Wednesday, January 9, 2008

salam ma'al hijrah 1429


WISHING YOU 12 MONTHS of TAUFIQ and HIDAYAH, 355 DAYS of BARAKAH, 8,520 HOURS of SABAR,.. 511,200 MINUTES of ZUHUD,..and 306,720,00 SECONDS of REDHA.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1429H

Tuesday, January 8, 2008

..TEBAAABBBOMMMM!!!malatop!!

itu bukan la bunyik yang sebenar. aku hanya mereka bunyik sahaja supaya dpt create interest org nak baca. mcm tulis headline lam paper la konon. ha ha

dengar la cerita sedihku ini cikyah2 sekalian. pagi tadi kan, aku ngan semangat dayak nak wat bekpes. dayak pon tak semangat cam aku. u know what telah happen? aku nak goreng kepok leko pg td,..poyo2 je kan potong2...belah2,..panaskan minyak...mula2 tu ok lagik. masuk round ke 2, tetiba je kepok lam kuali tu meletop. terpelanting la 2 biji kepok leko kat simen yg kemudiannya telah selamat ditelan oleh kucingku.

masuk round yang ke3...aku ngan kondifennya g betul2 dkt ngan kuali utk mengeluarkan kepok itu. harus la kan. takkan aku nak dok jauh ngan jarak 200meter? hengat tak meletup lagik. skalik tuh ko....POMMMM!!! meletop sekali lagik! cis! cis! cis! dan kemudian, apa yg aku rasakan adalah kepanasan dan kepedihan di mukaku. huh, aku pon wat larian 100meter, masuk toilet, ambik ubat gigi, sapu kat muka aku..mcm pakai masker. ha ha ..lopa la plak ubat gigi tu pudina kan. haaaaa..hambik..ngan panas, perit, berangin sume kat muka aku nihh...oh tdak! habis la kulitku yang baru blaja nak gebu ini. heh heh. sadis ok. (yg aku gelak2 nih gelak tipu je. hati aku lebih sakit menengok muka aku yang telah tercedera ini). kesian muka aku. sib baik tak masuk mata. kalu tak masak la mataku.... :(

setengah jam pastu, mak aku balik (dorg g bekpes kat luar. aku yg gatal nak wat bekpes sendiri kat umah). tgk muka aku cam raja gopal kan, dia tanya, ko ni kenapa? muka putih2 nih?? huhu..aku pon ceritera le. skalik tu dia punya jerit, mcm la aku luka parahkan.... muka aku sakit. tinga aku pon sakit. 2 in 1. hambik lagi!!

pastu dia soh aku siap2. g klinik. haaaaaa??? kena ke? eh teruk ke? eh takyah kot? kataku memberi alasan.

dah..dah...jgn byk ckp. g siap. dah kena kat muka tu, kang mengelembung bagai muka ko tuh, hitam2 nanti. ko nak??

ceh. of cos la i tak nak. lagi mau tanya.

ok la. aku pon siap le g klinik. aku bkn apa. aku takmo g klinik yg mak aku soh pegi tu. aku tak suka doktor itu. history aku sebelum ni, 2 kali aku kena marah ngan doktor yang sama.

dulu, sekali tu aku batuk gila2 babai. pastu doktor tu tanya aku..

sudah berapa lama batuk?

aku kata, sudah seminggu...

pastu dia tgk muka aku cam nak telankan...then dia ckp,..

kenapa sekarang baru mau datang jumpa doktor?

aku pon jawab..heh, menjawab aku nih. patut aku diam je kan. abeh dah dia tanya..jawab la..

aku jawab nih... sbb saya ingat tak teruk sangat...

pastu dia smash aku sebijik. ooo..kalau macam tu, lainkali, tunggu dekat2 hendak bungkus (mati), baru jumpa saya aaaa!!

turn aku lak pandang muka doktor tu cam nak telankan. u know how big my eyes is. kan? haaa...hambik.. ! bodo punya doktor. nak ceramah lak ngan aku. kalau aku nak mati pon, aku tak hadap ko la! basikal betul.

nama doktor tu ialah doktor pushpa, klinik reddy, klinik tu kat blakang ampang point mengadap ampang putri. kalau korg sakit jgn g situ. sabotaj terang2an nih!! ha ha

pastu aku janji dgn diri aku sendiri, sakit camana pon aku takmo g klinik tuh lagi..!

