Saturday, June 7, 2008

..SELAMAT PENGANTIN BARU GIANT & TUTI...

CONGRATS!!! huhu...wa dapat penyebaran gambar secara ekslusif nih. member kita en ahmadi latif (giant) dan pasangannya pn tuti (tak hengat le apa nama penuh wife dia nih) telah selamat diijabkabulkan pd 6.6.2008 di swak sinun... majlis di rumah lelaki ialah 17hb august 2008. moh le kita ke terengganu bulan 8 ini. sila la booking tarikh itu yep. iant tak suruh pon aku cakap ngan korg, aku je mandai2...hahaha. aku mintak permission ngan dia dah nak publish gamba2 terlampau dia ni kat blog, dia kata , wa tak kesah..untung2 dapat wa tambah lagi 3 bini. huhu...

well, lelaki. what else to say?? ^_^

kurus sket kan iant? tu muka berseri2 tu hasil dr makan tempe katanya...haha hampeh!

auw! romantik ok. hahahahahaha. tak kusangka giant sangat romantik.

bersanding. ala2 omputih. sweet gitu...

with the family...aku agak family tuty kot...nice!

ini je le gamba yg aku dpt dr perantin utk sebaran am. hehe. selamat iant. jaga tuti elok2. lama lu couple ngan anak org nih..akhirnya lu kawen gakk...huhu

semoga berkekalan ok!:)


Friday, June 6, 2008

..mari dok umah dendiam

benci betul la. td isi minyak full tank kete tangki kecik cam aku ni dah rm60++...dulu2 kala time aku pakei kete tu full tank baru rm30++..skang dah double. hr ni balik umah cepat. sbb hr jumaat, biasa ptg2 mesti jem tak hengat..kang lagi abes minyak aku dok layan jem tak sudah2...adakah aku akan jadi penduduk tetap di rumah mulai skang??suke le bapak aku tgk aku dok umah je...senang le mak aku nak melibatkan aku skali ngan xtvt kemas umah tak abes2nya itu. aku balik keje hari2 pon tgk cam tu gak umah aku. kalu aku yg gerak gempur umah ni mang licin sume aku baling ke tong sampah. satu sisa pon aku tak tinggal. ha ha balik umah pon pening. kuar umah pon pening. the lima sungguh!!

sok pg2 get ready je le jadual bekerja di rumah aku ni. mak aku mang pakar lam merencanakan kehidupan aku di dalam rumah. the very2 talented. no doubt.

jd mlm ni aku kena tulis ape benda yg aku nak buat esok. part aku la. part mak aku tolak tepi dulu. nanti dia tgk aku sebok sure konpem jadual kerjarumah aku akan reduce. hehehe. see? psikologi.psikologi.



..

aku tak tau samaada korg dpt tak emel ni. saje aku nak tepek kat sini utk share ngan korg.. kind of agree with this guy on some point of view...hmmm...

--------------------------------------

Salam,

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen: Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc: Subsidi setahun : RM 150 Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter 1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi) = RM 59.50 Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 51.20 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20 = RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.



ii) Kereta di bawah 2.0 cc Subsidi setahun : RM 625 Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 178.32 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.



Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja. Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka: 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 460.80 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.

Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat. Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:
Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.


3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:
Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim sana, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat sana dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata) Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni?? Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

5) Last sekali, harga petrol di negara kita masih jauh lagi rendah dari negara2 di ASEAN Meluat dah aku nk komen pasal ayat kat atas....macam takde skrip lain nk dipikirkan, terus pikir benda yg senang....

Kesimpulan: Lu pikirlah sendiri……



credits to this writer (which i don't know who)


and also some info if u are interested >>>> OIL PRICE

Thursday, June 5, 2008

..nengok P RAMLEE the musical

fuhhh...best gile!! tak dapat nak digambarkan ngan kata2. dolu2 masa blaja kat unimas slalu masuk panggung tgk student wat teater utk project final year....kdg2 lecturer pon blakon skalik...best2....dah nak masuk 8 tahun dah tak nonton sehh..tetiba rindu lakkkk...thanks to nenie yg bersungguh2 mengajak tengok teater p ramlee the musical nihh...best! memang best! sapa boring2 p la tgk..mmg berbaloi...masih ada lagik sampai 14june nihh...

and credits to cik wan ketipah ketipung kita sbb berjaya mendapatkan tiket secara percuma. huhu. i likeeee!!!!say my regards to saloma yup....baik sungguh atinya...:P duduk depan skalik tuhhh..haha. siap leh tgk band2 kat bwh..n penyanyi latar skalik...sume benda nak tgk nih. atas pentas nak tgk, bwh pentas nak tgk...pening seketika.

