sume ni aku sedar bila aku tgk cite drama kat tv 2 last month kalu tak silap, tajuk dia putih bersih ke mende ntah, tp adalah perkataan putih tu. suci putih kot? pa pe je la. bila aku tgk cita tu terasa betul kena setepek kat muka aku. cite dia pasal makcik ni, terlalu terlalu pembersih sampai anak menantu ngan cucu skali malas nak balik umah kat kg. laki ada, tp tdo kat kebun durian pasal malas nak bertekak ngan bini yang terlalu pembersih. pembersih gila babai punya!
bini dia, mang over. cam aku. haha. tapi aku sket2 la. tak teruk sgt. bini dia ni kalu nak masak, sayur tu kena cuci setiap helai sebanyak 3 kali. mmg ko tdo dulu la kalu jenis nak makan kobis tu, sok pagi baru leh makan. and hari2 kejenya menyapu rumah dan mengemop dan cuci lantai kat luar. depan pintu rumah ada baldi ok. sapa nak masuk kena basuh kaki dulu, pastu lap kering2 baru leh masuk. alkisah, jirannya bela ayam. yang kelakarnya ayam tu asek la nak masuk umah makcik ni. masuk dapur. dah org tu baru mengemop, kenaaa mop balik.
kena lak menantu balik,menantu isap rokok lam toilet, tak boleh ok. sanggup tak masuk toilet sbb busuk. nak2 pulak menantu ada bau badan, haaa..siap sound anak dia lagi balik la umah dia cepat2, dia tak lalu nak makan semeja ngan menantu pasal bau badan. bleh??gila obsess!!
yang laki dia lak, asal balik kebun je tak bleh balik umah terus, g surau mandi dulu, ilangkan bau badan dan kotor2 tu, baru leh balik umah.wooo hoo!!! gila bai.
hmm..rupa2nya mende ni ialah penyakit. namanya OCD atau obsessive compulsive disorder.
tu la aku rasa aku ada penyakit nih.
pesal?
sbb aku pon sket lebey kurang cam makcik ni. aku bukan la pembersih sgt2 cuma penggeli yang amat. and aku rasa aku ada penyakit yg seiring sejalan gak, iaitu was-was.jadi bila OCD + ngan was-was tu jdnya jgn la ko skali2 wat pa pe depan mata aku yang boleh wat aku pk seribu kali, bersih ke tak? ada kuman ke tak? najis ke? what if terpegang makanan? OMG!!akukah itu??
contoh: kalu ko g buang sampah kat tong besar kat depan, masuk balik harus la basuh + sabun tangan. kalu tak, aku takleh bygkan bp byk bacteria yg melekat kat tgn. heeee...geli ok!dulu, aku sgt2 over. lam kete kena ada wet tissue. everytime aku g isi minyak, aku akan pastikan bila masuk kete, aku akan lap tangan aku ngan wet tissue dulu.sbb kdg2 aku suka mengunyah mende2 lam kete dan adalah sangat geli kalu ko pegang benda yang orglain dah pegang sejuta kali pastu ko pegang makanan masuk mulut. cam, oii..tergedik2 bakteria lari pecut masuk anak tekak ko. ooohh! that will never happen ok! tp skang aku tak simpan wet tissue dah pasal aku tak makan lam kete. pasal laki aku lagi extra2 pembersih kalu masuk bab kete. no eating in the car!cam haremmmmm, kdg2 terbabas jugak aku makan mcD. huhu.
dan dulu2 pon aku kalu nak masuk umah, basuh kaki dulu kat luar pasal kadang2 kaki itam. pakai selipar je kan. harus la kaki itam.tapi skang aku tak basuh kaki bila nak masuk umah. aku basuh kaki BEFORE aku masuk bilik. lagi tensen laki aku. tiap kali dia balik, aku tak bagi dia masuk bilik dulu, wajib basuh kaki baru masuk bilik ok. kalu tak aku akan rasa geli dan terbayang2 di sepanjang perjalanan dia ada terpijak pa pe ke.since adik aku bela arnab nih, aku amat2 risau kalu laki aku terpijak kencing arnab tu dan terus masuk bilik. aduuuyai...tolong la jgn bagi aku imagine bende2 yang tak sepatutnya mengiringi laki aku masuk bilik skali. najis ok!!!
dan tu pasal la aku sangat tak suka balik umah mak mentua kat spore pasal pak mentua aku bela burung lam umah dan sangkar burung tu dia letak kat dapur. to be exact, sangat dekat ngan rak2 pinggan. oleh itu, mmg harus dan wajib la saya sangat tak lalu makan di sana disebabkan oleh faktor2 itu + tekak aku cam tak leh nak masyuk masakan mak mentua. jahat kan? jadinya aku lebih rela berlapar sampai laki aku balik keje, then makan kat luar..laki aku kdg2 malas nak layan gak. and everytime dia ajak aku makan, dia yg akan cuci pinggan lagi skali, baru ceduk nasik utk aku. haha. kalu tak. sori naik lori la aku nak makan.
banyak lagi la songeh aku ni aku rasa. dulu aku sangat penggeli kalu nak tengok hasil pencernaan kita ni. sampai skarang pon tak penah!! hahahha. tp skarang bila dah ada anak, time anak membuang, TERPAKSA la aku mengenepikan soal geli2 itu. sampai mak aku sound aku sejibik, haaaaaa...hambik ko! penggeli sangat kan? tu berak anak ko sendiri ko tahan la sendiri bersihkan. aku takmo campur. ko nak kepit idung ke hape, jgn nak buat2 muka geli tak senonoh ko tu.
hambek.
and aku kalu tuko pampers anak aku or g cuci berak dia kat toilet, either aku akan pakai kain batik/tuala dulu, or kalu tak sempat, aku akan bersihkan dulu, pastu aku akan tukar baju sume skali. and kalu aku was2 samaada terkena kat kulit ke tak, aku g mandi terus. baru puas hatiperut aku nih.
tp skang, aku dah insap sket. slow2 aku kurangkan tahap kegelian aku tu walaupon ada la lagi ni sket2. laki aku asek dok gelakkan aku everytime si aina berak, aku tukar baju. kalu dia kencing je pon, aku tukar baju gak. satu hari sampai 3 4 helai. nak mandikan aina baju lain, dah mandi baju lain. tak ke gila namanya?hahaha
tu pasal bila aku tgk drama tu, aku rasa mang setepek kena kat muka aku nih! aiseh. ada geng rupanya.siap ada nama penyakit ok. haha.
harap2 aku tak sampai kronik la ek.
ni jap lagi pas taip2 ni harus aku g sabun tangan sebelum tdo. oii...keypad laptop ni pon ada kuman tau!!!
hahaha.
bila nak insap??
2 comments:
hahahahahaha.... nak komen tapi cam taktau apa nak komen.. hehehehe... boleh? :-)
boleh3..:P
Post a Comment