2nd time, which is last year.aku ingat doktor pushpa tu dah bungkus..kui kui. jahat tul aku. aku pon sekonyong2 la p klinik tu sbb aku demam...

sekalik tu aku tgk nama kat pintu tu, hanya dia sorg je doctor on duty. oh! kenapakah? makin bertambah demam aku. batuk aku pon menjadik2. aku kalau sejuk aircond nih, batuk aku mengada2 sket. kejap2 batuk. kejap2 batuk.

terpaksa la jugak aku hadap pushpa tu kan..

muka aku mang la masam tak hengat. pastu tetiba lak aku terbatuk dpn dia..aku dh budget. konpem dia nak tutorial aku lagik.

skalik dia tanya..

ada tisu? aku geleng.
handkerchief? aku geleng.

pastu dia kata...

lain kali, mau batuk, tutup mulut. bawak tisu atau handkerchief. jgn kasik pindah itu kuman2 sama saya...


huh!!!! shilaka in org! hengat aku suka2 ke nak batuk dpn ko?

pastu aku blah dr bilik tu without saying thanks, g ambik ubat. bayo. blah...!

konpem aku tak akan dtg sini lagi!!!nekad nih.

..dan sbb kejadian2 itu la, aku takmo g klinik reddy lagik. aku nak g klinik lain. mak aku lak, tak kondifen ngan doc kat klinik lain.

dari ko kecik sampai sekarang aku bwk ko g klinik tu tau! ubat dia bagus! dah! jgn mengada2!!!


sedih betul. dh la masa drive muka aku pedih. aku terasa sume org pandang aku sbb muka aku bengkak.

masa g kat kaunter klinik tu, soalan pertama yg aku tanya ialah, doktor apa ada?

pompuan tu jawab, doktor chandra ya..doktor pushpa cuti.

oh! alhamdulillaahhhhhh!!! sesungguhnya tuhan mendengar jeritan batinku. keh keh

haaa pe lagik. aku pon dok rilek la..sbb aku tau doktor chandra itu tidak sesengal si pushpa malapetaka.

mak aku senyum je tgk aku.. nasib baik la ko. kalau pushpa, selamat dah ko kena leter. sapa suruh duduk dekat2 sama kuali? kenapa tak lari jauh2? kata mak ku memandai2.

mak aku ni kan...elok2 dah aku nak g klinik, dia pulak yang bebel tak berenti. lagi perit muka aku nih.cam ditarik2. oh satu penyiksaan..!

jumpa doktor chandra tu, dia tgk aku jln rilek jek..cam org tak sakit. pastu dia tanya,

ya cik aini, ada apa sakit?

aku ckp le..muka saya sakit doktor, kena minyak panas.

reaction doktor itu: hahh?? where?

pastu dia telek muka aku. tgk merah sana sini. pastu dia panggil assistant dia..

..quick. go and put that **** cream on her face. teach her how to put the cream also. and give her some pills..

huhu..tak sampai semenet ok. tu yang aku suka. tak payah dgr ceramah di pagi hari.. i like!

pastu dpt ubat sume aku pon bayo dan aku pon blah...

nasib plak hari ni aku ada nak jumpa org kat rawang. ngan muka aku yg bertompok2 itam nih, aku harung jgk la ke rawang sbb dah janji. ada 6 family kat sana yg aku nak jumpa. awal2 tahun ni, service kena baik bai... haha

tu je le ceritera saya pd hari ini. skang ni muka aku sakit gila. aku sudah tensen nih. kang nak jumpa org, ngan muka dah rosak ni, jatuh la reputasi i.. how?? heh heh heh sengal!

ok la. aku nak g makan...lapau gile.

chiow!