perjalanan ke IB smalam mang amat mcabar le. ngan pengumuman minyak naik itu, dah sah konpem sume jalan jam. ditambah secukup rasa ngan hujan yg maha hebat, maka amat sajak la kita berkampung beramai2 di atas jalan. smalam aku dr Mid Valley..lepas jumpa org, aku singgah sat kat situ, masuk robinsons. katanya ada sale, nan ado. sale mang la sale. kalu harga dr 1000 tolak 50%, takke masih mahai bagiku?? i don like...dah tu aku pon pakai tak grand mana kan..masuk the gardens plak..haih, sekadar di pinggiran je la...double standard ok salesgirl skang kat mesia nih. hengat aku takde duit ke nak beli?? huh! mang takde pon. hahahaha
melencong la plak.

ok berbalik kepada cerita teater kita. masa aku otw ke kl, ikut sg besi tu aku pon koling2 le nenie, dia baru je kat sri petaling. masih jauh lg perjalanannya. dia semacam tensen juga sbb minyak naik..ketenya makan banyak sehhh..patut la nenie makin kurus, dan kete dia makin gemok. hahaha. kelaka?tak?ok. sambung. peh tu dia ngan geniusnya bagi aku idea, non,..pe kata kita g sama? ko singgah le desa pandan dulu. tunggu aku...aku naik kete ko je le. malas la nak drive.

wokeh oraito no problemo!!

sementara itu dak wan sudah pon sampai ke IB. ye le..dia dekat.bleh le sampai awal...aku ngan nenie kul 745 br nak gerak dr desa pandan. sampai kat jln tun razak, hmmpphh hambik! sume jalan jam the nation. tak dapek nak nolong dah...nak tak nak kena harung jugak....teater start kul 830. haih. rasa nak langgar sume kete..!! time ni le rasa cam nak beli helicopter ke, jet pejuang ke...laju sket sampai....ni terkedek2...hari pon malam!

sampai depan IJN dah kul 825...tak sabau betul aku ngan keadaan jalan yg tak bergerak ini. bumper to bumper ok. time ni sume kete aku nak marah. lembap.bodo. basikal. sume la. complete set aku maki. aku plan ngan nenie, kalau camni gaya elok park kat tepi2 umah kat jln masuk hkl nun, pastu marathon le ke IB. naik jejantas dpn Blood Bank...kalu lambat kang tak dapat masuk IB, tak ke sesia je mengharung jam??

maka ngan cadangan genius aku, aku pon park la seperti yg dirancang....heh heh..kalu tgk aku ngan nenie jalan mmg tak cukup tanah k....laju gila. kalah kena kejar hantu. sanggup nih...aku rasa kurang sepuluh menet kitorg dah sampai kat IB...punya la bapak laju jalannnn...semata2 ok. semahat!semahat!!

ghopanya bukan aku ngan nenie je marathon, ade beberapa org lagi yg marathon..sume takut lambat tak dapat masuk...haih..yg bukan2 jek..tak penah seumur idop aku bersemangat dayak sebegini...

sampai2 jek..masuk dalam..tgk2 dapat seat depannnn skalik. masih lom terlambat. dorg pon start lambat sbb nak tunggu audiens penuh. sangat memahami kerana jalan jam tak hengat...
kul 9 baru start. kul 12 habis...malang betul line maxis takde lam tu. rasa nak p lempang je ananda krishnan. lam IB takde maxis line?? apa barang bai?

tetiba aku rasa nak berpaling arah ke celcom. huhu

kuar dr IB tgk 7 missed call. sapa lagi tak lain tak bukan..., ehem..aku ingat cik abg aku yg kol sampai 7 kali...skalik dak mala...haihhh..buang karan sungguh minah tu. sebok la tu nak berkongsi kebengangannya minyak naik...!! tak nyempat2...!! aku hengat dia dah tdo aku pon maleh nak return kol..skali 12 lebeh dia kol lagik..huhu. maleh aku nak layan..passed turn to nenie. penat seh layan pale itu pompuan. nak membincangkan masalah minyak tgh2 malam begini sangat tak sesuai. ade aku sumpah minah tu jd org minyak kang...!! tak pasal je..haha
sampai umah lam 1245 gtu...masuk slow2 cam pencurik ok. takut kena muhasabah diri oleh ustaz tahir. haha. elok je aku kunci pintu cik abg aku kol...., kat ne? dah sampai umah ke? apsal balik lambat? start kul bape? habis kul bape? huh.. tak sempat aku nak benapas...rasa cam betul2 blaki lak skang ni. kui2. kegatalan disitu.



eh jap. esok dah jumaat!?? yahoooooooo! ya beda beduuuuu!!!! ^_^
cite dah abes. esok sambung lagik....dah. sila la sambung tugas ya. hepi weekends..!

