Friday, April 2, 2010

nak feeling ngada2 bley??

smalam kan aku takleh tdo. kul 2pagi baru tdo..habis sume folder aku bkk lam laptop nih.masuk picasa, kuar lak la gamba2 kawen aku ngan budak2 nih sume yang membantu ngan jayanya. meriah gila rasanya masa tu. tapi aku tak berkesempatan nak tepek gamba lam blog sbb masa pon sangat tak menyebelahi aku. ngan arwah bapak aku yg sangat2 kritikal masa tu kan. so skang ni, tetiba rasa feeling ngada2 lak nak tepek gamba kawen walaupon dah setahun lebih, nak masuk 2 tahun dah aku kawen. mana la tau kan tetiba file ilang ke lam notebook nih, sekurang2nya aku dah bubuh lam blog. ceh cehh..ye2 je aku explain sebab musabab lam nih, cam nak mintak permission lak kat korg. haha. blog aku, sukati la nak tepek apa pon kan...!huhu...

di mulai dgn malam sebelum nikah 31 july 2008, org2 kuat, apeng, wan, nenie & mala..semahat2!!

wan&apeng susun goodies...

mala& nenie pon dtg tulun...:)


apeng menginaikan jari2 aku


kawan2 yang memeriahkan majlis nikah aku. ramai ok. tak sangka sume nak dtg malam nikah masa nih...:)

wan sbg orang kuat. takde dia, cacat majlis aku.

the only skulmate aku yg dtg time nikah. momoi....

me& eva my colleague
nenie..ayu gtu.huhu


ghan & me.. and also macita...

laki aku. sabar menunggu tok kadi.
my beloved anak2 buah yang kepohci...huhu

abg man my 3rd brother with kak nim & kak yan, sepupu aku..
mak aku yg baju itam tu, ngan adik tiri dia tudung ceklat and adik bongsu, makcik timah yg rawks..!!huhu

malas nak bubuh caption satu2. paham2 sendiri je la aturcaramajlis yep..:P

salam takziah.

salam takziah untuk keluarga Allahyarham Din Beramboi. cam baru je aku tgk dia kat Raja Lawak hari tu sehat2 belaka ngan fesyen rambut yang pelbagai. nasib aku tak kutuk dia kaw2 hari tu. huhu

aku bukan la kenal dia pon.bukan kenalan dan jugak bukan sedara. tak penah lak aku wat entry khas untuk ucap takziah kan. tapi aku terpanggil wat entry pasal dn beramboi ni sbb pgi tadi aku g beli nasik lemak (lagi--makin gemuks mak!!), tgh2 beratur tunggu turn tu aku dgr la perbualan antara cik tipah ngan bdk mana ntah.

cik tipah: eh ko tgk sokabar pg tadi? din beramboi dah meninggal..
budak:ha'ah..baca jugak pg td..
cik tipah:kesian kan...sebab apa sebenarnya eh?
budak:ntah, diorg kata denggi berdarah...
cik tipah: abis yang semalam kuar paper kata kena virus kencing tikus?
budak: ntah la kak..tak tau la mana satu betul, tp rasanya denggi berdarah tu, bukan kencing tikus..
cik tipah: aku pon heran la..camana leh kena virus kencing tikus pulak eh? dia minum ke kencing tikus tu?pelik betul aku...
budak:ntah, tak tau...



aku maleh nak menyampuk. rasa nak gelak guling2 kat situ lagi ada.

hahahaha. woi!! sapa ke yang bangang nak minum kencing tikus????kencing sendiri pon lom tau ko lalu minum!!

hehe.

aparaaaaa..ni mesti kes baca sokabar part hiburan je nih....konpem!

Thursday, April 1, 2010

muhasabah diri.

kejap je. pejam celik pejam celik, umo dah meningkat lagi setahun. maknanya perangai kenalah senonohOH sket. muka kenalah lebih manis sket--selalu masam cam cuka getah. hehe. kalu muka jelita takpe jugak kan. aku dah nampak perangai aku kat aina skang. kalu ngamuk tu mmg over sungguh. sejibik aku. jadi kenalah aku ubah perangai mulai skang. kalau sempat. dan kalau dapat ubah le. masalah negaranya mende dah jadi habit mmg susah nak ubah.