Monday, January 7, 2008

..surat untuk kengkawans

ainienon
kg melayu ampang
selangor

kepada yang berkenaan.


RE: MOH LE KITA KE MCD.
kepada kengkawanku yang diingati. semoga anda sekalian berada dalam keadaan sehat walafiat hendaknya.

merujuk kepada perkara diatas, saya dengan ini ingin menyeru kepada kengkawan sekalian untuk menunaikan hajat hati dan perutku ini. ini kerana, semasa menengok tv3 cite dunia baru sebentar tadi, telah terkeluarlah iklan mcD itu menunjukkan kesedapan prosperity burger yang sungguh merembeskan air liur saya. maka dengan itu, saya merasa sangat teruja untuk pergi menelan seketul dua. tidakkah anda sekalian mempunyai perasaan yang sama seperti saya?tidakkah???

sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak beberapa orang ahlijawatankuasa tetap untuk pergi ke mana2 mcD yang berdekatan untuk merealisasikan impian saya ini.

KE BINTANG!!! (wat cam gaya vee + sheede, sehatiiiiiiiiii berdansaaaaaaaaaaaa!!)


keh keh keh


sekian, terima kasih.


yang benar,

ainienon


-----------------------------------------------------------

**aku pon tak paham konsep surat aku nih, kejap rasmi, kejap tak rasmi. hahahhahakktuihhhh!

Sunday, January 6, 2008

..what the **** ???

boring aa main game kat facebook. asek kalah jek. bodo punya game. sapa wat game tuh? tak kasik can langsung aku nak menang!!! cis! cis! cis!!!

ok. aku nak updet lak. tetiba teringat satu cerita kelaka bodo piang. kejadian berlaku: last week, hari sabtu bersamaan 29hb doblas - kul 3ptg.

apa kes? haaa..meh aku nak cite. hr sabtu last week, dak wan dtg lepak umah aku. (parents aku kan kat spore time nih. tu yang lupa daratan seketika). saje2 je melepak. takde wat apa. ingat ati nak kuar makan. tp dek kerana kemalasan melanda, ktorg order dominos pizza shj. sangat sedap. sehingga menjilat jari kucingku. hahaha

sesambil makan, sesambil layan tv. olehkerana hari itu nasib tak bp baik, astro kat umah, seperti biasa: services currently not available. korok! nak tak nak, TERPAKSA hadap tv1.

tajuk cerita tersebut ialah: radio gaga. apa kaitan tajuk ngan jalan cite pon aku tak paham. tgk tajuk je dah pelik kan..

aku takde niat nak ngutuk cite melayu. tp kan. kalau korg baca ni nanti, sure hati korg membuak2 nak mengutuk jugak. cuba la korg bayangkan. ceritanya.. ada 2 org saintis di sebuah kompeni IT tempatan. saintis pertama seorg perempuan memakai wig ala2 david arumugam (namanya tidak la kutahu). di situ sudah menunjukkan kelaka tak hengat. pastu, saintis kedua lak, sorg lelaki pemalu, ala2 hensem, ala2 cerdik, dan ala2 poyo (sapa nama mamat ni, zack xfactor ke?sukati la. aku mang tak penah minat tgk dia blakon) pastu ada la pulak watak pompuan gedik ala2 bodo juga sbb kompeni itu bapak dia punya (lakonan diana rafar) jdk dia berada di opis semata2 nak menghabiskan duit bpknya sahaja (bpk: mahmud ali basha).. heh heh. di samping itu, ada juga watak seorg lelaki yang tak reti wat keje tp perasan dia terer dan hensem (lakonan ezany). jahat ok dia nih.

jln cerita: pompuan saintis n zack cipta sesuatu (nanti aku xplain), then, diana suka ezany. ezany pula perasan hensem. dan ezany juga perasan dia yg cipta formula ntahhape2 itu. zack minat diana tp tak berani kasik tau. dan, oh ya. lupa ada watak kucing dlm ini cerita. kat ofc korg ada tak org bwk kucing ke hulu ke hilir? takdekan? cite ni kan. ada. sgt amazing.

ok. apa yg dicipta? sila baca betul2 ya. saintis2 itu telah mencipta KRIM ANTIVIRUS yang boleh menghapuskan virus2 di komputer jika kita sapukan krim itu di mana2 komponen komputer. what the ****?? SILA LA GELAK KUAT2. nak guling2 pon takpe.. ;p

konsep cerita saja sudah menampakkan ketidakcerdikan. oh!! kenapakah?? masa demonstrasi nak bunuh virus2 tu lagi kelaka. bleh tak saintis rambut arumugam tu kan, g sapu krim antivirus itu kat skrin komputer (which is terang-terangan mende alah itu adalah screen saver dan di claim sebagai virus. oh, macam tu rupanya virus eh? teori sapa dia hambik nih???). pastu kan, tadaaaaaa!!! virus2 itu sudah hilang! dan apa yang dipaparkan adalah background desktop yg gamba padang tuh (namanya bliss. bleh check kat properties korg). oh. kalo background desktop tu, virus mati la? pandai. sangat pandai. aku nak sgt p salam kat penulis skrip cite nih.

dan nak menambahkan kesedapan cerita ini, kononnya di awal pembentukan krim itu yang masih belom stabil, krim tu takleh disapu dimana2. akan tetapi, tetiba je krim tu kan, tertumpah kat mp3 player, pastu sapa2 yg pakai earphone mp3 tu bleh dgr isi hati orang sekeliling. dan tidak lupa juga, bleh paham ckp binatang ok... bravo! bravo!

kalu bill gates tgk cite ni, konpem dia menitiskan air mata...

nak dijadikan cerita lebih menariks, diana ni g mana2 pon asek la dgr mp3 player dia 24jam. maka hasilnya, dpt la dia mendengar kata2 ezany lam hati yg selama ni hanya pura2 sukakan dia sbb dia anak tokeh kompeni. gila2 punya kutuk la..muka tak lawa la..muka cam makcik cleaner la... so ini pompuan sudah kecik ati. pastu si kucing lak tetiba leh discover yg ezany tu rupanya2 ada rancangan jahat nak p jual formula krim kat kompeni lain, dan kucing tu pon kasik tau diana. this is the best part. diana tanya kat kucing tu, betul ke apa yg awk cakap ni oscar?? pastu kucing a.k.a oscar tu pon jawab, ye...betul....kucing mana pandai menipu..??

LOL!! tuan2 dan puan2, ada fakta ke sebelum ni mengata kucing tak pandai menipu? ada ke? ada ke? ke ada?? hahhh??? oh. i'm speechless.

start dr situ satu2 kegiatan ezany pon terbangkar. pastu dia pon kena buang keje. last2 dia keje jdk badut berdiri kat tgh2 jln antara traffic light bkt bintang sambil mengedarkan flyers. teruk benar jenayah terancang dia tu sampai takde org nak hambik dia keje..jdk badut je sudahnya. sadis!

pastu biasa la, hero dan heroin, zack ngan diana pon couple. pastu lak tetiba je kan, formula krim tu tak dpt kelulusan kementerian (aku tak sure la kementerian mana yg dorg apply tu, kementerian kesihatan ke, kementerian sains dan teknologi?) pastu, ntah camana, krim tu lak bleh secara tak sengaja terkena muka saintis yang rambut arumugam itu, dan secara tiba2, muka dia menjadi muda remaja (muda sepuluh tahun katanya) ciri2 menunjukkan saintis tu muda ialah dgn menukar wig arumugam itu kepada rambut ala2 datin qistina spa-Q. hahahahahahahahahahaha muda sangat la tu kannnnn...huhu

tu je citenye.