..pening pale

pening aaahh pale. hr ni aku men hujan. tak sengaja. ni pale aku dah pening tahap gaban dah ni. mcm2 bende pk nihh....pk keje.pk preparation. pk ketakutan ya amat. pk mcm2 le. bila dah campur sume2 maknenek itu aku rasa cam nak operate pale otak aku sendirik dan betulkan mana2 fius yg dah tercabut/terbakar. siyes pale otak aku pening tahap maksima. mcm impak maksima. apa kaitan??haruskah aku hantuk pale ke dinding? ke patutkah aku terjun bangunan je???

dimanakah keadilann??? wargggghhhhh!!!

huh. aku baru discover pg ni aku ade selai uban atas pale aku.


tetiba aku sedar diri.

dah tua aku sebenornye.....haihhhhhhh....life is not fair!!!

...mari simpan duit, sok dah banyak bleh bukak stesen minyak sendiri.

nih aku dapat dr emel, member aku kasik...agak2 aku leh dapat tak bayaran tunai itu???


KENYATAAN MEDIA MENGENAI PAKEJ PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM

Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Untuk mengurangkan beban kenaikan kos petrol dan diesel ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet juga bersetuju untuk memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal seperti berikut:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta pick up truck dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan.

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan). Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberikan secara Kiriman Wang (Money Order) di pejabat Pos Malaysia, di seluruh negara, mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun 2008:
a) Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minima sebanyak RM2.


ermm....cukup ka bayaran tunai yg dorg kasik setahun tuh?
mulai hari ni kita takyah makan.
kete kita perlukan lebih banyak makan dari tuannya...........

oleh itu bleh la aku menguruskan badan sbb konpem budak2 ni takkan ajak aku makan kat luar. hahaha



sayang paklah selalu.... GotSmiley for FREE! Click Here

Monday, June 2, 2008

..nincompoop!!

tu bahse mencarut scientific aku. smalam ngan hr sebenarnya aku hang gila. sapa lagi yg wat aku hang tak lain dan tak bkn org yg jauh di mata dekat dihati itu. sungguh2 wat aku hangin.

hari ni aku takde mood nak wat keje. g opis pun wat keje cam terpaksa je. pastu tghr g citibank bayau credit card, parking kat tepi kena saman ngan dbkl. siap ada kete kena tarik lagik macam la kesalahan kereta itu meletakkan kenderaan di tgh2 alam. bodo piang. ape le pekdah yg diorg dapat kan...selain dr kutip kompoun? hr tu elok2 ada meter kat tepi tu, pastu dibuang. pastu org letak kete leh kena tarik lak. wth. ni la, sapa undi BN ni??sib baik aku undi cap ayam. dapat la ayam. sedap dimakan. goreng pon sodap. huh. apakah?

so hari ni dek kerana terlalu melayan blues gang aku, aku tak makan, tak minum hr ni. mlm td pon aku tak makan. ntah apa yg aku cuba buktikan pon aku tak tau la. sampai aku betul2 meluahkan sbb musabab aku marah ngan org itu, baru la aku rasa nak mencekik sesuatu. itu pon aku beli biskut tiger ngan air mineral ngan cekelat. tak selera seh nak makan nasik. rasa nak lempang org pon ada. tak pasal je hr ni kan. dah la hr senin. blues gang sungguh le satu hari!!

pastu td aku balik kul 5 td, elok je sampai umah, ntah minah telekom mana ntah tepon nak wat survey, katanya. aku hengat seketul dua je soklan. sekali sampai sepuluh. ke lebih?? bodo. siap tanya aku, cik rasa apa yg kita leh buat utk menggalakkan org menggunakan broadband? wat la iklan, pandai. tu pon nak tanya aku ke. sapa yg bodo wat soklan sebegitu??dah hangin aku tgh takde, tanya lak berdozen2 soklan, siap aku ckp ngan bdk tu, awk tanya saya, sediakan pilihan jawapan skali boleh tak. saya malas nak fikir sebab apa, mengapa...siap gelak2 bdk tu. ha'ah. lawak nau la ni. nasib bukan depan mata. haih...wrong timing betul la!

now aku dah reda sket. sbb dah seratus kali sms mintak maaf dan ntahape2 lagi sepanjang hr ni. dia belum tau kebolehan aku tidak bercakap ngan org selama setahun. kang aku cancel kang. always want to play2 with me.

dah. aku dah abes marah dah. nak sambung baca emel sat..

to be continue later2..