tapi kena la jugak kan. baru je baik2 ngan laki aku ni.lepas seminggu gaduh. jauh gaduh, dekat gaduh. kejenya asek la gaduh. mmg laki aku penyabar tahap cipan. kadang dtg tak sabar dia, bila tinggi sogha ngan aku, lagi angin aku naik. padahal salah aku tu. dia marah aku, aku marah balik. heheh. derhaka kan. tapi dah mintak maaf dah. mintak halal makan minum lagik. takut bai....kang pa pe jadik, tak masuk syorga aku. walaupon peluang tu tipis. hehehe. sedau diri bayak  dosa nih! :P

oleh itu, pada umo double 3 ni, aku nak cool down sket. takmo marah2. kalu nak marah, beristighfar byk2. pastu sengih je cam kerang busuk. pastu kalu drive kete, mulut tu kena kunci dari memaki hamun org. sbb kalu aku on the road, bleh kira bape byk aku maki kete2 dan motor yang no skuling nih. jadi mulai skang aku nak jadi baik. nak diam je.

muaahahahahaahahaha. sangat la impossible kan.


kalau aku berjaya la, mmg amazing race.


try seminggu ni dulu.


^_^

notti me.

hasil keje buang masa org yang tak bleh tdo kul 1230 pagi. ^_^

(kualiti gambo sangat la mendukacitakan)


kretip la konon. bila la nak tdo ni weiiii!!

Wednesday, March 31, 2010

pale pusing.

Oooops!! bkn pegnen yep. pale pusing pk pesal aliran tunai aku kuar sangat laju cam air terjun. sangat menyedihkan. mcm2 benda nak bayar. macam2 benda teringin nak beli tapi sume tak dapek. need to clear all my credit cards by this year. tiap2 tahun aku declare/azam cam nih tapi habuk pon tarak. ayok ayok!!

i need to buy a new clothes. lepas beranak ni, saiz sume tukar. g sogo konon2 nak shop 2 3 helai baju, tapi akhirnya dapat selai sbb tak bleh terima kenyataan saiz aku dr M dah tukar ke XL. sangat sakit hati ok. tu yang kengkadang aku asek pakai baju kurung je pasal pada pandangan mata aku yang rabun ni, aku lebih nampak kurus kalu pakai baju kurung. huhu. ni buktinya:
me, mala & macita di zaman kegemilangan masa blaja

tapikan bila aku tenung2 gamba masa ambik kat kenduri apeng ni, macam tak nampak pon kekurusan aku kan??salah baju ke, atau salah org yang tangkap gambo ni tak pandai adjust??hehe kalu jenis tak bley terima kenyataan cenggini la. wat statement asek menyalahkan org dan keadaan.sendiri takmo ngaku salah.



begitu pesatnya perkembangan fizikal aku. hahahaha. segala2nya kembang ok. yang en spore tu jgn cakap la. mmg sentiasa pesat dari aku. nak jog, sangat malas. kejenya asek la makan makan dan makan. menambahkan lemak yang ada adalah harus. menghilangkan lemak2 itu adalah sangat jauh dari harus! isk. pagi tadi je aku dah belasah nasik lemak sebungkus. tengahari sebenarnya masih kenyang lagik tapi sebab aku tensen terima news yang menyesakkan dada aku, aku p makan chicken chop kat cozy yang sangat lazat nyum3. pehtu balik umah mak aku wat mee goreng.taknak bagi dia kecik ati kata aku dah makan sebenarnya, aku makan lagi sepinggan. ni malam ni aku tgk mee tu byk lagi, dan taknak kasik mak aku kecik ati lagi, walaupon perut aku mang kenyang, tapi aku amik gak la sket, wat syarat..hehehe..baik hati yang memudaratkan diri sendiri. tu namanya bodo piang!! sila jgn follow. sampai kiamat pon takkan kurus! isk


agak2 kalu aku posa sebulan straight leh dapat balik saiz S tak??


adoi la!lagi pusing pale aku!!!

Tuesday, March 30, 2010

Foodborne Illnesses

Foodborne Illnesses by Baby Weekly

some usefull informations to share --enonz

Monday, March 29, 2010

baru pasang streamyx.

huhu. selama ni aku berinternet guna old version, dial-up. yang mmg tak ramai manusia kat bumi ni pakai cam aku. kui2. dulu try pasang streamyx 2 kali kat umah ni, sume tak dapat. takde connection. baru2 ni org TM call, diorg kata skang dah bleh dah...so td technician diorg dtg n pasang,package 98 sebulan unlimited. lepas sebulan, diorg bg free kol any number kat mesia ni secara percuma,utk fixed line je...henpon bayo cam biasa. ok la kot.dapat cordless tepon satu nanti.cam lam iklan tv tuh. huhu.

hmm lam pada dok pk nak pakai digi bb ke, celcom bb ke..alih2 lain lak cite. takpe le. sok ada duit lebih sket angkat satu laptop baru, leh pakai any bb.ok gak kelajuan aku rasa streamyx ni. diorg dah upgrade la tu.

so skang aku ngan jakunnya tgh berblogging lam bilik sambil memerhatikan aina tdo. haha.
siyes pueh hati. ^_^