korg tak rasa nak ngutuk ke? haa? aku ngan wan tengok cite ni sampai abes pasal kitorg nak sgt tgk sapa penulis skrip itu.. sib baik aku tak kenal. kalu kenal, lagi berbakul2 bodo aku ckp kat dia. isk. macamana dorg leh wat cite camni dan camana rtm tergamak menayangkan cite tu?? bak kata dak wan, aku ingat cite mendam berahi dah habis bodo dah...ghopanya ada lagi cite yang bodo dr mendam berahi. just imagine the kebodohans...*sigh*

abes, nak salahkan kita tgk cite omputih sokmo?? kalau wat cite camni, baik la aku hadap cite hindustan atau tamil kat astro vanavil. at least, dorg lompat2..tumbuk2 harggh dush sana sini, menari keliling pokok, tuka baju lip lap lip lap seratus kali pon still, ada gak moral of the story.. kan?

pengajaran: lenkali kalu hr sabtu, astro tak function, elok tdo je. takde dosa aku ngutuk org... dan korg pon takde dosa join ngutuk pas baca cite aku. ha ha

dah. dah. p wat keje nun!! ;p

..a day out


setelah sekian lama. akhirnya tertunai jugak hajat nak p baling bola smalam. baling je ikut sukahatitoknenekmemasing. pedulik org kiri kanan. jgn baling bola kat org kiri kanan lak. huhu.. sekali harung 3 game. settle! ilang sume problem seketika. best! ni la xtvt pertama tahun ini.. kepala penganjur cik wan siti wan kembang kuncup. heh. aku hengat leh la perasan menang kan. first game jek dh menunjukkan ciri2 juara..akan tetapi, bila juara bertahan masuk, sume serender (jeling ghan. huh!!) tp aku tak. aku kan pendengki. haha seboleh2 aku usaha utk tak kasik ghan juara. sipi2 minah nih nak jatuh kat lane. hahahhahaha (sila gelak setan ye). ngan nenie2 aku sergah dr belakang, terus 'ter' ke longkang bolanya. heh heh.

tp ghopanya niat jahatku tak menjadik. tu laaaaa...mendengki kat org lagi....tak baik!!!(kata ghan wat ceramah agama kat aku) aaahhhhhhh!!!!pedulik!! ko tunggu!!! aku pektis hari2 nanti, kita lawan sampai ke titisan darah terakhir!! ni darah mahatma gandhi occay! pantang jdk pengalah! kui kui

next plan, cherating!! hrp2 takde aral melintang. lama dh tak jalan2 carik pasal..pekena sata pon best gak kat tanjung lumpur.. ni sume idea nenie le. nak g selebret besday juara bertahan tuh...isk.. jauh betul nak p selebret besday dak ghan ye. kak! owgnye besday nnti selebret kat pulau aaaaaa!!! tak kira!!p telek pulau mana yg best! gue blanja minum air laut secara beramai2 nanti. keh keh

till next updet. gue nak p main game kat facebook.... gian lak. ta ta!!



soh posing kasik je kat kitorg..konpem wallaaa!! (ni kes keciwa bola asek ke longkang!huhu)

gaya seorg pemain bowling amatur. pilih bola 10 ke, 11 ke ..14 kak?heh heh

sukenye mereka dan keluarga mereka...wakakakkaka. aksi2 pengalah. ops! kat tgh tu pemenang...juara bertahan.. aku kasik can jek. takmo tunjuk skill terlampau. ha ha

Friday, January 4, 2008

..maleh

patut awal2 tahun 2008 ni semangat membuak2kan...konon2 nak updet sekerap yg mungkin.. hampeh je. dh 4hb, 2 ketul ni je la posting aku. tu pon takdak ape cite...kejadian byk..tp cam maleh. tunggu la. aku tengah seru semangat dayak nih.. kalu aku rajin ade le cite..

wait la forever2...huhu

selamats!

Wednesday, January 2, 2008

..lapar + penat

aku takde mood nak menaip cite hr ni. cite hr ni pon tak best. dr aku mengarut ntahpape baik aku takyah cite. aku lapau + penat hr ni. malas nak wat mende2. malas nak g dapur. malas nak makan. malas g toilet. malas mandi. aku rasa yg rajin skang ni tdo jek..

sok2 le aku cite.