aku kena beli. oh tdak!!


sampai je kat klinik, kebetulan tak ramai orang. lam 2 menet dh masuk. doktor tu tego aku masuk bilik dia cam nak marah. hahha. aku bkn marah. aku panik. aku takut pa pe jadi kat baby...aku salah makan ke apa. doktor tu leh betenang2 kan aku kata biasa pegnen mang camni.kadang2 idung darah, panas sangat, kurang minum air. tido tak cukup (ni aku terlebih tdo dh.huhu) pastu sebab aku selsema hari tu pon menyumbang gak kepada idung berdarah. hembus ingus kuat nau. ni la hasilnya. ober kan. abes, dh tersumbat, block nose. camana aku nak bernapas? aku hembus le kuat2. mana nak tau bleh luka lam idung. huhu.

selepas dia korek2 kuarkan apa yg patut, dia kasik ubat makan n titik lam idung. sume skali rm70. hambik! tak dapat kasut, baju, dapat ubat. lari bajet aku. isk..kena tunggu le gaji yg berikutnya..


balik kena bebel ngan mak aku pesal g klinik mahal2. aku cakap klinik tu ada kelas. hehehe. mak aku kata elok le. nak kelas sangat bayo je le. watpe balik bising2. lalalalallalalalala~~~~~~


tu je le cite aku. balik umah tgk bakal adik ipar tgh wat kuih tart gulung. rajin seh. adik aku cari bini keje hotel gak. pandai masak, pandai wat kuih...hari2 mak aku puji. naik tanggal cuping tinga aku dengar. aku ni kan pemalas. nak wat kuih?? kem salammmmmm..huhu


tu nak bodek le tu. pe lagik. sisi jahat aku kata. hahaha

ok le. aku nak rilek jap. ingat td nak tdo. abes malam tadi dr kul 830 sampai kul 4pg bantai tdo tak bangun2. hehehe. baru idung berdarah dah ghopa cam nak mati. kui2.


chiow!

0 comments: