Tuesday, August 17, 2010

mari ke mesjid kg baru amik bubur lambuk yg nyum nyummmmm

inilah manusia yg bertanggungjawab mengheret aku ke mesjid kg baru sbb nak makan bubur lambuk free. muahaha.sanggup tu dtg awal gile walaupon ujan sepoi2 bahasa, redaaahh jugakkk.layanzzz

muka dah macam ustazah ni kan, mang elok la p amik semayang, semayang skalik lam mesjid ndaknye...ni tak. org tgh semayang ko sebuk beratur, melepak sambil bergossip dan paling lahanat skalik ngutuk reporter sokabar sinar harian yg dtg wat story pasal bubur mesjid kg baru ni, tp pakaiannya...alahai...suar jeans, baju ketat kaler putih (bdn agak gempal; kalau ko tenung depan blakang nampak bra) pastu tudung ala2 selendang mak limah ke hape, tp blakang nampak rambut panjang.cam, baik la ko takyah pakai tudung itu. huhu.mmg la kan..diorg ni mang saje bg aku wat dosa2 kering--- sambil beratur, sambil ngutuk di mesjid. astaghfirullahalazimmmmm...maybe kalau budak reporter tu takde td, pahala aku mungkin berganda2 sbb takde sebab musabab aku nak wat dosa kan. hampeh buah kana betol la. sib baik aku mang tak posa. eh. haha. termengaku laks. ^_^

sila la beli sokabar sinar harian hari sabtu ni kot2 terselt gambar gue tgh ngata tak hengat.hehe

dalam idop aku, ni la first time aku beratur kat sini semata2 nak makan bubur lambuk. dulu2 aku pakat ngutuk je diorg ni (esp lelaki2) yg beratur panjang nak amik bubur ni.cam bleh je ko g beli kat tepi2 tu, watpe la bersusahpayah beratur amik bubur?dan agak musykil jugak masa tu pesal ramai laki je yg beratur, takde pompuan pon?

sekali, masuk dlm, haaa...mmg sudah ramai umat kat dlm tuh,...pompuan beratur kat belah dlm ghopanya. aisehh..baru gue tau. patut la selama ni nampak laki je. ghopanya kat dlm ada lane khas utk pompuan daaaa....makanya, aku pon termasuk la lam statistik beribu2 umat KL yg sanggup beratur nak makan bubur lambuk. tp not so many la pompuan2 pon...lam byk2 tu ada la terselit sorg dua laki yg cam dah sebulan posa kan. elok je melepak kat tempat pompuan tuh. elok je aku snap gamba, terus dia blah. sib baik sindiri paham.
mula2 tak berapa nak ramai sgt manusia..lam  kul 430 camtu..bdk2 3 org tu sgt over p beratur awal2. padahal lg setengah jam baru diorg kasik.aku cam hengat nak p beratur blakang diorg, heh. tp cam  masih sedau diri kan...kalau aku tau ada lane utk bdk2, aku bawak aina skali p beratur. (sok kena lempang ngan encik suami. hehe)


ni  barisan pompuan ok. tgk la..sanggup tu bawak anak beratur skali.yg minah depan tu anak dah 3 kot, laki dia beratur kat luar, dia kat dlm. yg bwk baby kecik ni lagi la...adeii.sanggup tu.kalu aku anak besar tu, elok aku dok umah je. tak koser aku nak beratur2.sian kat budak la. bkn patut time2 tu dia tdo ke?

whatever it is,aku rasa ni la first & last aku dtg sini. bkn sbb apa, bubur dia mmg sedap, tak sia2 ko beratur.tp nak balik tuh, jalan jem gila babaiiii...kalau aku posa, mmg tak dpt pahala langsung la kan pasal asek bebel dok maki kete2 lain. haha. itu mmg hobi tatkala jem. pastu asal nampak pompuan bwk kete bmw or mercedes, mesti berganda2 makian aku. camana dia leh dpt  aku tak leh dpt?hah????rasa cam nak p tahan je kete diorg ni tanya mana akak dpt duit beli kete besau2 ni??? rompak bank ke?sugar daddy ke? bpk datuk ke??dsb. oh. byk gila soklan aku.selayaknya aku mendapat sedas penampau.
tetiba tukau topik kan. hehe.

pastu bila ko balik, ko dismabut mesra oleh tuan tanah takpe gak la kan. dah beratur panjang, pastu jalan jem lagikk...TAPI,  bila aku balik, elok2 je tutup pintu kete, mak aku dah jerit...oooiii...org jauh sampaiii...g amik bubur lambuk ke, g tolong masak skaliiii???

pakkal je mak kan. kalau tak hengat mak, sebungkus bubur itu kusumbat kedalam mulut yg bersuara itu. hehe.dosa lagi.

astaga. harap2 sempat la sampai raya mintak ampun maap ye mak...*_*


selamat berpuasa!

Monday, August 16, 2010

kejap je.

kalau time camni last year, saya masih terhogah2 gembira sbb masih lom beranak. haha. rasa mcm takut nak beranak, tp lek2 je. anggap je sume ok. sekali ko.hambik. sgt la sakit tuhan sj yg tau.huhu.

tup2 ni dah nak dkt setahun dah..alahai..kejap je ek. 1st ramadhan hr tu g bazar kat bdr br ampang, teringat lak last year hari pertama posa aku dah sarat gile tp tetap gagah g beli juadah. sekali tak larat, lepak kat bus stop. hari tu g tempat yg sama, tgk bus stop tu teringat lak aku  dok melepek kat situ. this time, aina dah besar..dah leh bwk g jln, tp lom bleh pilih lauk la kan...next year ye..sila la layan kan aja tekak si kenit ni. insyaAllah, kalau panjang umo...:)

beberapa minggu lalu aku try test wat kek. butter cake je. ingatnya nak try wat kek sendiri besday aina nanti.hehe. berangan.

mula2 wat separuh adunan, jd tu jd, tp tak berapa naik. second round..minggu lepas wat lagi, sempat la encik suami merasa...bleh tahan jugak la.dia la yg perabihkan...bila aku tanya sedap ke, dia ckp sedap...ntah ye ntah tidak...saje nak amik hati aku. tak tau la..

kan aku dah mengamuk tahap gaban pasal dia tak balik anniversary..

skali balik bwk present. huhu. penat je ngongoi ngan dak mala.berlinang2 air mata siap. tak koser mak. hahaha. sekali mala sound, HAH, NAK NGAMUK LAGIK?PADAN MUKA KO! SIA2 JE NGAMUK..hehehe.

biasa la. pompuan.  nak perhatian. nak2 jauh kan. dia lak bkn reti nak talipon wish ke hape. mana la tak hangin satu badan.

bila dah dpt hadiah talipon baru, senyap terus. tak jd nak ngamuk.

muahahhahahaha.

mmg tahap mengada otroman ok aku ni.

--
ni along nak balik hari khamis ni. habis gegak gempita rumah ini. tambah lagi sorg heroin kg melayu ampang, nur sakinah.

heroin no 1:  aina. sgt tak bleh blah perangai. sejibik haku.isk
aina. heroin malaya. haha.

Wednesday, August 4, 2010

aina's update.

siap update pasal aina. macamkan selebriti anak aku kan. haha. mandangkan aina dah nak setahun, so aku cam rasa agak senang sket nak handle dia. walaupon kdg2 rasa nak lepuk2 je time dia nakal tak hengat like panjat kerusi then gelak2 time tgk muka aku menjerit2 suruh dia turun and if aku dtg, lagi dia cam melompat2 atas sofa tu, which is very very scary la kalau time dia melompat2 tu jatuh terjelepuk ke...haiiihhh...mintak simpang malaikat 44. kering darah aku.

tp satu yg aku perasan aina ni pandai bawak diri. bila aku ngan mak aku bolayan, cam nak masak ke apa, nak tunggu dia tdo siang lama2 mmg la tak dapek. kebulur la ko nak tunggu dia tdo. nak taknak, biau je dia pusing satu umah, kasik dia satu benda yg baru, cam botol bedak ke, majalah lama2 tak nak baca lagi ke, biau dia kirai..pastu ko leh la masak. tp dia paling suka remote control/henpon. kalu henpon tu dia konon2 tgh ckp talipon la dr depan ke belakang, belakang ke depan..haha.kelakar pun ada aku tgk.

pg td aku siap mop dapur, basuh pinggan, basuh baju, time dia dok membelek majalah mende ntah. pastu dia penat dia baring. tak pun dia membebel2 sorg2 terjerit2 cam ada kawan tgh ckp ngan dia. makin lama makin kuat dia membebel. lantak la kan...asal dia tak manjat je. tu sgt penting. kalau dia panjat dan duduk takpe. pastu dia leh turun sendiri.dan paling bodo pun kalau dia dah penat bebel takde org layan, dia akan baring isap ibu jari tangan dia, kiri ke kanan, kanan ke kiri..n kadang2 dia leh tertdo sendiri. saat tu la yg paling best kan. hehe. sbb aku dah letih tgk dia menjerit2 dan membebel2 tak sudah.

kalu aku on tv, dia bkn heran sgt..dia akan heran time iklan je. bley siap menari2 lagi...haihhh..anak sapa la nihhh

tp the most important is aina sihat walafiat,so far takde sakit yg serius....takde kembung perut ke apa, demam pun jarang sgt..masa nak tumbuh gigi pon dia rilek je..tak tau la kot dah byk gigi nanti baru dia demam...aku dgr kalau gigi garham nak tumbuh bleh demam panas...tengok je la sok.

last sat, anak kak linda n abg man, hadif masuk sepital sbb kena HFM (hand, foot&mouth disease), aku cam nak pegi tp diorg tak bg takut menjangkit kat aina. ye jugak kan.

mak aku, aii..tu duduk rumah saje tak kuar2 leh kena sakit?pelik aku...

kira hebat la anak ko ni sampai pasar leh pegi takde lak sakit2.

adei..riak sungguh nenek. hehehe. mintak jauh2 la penyakit2 ni kan.kalau org tua sakit aku kesian jugak, tp kalau budak sakit aku leh tahap nangis la sbb budak, mesti tak tahan sakit kan, kita pun tak tau nak wat apa.

eh. tetiba ending sedih lak.

haha.

belasah la.

sebenarnya nak menghilangkan tensen pasal en suami dah 3 hari tak tepon.bak kata dak mala, haaaiihh tak abes2 ko nihhh..udah2 le tuuuu..

hehehe. eleh..cam dia tak penah.
siap tdo kat parking sepital lagi tak balik umah, pe kes? heh.

Sunday, August 1, 2010

sedih&gembira.

yeeeehaaaaaaaaaaa!!dgn ini, saya dgn rasminya sudah pun selamat menamatkan misi ganti posa selama 32 hari yg tamat pd hari ini. yeba yeba angre angre!!hehe tinggal nak bayau fidyah je lagi ni utk tahun 2008 yg tak kesempatan nak ganti last year..padahalnya bleh je ganti, tp suara2 halus sapa ntah kata kalu pegnen takyah ganti takpe, byr fidyah je dulu.. skali tak sempat nak bayau last year..kena la bayau double this year..sib baik la 8 hr sahaja...

sungguh tak caya aku leh ganti posa doblas hari straight. sgt mencabar ok.

dan sepatutnya aku double happy la hari ni pasal hari ni pon genap 2tahun aku kawen.tp encik suami itu mcm sengaja lupa atau buat2 lupa atau mmg lupa hari ni 2nd anniversary...sorry la aku nak hengatkan dia..nak merajuk2 pon dah tak koser dah.

letih dah aku.

katanya this week nak balik.sekali nak sambut posa kot.kot la..maleh nak tanya. redha je la.

yg pasti sok aku nak makan sampai K.O. balas dendam. hehe.

takde dah bdn kate moss pas nih.

^_^