Wednesday, January 27, 2010

penat.

rasa cam dah lama tak keje keras. kui2. rasakan. selama ni berdondang sayang. camana camana pon aku kena juga hit target this year. semahat!!!semahat!!!!

kui2.

lam pada tu sempat gak nak masuk peraduan tekata BH minggu penentuan. hadiah RM25,000 bai!!! bukan sket2. kalau aku dapat, aku kenduri 7 hari 7 malam makan roti canai. hahahaha

tapi hari senin punya soklan ada satu aku tak dapat2 nak isi. mintak talian hayat kak nen pon tak berjaya gak.isk. soklan dia, ikan air tawar. tapi tempat kosong yang ada _u_i_a ... apakah??

kak nen siap google. heh heh. pas tak dapat jawapan, leh dia kasik aku option,

"non, aku gase tu nama glamer ikan tu kot..julita ke, punita ke.."


tak bleh blah betul nama ikan air tawar julita.

hehehehehehe


camno nak dapek 25 ribu nih?? isk..

Friday, January 15, 2010

happy birthday my dearie husband.

laki aku sangat over ok. elok la kawen ngan aku. sama2 over. besday 16hb,tapi dah melangok kat kl dari hari rabu hari tu. camno la aku nak prepare surprise utk dia. habuk pon tarak. dah le smalam satu hari aku ade seminar kat kl convention. rasakan. sapakah suruh anda balik kl sebegitu awal.sampai ke saat ini aku belum ada idea nak bagi dia apa. lagi sejam lebih je ni nak 16hb. nak buat kek? haha. jgn harap cik aini sebegitu rajin. aku rasa elok aku seret je dia kat secret rep. untung2 bleh dpt diskaun. haha. malam ni apa yg aku mampu buat hanyalah masakkan dia megi+telur sebijik+teh tarik yang aku tak tau sedap ke tak. men belasah jek buat. aku bukan peminum teh tarik. jadi mang tak tau nak buat. yang aku tau, belasah jek. haruslah dia kata sedap. kalau tak, aku mogok. sume2 tak dapat. hehe.


tengok la esok apa plan. ingat nak p geylang kopitiam. last week tgk kat nasik lemak kopi o tv9 cam best jek. tapi tak tau la sampai ke idak. kat usj nun. mana aku familiar kat belah2 sana.

bleh laki aku kata, alah..susah2 sangat kita balik je spore.



satu cadangan yang sangat2 aku tak bekenan. spoil mood sungguh.huh.


-----------------------------------------------------------------------------------

events on 16th:

terpaksa gak beli kek (agak kureng sedap-budget ciput. hehe) last2 aku yg kasik perabih. cis.




jadi la. ada gak selebret dari takde.heh.
cam tak ikhlas jek selebret. kui2.

Friday, January 1, 2010

new year. new blog.

i've so many things to achieve this new year.

hope this could help.

Thursday, December 31, 2009

happy 2010


new year.

new resolutions.
as usual. huhu.

Thursday, December 24, 2009

On Nurul's Wedd..

CONGRATULATIONS TO NURUL AND MUHAIMIN...AFTER 12 YEARS...AT LAST...:)



gamba bersama perantin adalah wajibulghunnah. huhu

gamba bersama pengantin2 sizen (especially tudung itam tu) adalah sunat...:P


gamba bersama anak dara solo forever adalah harus. HARUS kita carikkan sorg utk dia. hehe
(note: baju petak2 itu ye.single and available.ehe)

bila ada anak, juga harus ada gamba bersama anak. mana la
tau kot2 ada org bekenan..ehe. bley jd model iklan gtu.
macamkan anak aku jelita nau. haha


mereka masih tidak memahami mengapa digandingkan bersama.
haha.

Tuesday, December 15, 2009

jawapan berangin.

alkisah, mak aku lupa nak p amik ubat kat ijn bulan lepas. patut amik 26.11, baru semalam dia teringat. so pagi ni lepas wat bekpes, dia siap2 sume mandi. aku ni hengatnya pepagi nak p opis. nak wat keje sket, mandangkan hari senin ngan selasa mang aku takleh nak kuar lama2 pasal ptg mak aku nak p mesjid.jdnya mang leh g opis je le. jauh sket kang aku lak takut terbabas, nanti takde sapa nak tgk si kenit ni. nak harapkan luluk tu aku tak bp berkenan sangat. time2 kecederaan je aku mintak tolong dia tgk aina. kalu tak aku manage sendiri jek.

yang si aina lak pg ni liat betul dia nak tdo balik. pagi tadi bgn kul 6. kul 9 besau lagi matanya. nak marah takleh. nak lepuk, tunggu besau sket eh. haha.

tgh aku tepuk2 anak aku, nak soh tdo jgk2, mak aku dah siap2 dah...kuar masuk bilik. sian lak aku tgk. takkan nak soh dia naik cab. nak harap adik aku, di lantaknya tdo tak bangun2.

pale otak aku dok pk le, since anak aku takmo tdo leh le bawak dia skali kot, anta mak aku. bukan lama nau amik ubat.ikut akleh tu 10 menet dah sampai.

aku tanya mak aku, mak nak g dah ke? nak g ngan sapa? ngan harapan dia jawap la, ko antakan leh? anak ko tak tdo tu. bwk la dia skali.selalu dia bagi jawapan cenggini.

tp pagi ni jawapan dia ialah:

eh, aku g sendiri la naik teksi. takkan nak suruh bapak ko bangun datang sini ambik aku??



speechless.

ghupa budak takmo tdo tp kena paksa tdo.

anak aku memang bertuah. yo2 je nak tdo. penat aku marhaban kat telinga dia, hayak ke hulu ke hilir, dari dapur ke living room, masuk sume bilik, bley dia bantai senyum. ko marah dia lagi panjang senyum. mata agak2 kuyu nak tdo tp hati tu nak main2 lagik. hari pon subuh le nak tunggu dia tdo, aku telangkupkan dia atas katil, biau dia tdo sendiri. ni la hasilnya:
makin besau lak mata dia bukak. lantak.

time ni dia dah pusing 180 darjah. guna kaki, tenyeh pale. dah leh pusing.
amazing race.

dah penat tgk aku bolayan, dia tenyeh jari lam mulut.
mintak simpati la tuh. kem salammmm.

terkebil2 lagik mata tuh...lantakkk


akhirnya.
sekian sahaja adegan minggu ini. tgk next week lak kot2 dia dah leh bercakap. kui2.