Monday, February 19, 2007

..mari blaja sejarah

ni kalau sape tak kenal takleh ngaku anak mesia la..Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903-6 Disember 1990) adalah orang yang bertanggungjawab memerdekakan negara kita Malaysia. aku nak bukak story ni pasal ari tu masa tengok berita kat tv 1 ada kuar cite pasal Chin Peng..so ayah aku pon mula la bukak cite pasal Chin Peng..dan melarat2 sampai almarhum tunku. tapi elok sebenarnya kalu kita tau ngan jelas asal usul kemerdekaan negara kita yang kita dah semakin lupa..
mengikut cerita ayah aku yg skang dah masuk umur 74 tahun, dulu kalu tidak kita ni lambat merdeka. masa dulu kalu tak salah, Datuk Onn bin Jaafar (former menteri besar johor dulu) yang tubuhkan UMNO, takmo merdekakan mesia awal2 sebab nak kumpul dulu orang2 yang bekerja professional seperti lawyer, engineer, doctor kat Tanah Melayu masa tu. sbb dia kata kalau nak merdeka kita mesti ada barisan professional lam negara, baru la tak malu nak mintak kemerdekaan kat British..tapi ahli2 UMNO masa tu tak puas ati, dorang kata sampai bila nak tunggu..dulu yang g blaja kat England bukan ramai..bleh bilang ngan jari..anak2 raja ramai la yg pi blaja sana..contoh cam almarhum tunku..kalu sapa tak tau almarhum tunku anak sultan kedah, tapi menurut cerita, mak tunku orang siam, so dia tak dapat nak naik takhta. almarhum tunku pi blaja law kat England..bersambung2 sampai umo 45..kalu tak silap fakta la..
then ahli2 UMNO yang lain takde pilihan, derang sebulat suara mintak almarhum tunku pimpin UMNO sebab nak merdeka cepat.., and masa tu Datuk Onn tarik diri, kuar UMNO tubuh Parti lain..tak ingat lak pe nama parti tu..masa tu kat mesia ni ketua komunis, Chin Peng bersungguh2 nak memerdekakan mesia jugak. kalu tak silap masa tu Jepun menjajah Tanah Melayu 3 tahun, British serender, tapi derang ada plan yang bijak, derang anto wakil untuk berpakat ngan Chin Peng utk sama2 berperang ngan Jepun...so Chin Peng ni mati2 la percaya yang omputih ni nak bekerjasama ngan dia, sbb omputih kata kalau menang Chin Peng leh jajah Tanah Melayu...
so back to almarhum tunku, dia mang anti-komunis..so dia tak pandang le Chin Peng nih. almarhum tunku pastu g ke England jumpa omputih nak mintak kemerdekaan. tapi tak berhasil...almarhum tunku balik ke Tanah Melayu n wat pilihan raya..dari 52 kerusi yang bertanding, Parti Perikatan (UMNO n MCA..MIC tak join--kelaka ayah aku kata MIC ni kejap nak masuk, kejap nak kuar, pastu nak masuk balik..last2 taknak lak..dah derang pun camtukan..naturally.. *no offense! ampun awal2 to indians..) menang majoriti, 51 kerusi, so almarhum tunku dilantik jadik Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. almarhum tunku tak kesah bersatu ngan cina n india semata2 nak merdekakan Tanah Melayu sbb dia kata bukan Melayu yang bawak masuk derang, British yang bwk masuk utk jana ekonomi --Cina, lombong, India, estet.. kalu takde derang sapa nak kejekan lombong ngan estet? melayu tau bersawah je..pendirian ni sgt bertentangan ngan Datuk Onn sbb dia nak Melayu je utk merdekakan Tanah Melayu, kalu merdeka, Cina ngan India pi balik negara masing2..tapi dek kerana kebijaksanaan almarhum tunku, beliau dapat menyatukan melayu-cina-india n kunjungan kali kedua (February 1957)ke England membuahkan hasil..dan kita pun berjaya la memperjuangkan kemerdekaan negara..tarikh merdeka dipilih pada 31 Ogos 1957.. gitu la adenya cite merdeka negara nih...sebenanya banyak lagi yg ayah aku cite, tapi aku cut short...lebeh kurang je la, yang penting2..so guys, berbangga la jadik rakyat Malaysia. bukan senang kita nak merdeka..so appreciate la ngan apa yg kita kecapi skang nih..jgn sampai kita dijajah lagi...!

2 comments:

Anonymous said...

Ni kalau baca time nak amik SPM dulu sure boleh pass flying colours...
hehehe

enonz said...

aku hengat takde org nak komen kat part sejarah nih..hehehe..bagus dak wan nih...esok aku tulis pasal biology..pas2 kimia...pastu fizik..heheh..sampai abis silibes spm..hahah